Musim raja buah telah pun tiba. Tentu ramai akan teruja apabila tibanya musim durian!
Bau durian yang menusuk hidung dengan rasa yang lemak manis gebu.
Tapi kena ingat, ada beberapa cara memilih durian yang sedap manis, isi tebal dan kuning pastinya berbaloi buat kita.
Untuk mengelakkan ditipu ketika membeli durian atau memilih durian yang elok dengan tepat, baca sedikit tips memilih durian ini.
Sebagaimana video yang dipaparkan di TikTok @mdizzuddinmohdshah ini menunjukkan bagaimana cara untuk mengenali warna dan ketebalan isi durian. Menurut beliau hanya melihat batang durian.
Perkongsian ini tular shingga cara-cara nak tahu warna dan ketebalan isi durian hanya tengok pada batang sahaja. Video ini mendapat lebih 400 ribu tontonan dan 37.2 ribu sukaan setakat ini.
Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Ebit Lew cukup disegani. Suaranya bukan sekadar didengari di corong-corong radio bahkan di media sosial video dakwahnya menjadi pilihan audiens. Selain menghasilkan buku dari genre motivasi Islamik, Ustaz Ebit juga aktif menulis tentang pengalaman yang dilalui sendiri di media sosial miliknya. Begitulah antara beberapa usahanya menyampaikan dakwah.
Dalam ceramah atau penulisannya, ustaz Ebit banyak menekankan tentang Keluarga Sunnah. Tegasnya, banyak cara seseorang itu mendapatkan keberkatan dalam kehidupan rumah tangga dan salah satu daripadanya yang mudah untuk diamalkan adalah dengan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w di rumah.
“Tidak akan kecewa sebuah keluarga yang mengamalkan sunnah nabi s.a.w bahkan akan diberi akan ada cahaya kegembiraan dan kebahagiaan untuk seluruh keluarganya. Apalah erti sebuah keluarga tanpa membawa amalan sunnah Nabi s.a.w?
“Ramai yang fikir tujuan perkahwinan ini adalah untuk memenuhi keinginan kita, namun hakikatnya adalah ia adalah satu jalan untuk kita membawa pasangan dan anak-anak kita ke syurga. Terfikirkah kita bagaimana seorang suami itu hendak memimpin isteri dan anak-anak sedangkan suami sendiri tidak bangun solat Subuh berjemaah? Jadi sebagai langkah permulaan, mulakanlah dengan solat Subuh berjemaah.
“Hidupkan cinta kepada Rasulullah dan hidupkan sunnah nabi. Kita bermula dengan kisah cinta di rumah Rasulullah. Rumah baginda meskipun kecil dan sempit tetapi baginda sekeluarga sentiasa berasa senang, gembira dan ada cahaya kebaikannya tersebar ke seluruh dunia,” terang ustaz Ebit tentang bagaimana untuk mahu mencapai matlamat keluarga sunnah.
Didik Diri Bersyukur
Seterusnya, didik diri dan keluarga untuk sentiasa bersyukur. Apabila makan, ditakdirkan makanan yang kita makan hari itu tidak sedap. Elakkan kompelin mengatakan makanan tidak sedap. Sebaliknya kita ingat, siapa yang memberikan rezeki makanan untuk kita pada hari itu. Inilah cara mudah mendidik diri sentiasa bersyukur.
“Satu lagi cara kriteria keluarga sunnah adalah masa bersama keluarga. Tidak dinafikan kita selalu bersama keluarga. Tetapi, masa bersama keluarga itu banyak diganggu oleh gajet atau aktiviti individu. Tidak melibatkan kebersamaan atau berjemaah. Ada satu kisah teladan yang ingin saya kongsi.
“Ada sahabat Rasulullah sering mengadu kepada nabi dia dan isteri sering bergaduh. Lantas nabi bertanya apakah sahabat tadi makan berjemaah? Bila dijawab tidak, maka nabi menyuruh sahabat tadi mula makan berjemaah bersama isteri. Selepas beberapa lama, keluarga sahabat tadi kembali berkasih-sayang.
“Sahabat saya, sebuah keluarga bukan Muslim di US sering bergaduh suami dan isteri. Suatu hari, dia melihat jemaah masjid makan bersama di dalam sebuah dulang. Lalu dia duduk di situ dan makan bersama mereka. Terdetik di hatinya, lain-lain warna kulit dan saiz badan tetapi masing-masing masih boleh duduk makan bersama di dalam satu dulang.
“Terus dia cuba lakukan di rumah makan bersama isteri dalam satu dulang. Berkat amalkan sunnah nabi ini lebih kurang empat bulan lamanya, mereka kembali berkasih sayang dan tidak lagi bergaduh. Walau pun bukan beragama Islam tetapi dapat merasai keberkatan kasih sayang itu. Akhirnya, keluarga ini memeluk Islam. Lihat betapa yang bukan Islam ini sudah dapat keberkatannya bila mengamalkan sunnah nabi di dalam keluarga, apatah lagi kita sebagai orang Islam,” tambah ustaz Ebit lagi.
Kisah Nabi dan Sahabat
Jelasnya, di dalam keluarganya sendiri, dia cuba menerapkan seberapa banyak yang mampu sunnah-sunnah nabi. Misalnya menghidupkan majlis taklim di dalam keluarga seperti membaca dan memperdengarkan al-Quran dalam keluarga, menceritakan tentang hadis-hadis nabi bahkan banyak bercerita tentang kisah-kisah nabi dan sahabat nabi sebagai teladan kepada anak-anaknya, Airis Safiyyah, 6, Rayyan Huzaifah, 4, dan Rayqal Uqasyah.
