Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah. Tidak hairanlah, beliau juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.Terbaru, Ebit Lew melahirkan rasa tidak sabar menantikan hari jadi bidadarinya.Bidadari saya lahir 17 Jun. Sebab PKPB ini hari-hari saya fikir tak sabar nak cakap selamat hari lahir. Anak perempuan sulung 27 Jun. Berdebar fikir nak beri hadiah apa. Saya tanya nak hadiah apa?
Kata bidadari saya nak doa abang jer. Betullah doa tulah hadiah paling berharga. Anak perempuan nak minta setiap hari ada dirumah buat Talim macam biasa.
Ads
Ads
Ads
Kata bidadari saya. Nak abang senyum selalu. Jangan menangis jer. Dulu mak saya selalu ucap selamat hari lahir. Walau tiada hadiah. Ucapan itu saya rindu sampai sekarang. Rindu mak. Ramai orang ingat bahagia itu bila ada duit banyak dan beri segalanya. Itu nikmat. Tapi bahagia ini sebenarnya bila kita ingat dan hargai orang disisi kita. Sebut nama mereka dalam doa. Beri walau sedikit ucapan yang ikhlas. Orang yang kita sayang.. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Besar nilainya kan. Terima kaseh sayang bidadariku bahagia sayang ada disisi abang. I love u sayang. Selamat hari lahir sayang. Ucap awal sebab dah tak sabar. Boleh ker ucap awal-awal. I love u bidadariku sayang
Dalam melayari alam rumah tangga, suami dan isteri harus saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja. Jangan apabila balik ke rumah, hanya seorang yang sibuk di dapur, manakala seorang lain melepak di depan tv sambil berehat.
Mungkin kerana sejak dulu lagi, kita sudah terbiasa dengan isteri atau ibu yang menguruskan rumah tangga termasuklah membuat segala kerja rumah. Jika suami yang melakukan, pasti ada yang memandang sinis dan menganggap lelaki tersebut takut bini dan sebagainya.
Hakikatnya ini memang kerja suami, dan untuk menjadi isteri yang baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat.
Perkongsian dari Nur Atiqah ini mungkin biasa pada pandangan orang lain, namun dari sisi seorang isteri ia satu perkara yang cukup bermakna.
“Ayang, dalam peti ais ada apa lagi?”
Ikan kembung ada 5 ekor, tenggiri sekor, ayam sebelah…”esok ayang pergi pasar ya, duit abang dah letak dalam beg, kalau tak cukup, ambik yang abang selit tepi laci almari tu…”
Esok bila balik kerja, “Ayang, pagi tadi pergi pasar habis berapa ringgit…?”
40 bang…”Dalam beg tinggal lagi brapa?”…30 lagi…saya ambik beg duit isteri, tambah lagi 50…Esok2 balik tanya lagi, duit kurang, kita topup…bukan nk bagitau yang saya ni banyak duit, tapi itu tanggung jawab suami…duit yang dia habiskan tu, semua untuk belikan barang2 untuk dia nak masak…bagi makan minum ni termasuk dalam nafkah & tanggung jawab seorang suami…
Pastu, buka mesin basuh, tengok ada pakaian tak basuh lagi…”Ayang, ada tak lagi baju2 kotor yang nak basuh…?”Dia ambik, masuk dalam mesin…kita pun masukkan air, masukkan sabun, biar mesin tu jalan sendiri…siap ja basuh, kita masuk dalam bakul…”Abang, tinggal la, esok ayang sidai…”… takpe, ni kerja abang, abg sidai jap je ni…
Hujung2 minggu, hari sabtu dan ahad, tanya isteri, “umah dah sapu ke yang?” Dah…dua ari lepas bang…”Ok, abang sapu lagi…” Jumpa la rambut dia, bergumpal sana sini…”Ayang, meh nak tgok kepala…” Dia pun datang…”Kenapa bang?” Saja, abang jumpa banyak rambut bila abang menyapu rumah, abang takut ayang dah botak je (saja gurau2 dengan isteri)…saya sambung sapu umah, mop umah, cuci kipas, lap almari…isteri jaga anak, suap anak sarapan sambil main basikal kat luar, saya dok dalam umah, buat kerja-kerja rumah…
Siap je kerja, ambik periuk nasi, basuh beras, masak nasi 2 pot, cukup la untuk kami satu keluarga…”Ayang, abang keluar beli lauk yang dah siap kat kedai…hari ni ayang tak payah masak, cuti, berehat…”
Ini adalah antara tanggungjawab seorang suami dalam rumah tangga…jangan bersikap lepas tangan dan menganggap ini tanggung jawab dan tugas seorang isteri…bila suami ada kesempatan, ada masa, kena buat semua kerja-kerja ni dan bukannya mengadap hp atau keluar melepak dengan kawan-kawan.
