Tabiat suka mengumpul pinggan mangkuk ini seakan sudah menjadi kemestian bagi kaum ibu yang tiada siapa dapat menafikannya. Bagi wanita, memiliki sekurang-kurangnya satu koleksi pinggan mangkuk berjenama menjadi suatu kepuasan pada diri.
Walau sedar harga barangan tersebut bukannya murah, namun itu bukan penghalang untuk kaum ibu mempunyai koleksi peribadi pinggan mangkuk yang dirasakan cukup bernilai. Percaya alah membeli menang memakai, itu sudah memadai untuk kaum ibu terus setia dengan jenama pinggan mangkuk kesayangan mereka.
Apatah lagi menjelang Hari Raya, akan dipastikan set pinggan mangkuk terbaharu dan terbaik akan dibeli untuk dijadikan sebagai perkakasan menghidang untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Semahunya layanan paling istimewa ingin diberikan kepada sanak saudara dan rakan taulan sebagai tanda kunjungan tersebut amat dihargai.
Bertepatan dengan itu, TESCO memberikan tawaran yang cukup eksklusif kepada ahli CLUBCARD TESCO dan khususnya buat pencinta koleksi pinggan mangkuk Luminarc bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya tahun ini. Kempen ini berlangsung 13 Mei hingga 17 Julai 2019 di setiap pasaraya TESCO seluruh Malaysia.
Ads
Melihat pada tawaran yang diberikan, nyata bukan biasa-biasa. Di mana setiap pembelian set Luminarc akan diberikan diskaun sehingga 80%. Wow! Tentunya ini satu berita yang cukup mengujakan bagi pengumpul setia produk pinggan mangkuk Luminarc yang telah lama mengetahui kualiti dan rekaan produknya yang menarik.
Jadi bagaimana sebenarnya cara untuk pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini?
Ya! Mungkin ada yang belum mengetahuinya, sekarang TESCO telah melancarkan Aplikasi Tesco Collectibles Baru dan anda perlu muat turun aplikasi tersebut. Aplikasi ini cukup mesra pengguna hinggakan seusia mak-mak kita juga boleh lakukannya dengan mudah.
Dan sebelum itu, jangan lupa anda perlu menjadi ahli Clubcard Tesco terlebih dahulu dan kemudian barulah login di aplikasi tersebut. Untuk menjadi ahli Clubcard, anda boleh mendaftar dengan datang ke Pasaraya TESCO, atau boleh juga mendaftar secara dalam talian dengan melayari https://clubcardregister.tesco.com.my/
Ads
Setelah muat turun, setiap kali berbelanja RM 30 anda layak menerima 1 e-stem dan anda harus kumpul hingga 8 e-stem untuk membolehkan anda membeli koleksi set Luminarc dengan tawaran harga diskaun sehingga 80%.
Untuk itu, pastikan Aplikasi Tesco Collectibles Baru ini ada di dalam telefon pintar anda agar peluang keemasan ini dapat digunakan sebaik mungkin. Jadi dapatlah anda sekeluarga beraya penuh gaya tanpa ‘menipiskan’ dompet duit!
Dapat bercuti bersama keluarga, itu akan menjadi momen yang cukup menyeronokkan.
Apatah lagi jika percutian tersebut kita dapat dengan tawaran harga yang murah. Pasti puas hati dibuatnya.
Tapi ada ke tawaran istimewa seperti itu ketika ini?
Jawapannya, mestilah ada dan ianya khusus untuk mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
Ini sebagaimana apa yang diwar-warkan oleh Tourism Malaysia.
PELANCARAN PAKEJ ISTIMEWA PENJAWAT AWAM ANJURAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LPPM DAN CUEPACS
KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2020 – Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.
Pelancaran pakej ini merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
“Kempen ini juga berperanan sebagai salah satu ‘teaser’ yang diusahakan oleh MOTAC melalui Tourism Malaysia dalam usaha mempergiatkan lagi promosi yang dijalankan untuk menarik seberapa ramai penjawat awam melancong dalam negara. Adalah diharapkan agar ahli-ahli CUEPACS menjadi duta kecil pelancongan yang berperanan untuk menyakinkan rakyat bahawa Malaysia adalah destinasi selamat untuk dilawati dengan mengamalkan norma baharu seperti yang di tetapkan oleh kerajaan,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) hari ini.
Pakej yang dibangunkan oleh Tourism Malaysia dan menyasarkan penjawat awam ini dilancarkan bagi menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam di seluruh Malaysia dengan memberikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik eksklusif buat penjawat awam dan keluarga. Selain itu, penjawat awam juga adalah golongan yang paling kurang terkesan dari pelaksanaan PKP dan mempunyai pendapatan boleh belanja (disposable income) yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Kempen ini mampu menggalakkan penjawat awam melancong dalam negara serta mendukung hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula ekonomi negara.
Kerjasama dengan CUEPACS ini dilihat sebagai platform yang terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran memandangkan kongres ini merupakan gabungan kesatuan yang mewakili penjawat awam di Malaysia dengan keahlian seramai 1.2 juta penjawat awam daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang merangkumi pelbagai agensi dan sektor kerajaan.
#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota. Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untukpengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus. Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.
Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.
Pakej permulaan yang ditawarkan merangkumi produk-produk pelancongan di sekitar Lembah Klang dan ianya akan diperluaskan ke negeri-negeri lain untuk fasa yang akan datang.
Penjawat awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi-agensi pelancongan yang terpilih. Pakej istimewa ini boleh dilayari di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah dua adik beradik ini mengundang sebak ramai orang bila mana mereka menyaksikan sendiri ibu yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Difahamkan, ibu kepada dua adik beradik ini meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih memilukan lagi apabila kedua beradik ini menyaksikan sendiri jasad ibu mereka di jalan yang sama.
Kisah dua beradik ini viral selepas Nurfa Ray berkongsi cerita duka dua beradik ini.
Rata-rata menghulurkan rasa simpati dan tak kurang memberikan kata-kata semangat supaya adik-beradik ini tidak terus dilanda kesedihan. Antara yang turut memberi perhatian akan nasib keluarga ini adalah termasuklah Ebit lew, pendakwah yang disayangi ramai.
Dalam satau perkongsian di laman faceboknya, Ebit Lew memuat naik beberapa keping gambar ketika membuat alwatan ke rumah adik-beradik berkenaan sambil menghulurkan bantuan. Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya. Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis.
Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.
Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.
Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik…
Kalau ditanya pada anak-anak yang bersekolah berkenaan antara banyak-banyak subjek yang dipelajari matapelajaran mana paling susah, tentu ramai sahaja menjawab subjek Matematik!
Bahkan kita sebagai ibu ayah bila berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan kita berasa risau dan bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing