Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri mempunyai tanggung jawab masing-masing terhadap pasangan mereka dan rumah tangga. Begitu juga dengan suami yang melakukan pelbagai kerja untuk memastikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menceritakan tanggungjawab seorang suami. Biarpun sukar mereka tetap tabah meneruskan usaha. Sudah pasti isteri hargai suami sebegini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gambar hiasan
Jadi suami ni tak susah, namun tak jugak senang…
Pagi-pagi buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan.6.30 pagi keluar rumah dlm keadaan luar gelap gelita…bwk moto 30-40 minit baru smpai tempat keje dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang subuh kot beku muka dengan tangan.
Itu belum lagi bawak moto ketika hari hujan, pagi-pagi..
Ads
Sampai tempat keje, DAH LETIH…tak mula buat keje lagi, tapi dah letih…bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan.
Kereta ada tapi guna motor sebab nak elak kos tinggi dan jem.
Kereta ada, tapi bg isteri guna tak pun kalau tak ada orang guna tetap naik moto sebab bawak keta ulang alik ke tempat keje, kosnya tinggi dan jem lagi.
Maka buatla keje satu demi satu mengikut arahan…kalao tak betul, kena marah, kena maki dan kena buat lain, kalau tak siap, tak boleh balik ada keje yang simple, ada keje yang rumit ada keje yg menggunakan fizikal, ada keje yang menggunakan mental.
Ads
Gambar hiasan
Penat fizikal, penat mental
Sampai je umah, bru turun moto, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak2 dah ajak kluar ronda, isteri dah suruh keluar beli barang…seharian dh letih bekerja, seharian dh kena buat mcm2, tp turutkan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri…layan anak2…layan isteri…
Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak2 dtg melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada…nak tengok tv pun tak senang…
Ads
Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan.
Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.
Kewajipan dan tugas kita.
Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat. Maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa hidup kita didunia.
Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menolong suami dan ayah.InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.
Kredit: Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima tahun lalu, pasangan sama cantik sama padan ini hanya beraya berdua di pagi Syawal. Begitu rutin setiap tahun yang dilalui oleh pasangan usahawan berjaya, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim ini. Sunyi tanpa insan bergelar anak.
Tapi itu dulu. Kini Fizo dan Mawar mengakui berdebar menantikan Syawal nan mulia. Kehadiran Wan Maryam Binti Wan Hafizol, cinta hati yang baru berusia 5 bulan ini nyata menyempurnakan kehidupan pasangan ini.
Wan Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 ternyata merubah kehidupan Fizo dan Mawar. Sekaligus membawa status baru bagi mereka, bergelar mommy dan daddy.
Kata Fizo, raya kali ini cukup berbeza.
“Kalau cerita pasal raya, memang kali ni raya yang cukup bermakna buat saya dan Mawar kerana ada Maryam. Pun begitu yang jadi masalahnya kerana saya dan Mawar makin sukar nak buat keputusan beraya di mana pada pagi raya.
Kedua-dua keluarga, baik di Penang dan Kelantan minta untuk kami beraya bersama-sama mereka. Semuanya kerana Maryam. Mahu Maryam ada bersama-sama mereka di pagi raya. Pening juga dibuatnya.
Bagi saya dan Mawar, kami tidak kisah beraya di mana terlebih dahulu. Mungkin tahun ini kami akan beraya di Penang terlebih dahulu dan kemudian barulah pulang ke Kelantan.
Raya tanpa persalinan yang cantik dan baru memang tidak sah rasanya. Mawar pula teruja menyediakan beberapa persalinan buat keluarga kecilnya, lebih-lebih lagi semenjak Maryam hadir dalam hidup mereka.
“ Saya sudahpun mempersiapkan beberapa persalinan buat saya, suami dan anak. Memang teruja nak beraya bersama Maryam, lebih-lebih bila Maryam sudah ada koleksi sendiri iaitu Maryam Fareeda Kids. Jadi dapatlah melaram di hari raya nanti,” kata Mawar lagi.
Maryam Anak Yang Tak Meragam
Pengalaman mengandung dan melahirkan Maryam adalah satu anugerah terindah dalam hidup semua wanita. Begitu juga yang dilalui oleh Mawar.
Perjalanan kisahnya demi mendapatkan Maryam bukanlah mudah. Pernah melalui titik suram bilamana terpaksa berdepan dengan masalah Endometriosis dan cyst pada tahap 3 yang dihidapinya di awal perkahwinan.
Namun kini berkat usaha dan kesungguhan mereka, Allah kurniakan Maryam sebagai pelengkap pasangan ini. Kini Maryam membesar dengan sihat seperti anak-anak lain.
Darah campuran Penang dan Kelantan ini cukup sempurna buat Maryam. Walaupun masih kecil namun kecantikan Maryam sudah jelas terlihat. Alis matanya cantik, secantik ibunya.
Pengalaman lima bulan menjaga dan membesarkan Maryam pastinya mencatatkan memori indah buat Mawar dan Fizo. Kedua-duanya menyifatkan Maryam sebagai anak yang cukup baik malah tidak pernah meragam.
“ Boleh dikatakan sekarang saya jarang menghadap telefon. Betullah orang kata bila dah ada anak benda lain pun sudah semakin tidak fokus. Anak jadi keutamaan saya setiap masa. Kalau boleh saya hendak menghadap Maryam sahaja,” kata Mawar lagi.
Memilih untuk menyusukan badan secara eksklusif buat Maryam, Mawar bangga dapat melakukan sedemikian dan ini merupakan yang diidam-idamkannya sejak dulu.
“ Walaupun terpaksa berjaga setiap malam dan mengepam susu setiap dua jam namun saya puas hati malah rasa bangga dapat buat yang terbaik buat Maryam,” katanya lagi yang sudah pun mengeluarkan produk jenama Maryam Fareeda Kids.
Bagi Fizo pula, Maryam merupakan anak yang jarang meragam.
“ Kalau demam pun dia tak merengek dan meragam. Malah kalau tengah malam minta susu pun dia tak menangis. Cemas juga ketika Maryam pertama kali demam dan dimasukkan ke wad seminggu tapi alhamdulillah dia anak yang kuat dan makin pulih. Kini Maryam dan pandai ketawa dan sudahpun mula meniarap pada awal Mei lalu,” kata Fizo lagi berkongsi gembira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah tentu antara kita sudah bergelar mertua. Namun untuk menjadi ibu mertua bukan suatu kerja yang mudah. Sudah tentu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan menantu.
Sebagaimana perkongsian ini amat menarik untuk dijadikan pedoman.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mentua Dari Kayangan.
Kebanyakan dari kita sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sedar atau tidak, suatu hari nanti, In Shaa Allah kita juga akan menjadi Mentua.
Di sini saya senaraikan apakah perkara, perbuatan dan kelakuan yang mesti dielakkan supaya kita juga, suatu hari nanti tidak akan menjadi Mentua Dari Kayangan.
1. Jangan amalkan sihir. Kalau benci sangat kat menantu sekalipun, jangan main bomoh. Sudahlah berdosa besar, keluarga anak sendiri pun porak peranda. Silap-silap sampai ke tua anak tu takkan bahagia.
2. Jangan membanding-bandingkan menantu. Tak kira la dari segi kekemasan rumah, kerajinan, kecantikan, kerja, cara melayan anak dia, harta benda dan sebagainya.
3. Jangan merendah-rendahkan menantu yang tak kaya dan mengangkat tinggi menantu yang kaya. Duit yang banyak tu tak boleh bawak masuk kubur pun. Yang penting kebahagiaan mereka sekeluarga.
4. Jangan menyibuk hal harta benda anak dan menantu. Mereka sudah besar dan biar mereka uruskan kewangan sendiri. Tak perlu masuk campur.
5. Jangan melaga-lagakan menantu. Ini mungkin ramai yang tidak sedar. Apabila di rumah menantu sulung, jangan puji sangat menantu yang bongsu. Bila di rumah menantu kedua, jangan melampau bercerita pasal menantu yang lain pula. Ini umpama melaga-lagakan mereka sedangkan menantu dan birasnya tiada masalah pun.
6. Jangan mengutuk fizikal dan rupa paras menantu. Tak kira la di depan menantu itu sendiri atau di depan orang lain. Hitam? Putih? Gemuk? Kurus? Tinggi? Rendah? Cantik? Buruk? Body shaming oleh mentua sangat menyakitkan hati sebenarnya.
7. Jangan memburukkan menantu dengan anak yang lain. Mak sendiri dah jadi ketua membawang, sama-sama mengutuk dan mengumpat menantu dan kakak ipar anak-anak tu.
8. Menantu bukan pilihan? Yang nak bersama dengan anak sampai ke hari tua anak ialah isteri diorang tu. Kenapa pula mentua yang nak berlebih-lebih nak yang pilihan sendiri? Menantu tu nanti akan tidur dengan anak, bukan dengan mentua.
9. Jangan terlalu mengharap menantu akan ikut semua cara mentua. Nak potong bawang pun kena ikut cara mentua. Nak lipat baju pun kena ikut cara dia. Nak masak kena ikut masakan dia. Nak jaga anak pun kena ikut cara mentua. Cara lain semua salah. Dia je yang paling betul.
10. Jangan terlalu membebel kat menantu. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini tak betul. Ada je benda nak betulkan.
11. Jangan asyik mengungkit benda yang dah berlalu. Kalau menantu tu ada buat salah 10 tahun yang lepas, setiap kali berjumpa akan mengungkit benda yang sama. Walaupun dah minta maaf.
12. Jangan menyindir menantu. Bila nampak rumah ada langsir baru, pinggan mangkuk baru, baju baru atau perabot baru, disindirnya konon menghabiskan duit anak.