Didik diri untuk buat kerja-kerja umah…ini kerja suami…
RasulullahSAW pun banyak membantu isteri-isterinya dalam melakukan kerja-kerja rumah apabila baginda ada masa lapang…Sunnah ni, jarang suami-suami nak ikut, tapi kalau sembang bab poligami, terangkat bontot nak ikut…tepuk dada tanya diri sendiri la ye sama ada kita dah buat belum tanggung jawab ni. Kalau selalu buat, lama kelamaan dah jadi biasa…not a big deal pun.
Hakikatnya ini memang kerja suami, dan untuk menjadi isteri yang baik, mereka “tolong” buat sebab kita tak sempat buat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum pun reda rasa kesedihan dihati Shuib sekeluarga, kini berdepan pula dengan ujian yang menimpa pada abang iparnya iaitu Ahmad Firdous Raissuddin yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat almarhumah isterinya pada Selasa Malam.
Memetik laporan di Harian Metro Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Fobia Dengan Covid-19
Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.
“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.
“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.
“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.
Ambil Vaksin
Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.
“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.
“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kita sering mendengar peribahasa Melayu ada menyebut; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang memberi maksud bila saling tolong menolong semua kerja akan menjadi mudah dan senang dilakukan.
Begitu juga halnya bila suami kalau membantu isteri dalam urusan mengurus rumahtangga, kalau tak banyak kerja suami boleh dibuat, sedikit pun jadi dan sebenarnya amat dihargai oleh isteri.
Bahkan melalui perkongsian daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan mengenai tugas bagaimana yang en suami boleh lakukan dengan cara yang paling mudah.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya ringkas seringkas-ringkasnya cara nak bantu dan mudahkan urusan isteri untuk para suami buat.
1. Kalau tak nak basuh semua pinggan, basuh pinggan sendiri sahaja.
2. Kalau tak nak masak semua lauk, tolong masak nasi sahaja.
3. Kalau tak nak kemas meja sebelum makan, tolong susunkan pinggan dan lain-lain sebelum makan.
4. Kalau tak boleh tolong basuh baju, tolong letakkan pakaian sendiri dalam bakul baju kotor.
5. Kalau tak nak basuh tandas, bersihkan sepenuhnya selepas guna.
6. Kalau tak mampu nak lipat semua baju seluar, jangan sepahkan bila ambil pakaian sendiri.
7. Kalau tak nak mop semua lantai, jangan kotorkan atau lap terus bila tertumpahkan apa-apa.
8. Kalau tak rasa nak kemas satu rumah, jangan sepahkan ruang tamu.
9. Kalau rasa diri tak romantik, janganlah garang sangat.
10. Kalau nak yakinkan isteri yang anda tak curang, jangan kunci telefon.
11. Kalau tak sabar nak jaga anak, jangan marahkan isteri apabila dia marah anak. Itu adalah perkara yang normal dalam mendidik anak.
12. Kalau perlukan masa peribadi sendiri, beri juga masa peribadi untuk isteri.
Ringkas bukan? Ini benda yang paling minimum dan sangat mudah. Jika anda buat ini, saya pasti ramai isteri yang akan lebih tenang. Saya bukan cadangkan para suami buat semua benda ini sahaja, tetapi ini untuk yang baru nak bermula atau selama ini tertanya-tanya “apa lagi yang isteri aku nak?”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.