“Bila kita bercakap tentang nabi sahaja, Allah ubah kehidupan kita menjadi baik dan beri keberkatan kepada kita. Ini yang saya terapkan dalam keluarga. Melalui pengisahan kisah nabi, mereka akan lebih kenal dan cinta kepada nabi. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Berceritalah kisah-kisah nabi agar ia meninggalkan kesan dalam hati anak-anak. Sekali gus, mudah untuk kita cuba untuk hidupkan sunnah nabi dalam rutin keluarga. Nabi s.a.w pernah berkata, ‘ajarkan anak kamu tiga perkara ini pertamanya ajar sayang kepada ku, kedua, ajar cinta kepada keluarga ku dan ketiga, ajarkan mereka al-Quran.
“Kita lihat zaman dahulu, biasanya setiap kali selepas solat Maghrib atau Isyak anak-anak diajar mengaji di rumah. Tapi sekarang tak ada lagi suasana itu. Kita hantar anak-anak mengaji dengan ustaz dan ustazah di luar. Belajar agama di sekolah atau taska. Kita anggap belajar agama itu hanya untuk budak-budak sahaja. Akibatnya, mereka membesar mengikut corak kehidupan serupa hingga tiada lagi suasana menghidupkan al-Quran di rumah.
“Jadi di rumah saya cuba hidupkan suasana al-Quran. Dalam keluarga saya, jam 7.00 hingga 9.00 malam tv semua ditutup kerana waktu itu adalah waktu untuk kami sekeluarga lebih kenal dan dekat dengan Allah dan nabi. Waktu untuk saling ingat-mengingati dan belajar dengan keluarga. Waktu ini juga boleh dimanfaatkan bacaan surah al-Fatihah anak-anak, cara solat, wuduk,hafalan anak-anak dan sebagainya,” ceritanya lagi berkongsi kisah bagaimana dia menghidupkan amalan sunnah Rasulullah dalam keluarga. Isterinya, Ahliya Ebit dan anak sulung, Airis Safiyyah, 6, bergilir-gilir mengambil bahagian membacakan hadis dalam sesi taklim setiap malam di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sotong Goreng Tepung antara menu feveret yang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tetapi, setiap kali nak menggoreng, pasti ibu-ibu menghadapi masalah minyak akan meletup dan sadur tepung akan lerai dari sotong.
Selain daripada menggunakan cuka epal untuk mengelakkan sotong dari ‘meletup’ dalam kuali, ini cara yang cukup mudah untuk kekalkan saduran tepung pada sotong ketika menggoreng.
Jom cuba kaedah ini:
Bahan tepung sadur:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
Cara:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
Sumber: rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Merasakan berat beban dan ujian hidup yang sedang kita tanggung hingga ada yang patah semangat dan berbolak balik hatinya dalam mensyukuri nikmat Allah.
Namun ingatlah ada orang lain lagi besar ujiannya. Pun begitu, tetap sabar malah semakin tinggi taqwanya kepada Allah.
Dan kisah seperti ini telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa semoga turut menjentik hati dan mendidik diri kita menjadi insan yang lebih baik.
Jom baca perkongsian ini.
Wanita Istimewa Bernama Fatimah
Ini kisah benar seorang wanita bernama Fatimah. Dia tinggal di Sungai petani. Kedah sana.
Satu hari, dia call satu pusat tahfiz. Katanya dia nak jumpa sangat pengetua dia. Bunyi suara macam tegas!
“Saya nak jumpa ustaz!”
“Ya puan. Silakan”
“Tapi, boleh ustaz tunjukkan jalan kesana?”
“Kalau puan susah nak ke sini, saya boleh ambil dimana sahaja lokasi puan”
“Takpa! Saya yang nak datang. Ustaz tunjuk jalan saja” Dan, akhirnya dari sungai petani sampai alor star, jalan kaki ke seberang jalan, Alhamdulilah.
Sampai di pusat tahfiz ni. Dia di sambut oleh ustaz tadi. Ustaz ni terkejut! Sebab apa? Sebab Puan Fatimah ni buta! Kalian, buta! Mata tak nampak!
“Puan, kenapa tak cakap pada saya yang puan buta?”
“Saya tak mahu buta ni sebab ustaz akan kesian, sebab buta ni Allah yang bagi pada saya”
Dan lagi menambahkan rasa terkilan, suami dia juga buta!
“Apa hajat puan nak sangat jumpa saya?”
Wanita itu keluarkan duit RM4,000 dan diberikan pada ustaz.
“Ustaz, RM4000 ni saya nak beri wakaf wakil untuk mak, ayah dan suami saya”
“Suami saya buta ustaz, tapi inilah jodoh saya. Mak ayah saya pun juga buta. Tapi, merekalah takdir saya.
Saya beri ni sebab saya tak nak hati saya lari dari ingat pada Allah. Saya takde anak ustaz. Moga inilah pembuka segala pintu rezeki kami”
Akak, Puan Fatimah ni buta. Mak ayah dia buta. Dapat suami pun buta. Sakit melalui ujian ni takkan mampu kita rasai.
Cinta pada suami, tapi tak dapat lihat wajah suami. Cinta pada mak ayah, tapi tak tahu bagaimana rupa orang yang dia cinta.
Tapi, di uji begitu pun dia takut kalau hatinya di bolak balikkan oleh Allah. Maka, di berikan hartanya supaya hatinya kekal dengan Allah.
Kita? Apa yang kita buat untuk kekalkan hati ini supaya terus dengan Allah?
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.