13. Jangan sentiasa menyalahkan menantu walaupun anak sendiri yang tak berguna. Tak boleh terima kenyataan anak tu yang bermasalah, tapi menantu jugak yang dipersalahkan.
14. Jangan sentiasa nak komen masakan menantu. Tak sedap, tak garing, tak lembut, tak lemak, tak pedas, tak itu tak ini. Semuanya tak menepati citarasa.
15. Jangan mengutuk, mengumpat dan mengata menantu dengan orang luar. Yang tak kena semua dicerita. Akhirnya akan tinggalkan tanggapan yang buruk kepada menantu.
16. Jangan cakap kasar dengan menantu. Main AKU ENGKAU je macam menantu tu orang gaji.
17. Jangan berlebih-lebih mengajar cara mendidik anak. Setiap orang itu unik dan ada cara masing-masing, menasihati dan memberi cadangan itu tidak mengapa, tetapi memaksa itu dah masuk kategori lain.
18. Jangan menghina menantu yang tidak mendapat zuriat. Bab zuriat ni rezeki Allah. Bab zuriat ini ada banyak sebab. Bukan sebab menantu je, anak pun boleh jadi sebab.
19. Jangan membanding-bandingkan cucu. Sekolah, tahap pembelajaran, rupa paras, bentuk fizikal dan segala benda nak dibanding-bandingkan.
20. Jangan menyalahkan menantu bila terjadi apa-apa pada cucu. Contohnya cucu kurus, menantu tak bagi makan. Cucu gemuk, menantu bagi banyak sangat makan. Cucu tak pandai, sebab ikut otak menantu.
21. Jangan body shaming cucu. Macam pelik kan? Tak pelik. Cucu yang tak cantik dikatanya hidung kemek ikut maknya. Yang hensem, ikut anaknya pula. Habis diceritanya cucu anak yang ini hensem, anak yang itu gelap. Cucu yang ini cantik, yang itu huduh.
22. Jangan bermulut jahat. Menantu setan katanya. Menantu hantu. Cucu macam monyet la kura-kura la. Ini realiti tau.
23. Jangan melaga-lagakan menantu dan anak. Dah tak suka menantu tu, dihasutnya anak macam-macam. Difitnah menantu tu itu dan ini supaya anak jadi benci.
24. Jangan asyik nak iri hati. Bila anak buat sesuatu kat menantu, jeles terus. Anak belikan menantu bunga, nak bunga jugak. Anak belikan isteri dia kereta, dia pun nak kereta jugak.
25. Jangan sentiasa bandingkan menantu yang bekerja dengan menantu yang tak bekerja. Yang suri rumah tu dianggap makan tidur je. Yang bekerja diagung-agungkan.
26. Jangan labelkan menantu pemalas bila tak nampak dia buat kerja. Bukan semua benda kita tahu dan bukan setiap masa kita boleh nampak.
27. Jangan tuduh menantu bomohkan anak bila anak beri kasih sayang dan membantu kerja rumah isterinya.
28. Jangan suka mengarah menantu macam orang gaji.
29. Jangan ingat kita sahaja yang betul dan menantu tak layak untuk beri pandangan.
30. Jangan lebih menpercayai orang lain berbanding menantu. Bila ada benda terjadi, tak nak dengar langsung penjelasan menantu. Orang lain kononnya lebih tahu.
31. Jangan sedap sangat mengutuk besan depan anak dan menantu. Itu mak ayah menantu.
Itulah serba “sedikit” benda yang kita bakal mentua ni perlu elakkan. Kenapa? Kerana kita nak hasilkan rantaian keturunan yang penuh kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Jika anda ada lagi perkara atau perbuatan yang perlu dihindari, sila kongsikan di komen. Generasi kita, kita sama-sama jaga. Kongsikan supaya kita ambil peduli dan tidak menjadi Mentua Dari Kayangan.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.
Anak sulung Fedtri, Indah Sutera Jannah antara salah seorang pelajar cemerlang yang layak menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini berkongsi rasa bangga walaupun terselit rasa hiba kerana terpaksa berpisah dengan puteri sulungnya itu.
“Selesai mendaftar hari ini.
“Selamat berjuang kakak di tempat impianmu. Kuatkan semangat.
“Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu. ❤️❤️❤️,” tulisnya menerusi kapsyen.
Beberapa momen indah turut dikongsikan Fedtri ketika hari pendaftaran anaknya. Baik Fedtri begitu juga anaknya Indah dilihat turut mengalirkan airmata kesedihan ketika berpisah.
Terdahulu, Fedtri pernah berkongsi Indah ditawarkan tempat ke MRSM yang merupakan sekolah idaman anaknya.
Wargamaya turut mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan dan semangat buat puteri sulung Fedtri, Indah Sutera Jannah untuk menjalani kehidupan di tempat barunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...