Ramai kenkawan tanye resepi KAYA yg Wanie buat ni.. Alhamdullillah.. Wanie share yea..
Tak kisah laa kenkawan nak guna gula merah ke gula kabung ke gula enau ke.. Terpulang Tapi kali ni Wanie share yg gula hangus dan pandan..
KAYA GULA HANGUS
Ads
1st STEP.. Bah. A ~ 1 cwn gula ~ 1 cwn air Kedua bahagian di hanguskan dan sejuk kan terlebih dahulu
2nd STEP.. Bah. B ~ 1 cwn gula ~ 1 cwn santan (pati dr sebiji kelapa) ~ 3 biji telor grade B ~ 1 ke 2 sdb tepung jagung ~ Beberapa helai daun pandan di simpulkan..
Cara membuat.. Satu kan Bah. A dan Bah. B Sebatikan kan dan tapiskan.. Masak atas api kecil @ sederhana hingga mendidih atau seperti larva Berterusan kacau utk mengelakan dari berkerak.. Gula hangus akan menerbitkan warna pada kaya..
Ads
KAYA PANDAN
1st STEP.. Bah. A – 10 helai daun pandan – 1 cwn air Di blend daun pandan & air.. Tapi..
Ads
2nd STEP.. Bah.. B – 1 cwn gula – 1 cwn santan pekat (pati dr sebiji kelapa) – 3 biji telor grade B – 1 ke 2 sdb tepung jagung
Cara membuat.. Sebati kan Bah. A Dan Bah. B Tapiskan Masak diatas api kecil @ sederhana Sentiase mengacau adunan.. Kacau hingga mendidih atau seperti larva meletup letup..
Nota kaki.. Kaya Homemade tak berapa tahan lama.. Sbb pnggunaan santan dan telor kan.. Kalau Letak di fridge.. InshaAllah tahan seminggu Tak susah pun buat kann
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat yang ketandusan idea untuk memasak hidangan untuk keluarga apa kata sesekali masak western apalah salahnya kan.
Apa kata cuba masak ikan salmon. Ikan salmon dikatakan sebagai raja ikan di antara jenis ikan lainnya. Ini kerana mengandung banyak nutrisi penting yang bermanfaat untuk kesihatan.
Salah satu khasiat salmon adalah dikatakan mengandung antioksidan yang dapat membantu melindungi sistem kekebalan tubuh kita dari berbagai penyakit.
Tak dinafikan ikan salmon agak mahal sekeping tapi jika buat sendiri di rumah mesti dah jimat kan. Gerenti sedap!
Ayuh, buat resipi salmon hari ini. Ikuti perkongsian ini.
Resepi Salmon Grill Lemon Butter Sauce
Bahan-bahannya :
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda (mayang)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lemon (ambil jus sahaja)
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun
Cara Memasaknya :
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak
Bahan-bahan membuat Sosnya :
1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
Sebiji lemon
Garam
Black pepper
Cara-cara memasak Sosnya:
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan butter.
3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
4. Goreng sehingga wangi.
5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
7. Kacau dengan perlahan.
8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.
Biasanya makan di kedai berbanding bungkus ni, nikmat makan panas-panas tu memang power!
Namun buat yang teringin nak masak sendiri nasi kandar, ikuti resipi viral ni oleh peniaga, puan Ella Hussain memang padu masakannya siap bagi petua nak kuah jadi lebih pekat dan sedap!
