Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Ads
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Ads
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
Ads
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada pasangan yang berkahwin mahukan perpisahan, namun andai sudah takdirnya jodoh tak panjang berusaha sekuat mana sekali pun takkan berjaya. Demikian juga dengan lelaki bernama Ariff Ismail yang berkongsi kisah rumah tangganya putus di tengah jalan.
Walaupun cuba berbaik kembali usai bercerai, namun ternyata anak tidak mampu membuatkan ikatan tersebut menjadi teguh andai hati tidak sepenuhnya menerima. Lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah buat kali kedua, namun masih berbaik demi anak.
KISAH KU INGINKAN
“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”
Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.
Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.
Tiada jodoh
Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.
Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.
Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.
Perkahwinan yang dirancang
Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.
Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.
Krisis rumah tangga
Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.
Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.
Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.
Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.
Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.
Hilang pertimbangan
Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.
Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.
Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.
Rujuk semula
Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.
Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.
Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.
Jaga anak bini dalam pantang
Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.
Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.
Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.
Berhubung baik demi anak
Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.
Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.
Hidangan sambal adalah lauk pembuka selera yang menjadi kesukaan ramai.
Terdapat pelbagai jenis sambal yang boleh dinikmati ia termasuk sambal lengkuas.
Sambal lengkuas ni memang sedap. Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas-panas. Gabungkan dengan dengan ikan kering goreng, memang sedap, pasti hilang diet!
Kebanyakan org kedah mesti tau SAMBAL LENGKUAS kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan utk buat nasi ulam. Tapi sy suka makan ngan nasi kosong atau ratah pun sedap Resipi diajar oleh ibu mertua org Baling,Kedah.
Bahan-bahan:
Lengkuas muda – 2 penumbuk Serai – 15 batang Cili padi – 30 biji (kalau x suka pedas blh kurangkan, nak lebihkan pun blh. Ikut selera) Belacan – besar ibu jari kalau nk lebih pun blh Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lg sedap) Garam secukup rasa Limau kasturi – 5 biji diperah nk airnye je ye. Perah lps semua dah tumbuk
Cara-cara:
Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan. Kami simpan dlm fridge. Kalau nk makan baru amik sikit campurkan dgn kerisik
Macam-macam cara kita mak-mak ini lakukan untuk mudahkan kerja, lagi-lagi bab memasak. Walau pun ada yang kata nampak mudah memasak ini, namun perlukan masa yang lama untuk menyiapkan menu tersebut.
Jadi sebab itu jugalah ada yang lebih selesa memperuntukkan satu hari tertentu untuk menyediakan pelbagai menu untuk seminggu dan kemudian dibekukan. Jadi di hari-hari berikutnya tidak perlu lagi masuk ke dapur untuk memasak dan bolehlah buat kerja yang lain.
Ini sama kisahnya seperti seorang ibu ini yang kelazimannya akan menyediakan menu seminggu yang pelbagai dan kemudian akan dibekukan.
Menurutnya yang juga merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa, cara ini lebih mudah baginya yang mempunyai tiga orang masih kecil.
Selain itu melalui perkongsiannya di facebook melalui group Masak Apa Hari Ni turut dikongsikan tips bagaimana cara terbaik untuk panaskan makanan frozen agar rasanya kekal enak seperti baru dimasak.
“Senang bila ada lauk frozen ni. Bila lapar panaskan saja lauk tu”
Siap lauk frozen sis untuk minggu ni, petang tadi beli lauk dekat pasar malam.. balik terus masak.
Walaupun sis ni surirumah sepenuh masa tapi sis jenis malas nak masak hari-hari nak pula ada anak kecil-kecil 3 orang, nak diuruskan tu yang tak sempat masak tu.
Senang bila ada lauk frozen ni. Bila lapar panaskan saja lauk tu. Mudah kan.
Tips Untuk Lauk Frozen
✅Masak macam biasa sahaja lauk tu semua. Frozen di sini bukan maksudnya lauk tak habis kita simpan ya, memang akan lari rasa lauk tu. Kita frozenkan lauk yang baru siap dimasak.
✅Once dah defrost, tak boleh di bekukan lagi. Boleh mengundang bakteria.
✅Masak dan bahagikan dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup bekas bila makanan sudah betul-betul sejuk dan bekukan dalam peti.
✅Boleh tahan up to 6 bulan kalau betul cara penyimpanan.
✅Cara saya panaskan lauk frozen,
1. Defrost kemudian masuk microwave for 3-5 min
(ikutkan tak boleh guna aluminium flm microwave ya.. tapi untuk penyimpanan tahan lama memang guna foil ni paling elok.
Cam saya nak preheat saya akan defrost dan salin dalam mangkuk or pinggan yang boleh microwave..)
2. If takde microwave guna kaedah kukus. So takkan berubah rasa instead of kita goreng or masak semula dalam kuali
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3849609682028986″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Nuratira Farahin Jailani[/su_button]