haii hampaa…mai nk share resepi nasi kandaq padu cara ella buat..lama dah duk nk bg…tp tak dan nak edit bg… ni resepi ella duk niaga..in sya Allah paduu…😁 *ella guna serbuk kari jenama babas na.. *masak kari guna belanga jgn guna periuk…rasa dia tak kaw * kari yg sedap kena bg likat n masak kena 3 4 kali kering air(maksud bila kering tambah air…kering tambah air) 100% serbuk kari tk dak santan *kicap mudim merah ella guna
AYAM GORENG MAMAK-resepi 1 ekor ayam)
-blend bawang putih 1 labu+ halia 1inchi+1 kiub pati ayam mgge+telur sebiji -ayam cuci bersih n toskan…jgn berair ..ikot laa nk ptong berapa tapi kelar skit isi2 ayam to0 untuk bg masuk bahan perap dlm isi ayam to0 nnt.. -dah blend semua…masukkan dlam ayam yg di letak kan dlm besen, masukkan juga serbuk kari dging 2 sudu mnggunung,1 sudu serbuk kari ikan mnggunung,1sdu srbuk cabai,2 sudu mnggunung tepung jagung, satu sudu kecil serbuk lada putih, serbuk kunyit skit,garam,gula,aji,pasti sedap(yang ni agak2 laa yea…sya pakai letak ja..tk dak sukatan…garam jgn bnyk ..sbb serbuk kari dah masin..n daun kari.._rujuk kt pic ella bg_ -gaul semua n sebatikan…perap dlu 4@5 jam…then goreng..api kena panas n ayam kena tggelam..dah masuk ayam to0..slow kan semula api…jgn kecil sgt ..sedang2 jaa..
KARI MAMAK
-blend sebiji bawng besar+bwng putih 3 ulas -masuk mnyak masak 1@2 senduk dlm belanga,tumis 3 sekawan,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,halia 2 3 hiris ketuk… masuk yg blend td…haru2 kejap then tuang terus serbuk kari daging 2 senduk+serbuk kari ikan 1 senduk (ella tk bancuh dah..terus tuang..n ella tak reti agak2..tp ella bg sukatan too0 nnt adjust laa sndri nah..)
-tuang air n tggu kering n tambah air lg pasto0 masuk garam+aji+gula+1 kiub ayam mgge.. (adjust sndri..tk dak sukatan..sesedap mulut hampa la nah…) masak api sedang ja…nnt dia naik myak to0 rasa laa..then tutup api siap nak masuk ayam ka dging ka, masuk masa buh air td na,supaya empuk n masak elok,nak masuk kacang ka kentang ka terung ka..boleh ja klu kari yg ni…
KARI PEDAS SOTONG
-rincik bawang putih, bawang merah tumis mnyak 1 @2 senduk + halba cambur 1 sudu kfc+daun kari.. -tuang serbuk kari babas daging pedas 2 senduk+ 1senduk kari pedas ikan+1 senduk serbuk cabai -tuang air n perasakan garam gula aji n pasti sedap mgge(tk dak sukatan,sendiri adjust rasa) masak mcm kari versi 1..kering air masuk air lgi..ulang la 2 3 kali…pasto0 dekat nk masak letak sotong..n siappp (klu nk letak udang ka apa tk kesah tp klu sotong lgi la sedap)
DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
-blend bawang merah sebiji+ bawang putih -tumis dlu 3 sekawan +halia stngah inchi ketuk,daun kari..then masuk yg blend td..haru2 masuk 1 sudu serbuk cabai,masak kejap pasto0 masuk kicap bg bnyk skit na..pasto0 masuk daging n masuk air…masak dlu smpai dging empuk dah to0 baru perasa kan gula aji n pasti sedap…garam tk yah sbb kicap dah masin…n bg manis skit na masakan ni…ok settle…
KOBIS GORENG
-rincik kobis halus memanjang -tumis bawang merah+ bawng putih(rincik halus)+halba cmpur secubit+ daun kari -masuk kobis+kunyit serbuk secubit+perasa garam,aji,pasti sedap..siap nasi ella buat nasi mnyak ja..dlm nasi letak kas kas skit..hujung sudu ja..jgn bnyk😁😁( x suka jgn letak) boleh laa rebus telur asin n bendi…nak sedap bungkus dlm surat khabar n perap semua kuah dlm 5 ke 10 minit…ella jual open order dalam kem tentera..tk dak kedai..😁habaq siap
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.