Popia adalah antara menu yang digemari ramai untuk hidangan minum petang. Kita sering membelinya dipasar malam atau direstoran. Popia sayur goreng memang biasa kita buat namun untuk lebih enak jika disalut dengan sambal.
Nak buat sambal untuk salut popia sayur kena ada caranya bukan masak macam sambal. Jika salah resipi memang rasa lain.
Menariknya resipi oleh penjual popia salut sambal siap ada petua cara memasaknya. Malah ada yang telah mencubanya. Tidak mustahil ramai yang share. Ini resipinya.
_______________________________
Seperti yang dijanjikan saya bagi resepi popia salut sambal Exlusive resepi dari saya:
Anda boleh olahkan popia sayur atau boleh juga buat crabmeat popia atau fish finger popia.
Bahan sayur : Taugeh, kobis,sengkuang carrot, bawang besar yg lain terpulang anda boleh tambah sendiri. SEMUA BAHAN DICUCI BERSIH DAN DITOS SELAMA 2 JAM. atau boleh guna KITCHEN TISSU untuk serapan air.
Ads
Resipi sos
Resepi SoS salutnya saya bg resepi untuk 1 kg gula yea nanti kalau nk buat sikit pecahkan nisbahnya..
Saya tak pernah buat sikit ini yg paling minimum sukatan yang saya buat. Jangan kecamm hakak!!
100g cili kering pedas
150g cili kering tak pedas
2 labu bawang putih
50g udang kering
SEMUA DI BLANDER air jgn bnyak cukup untuk gerakan mesin sahaja.
Ads
1kg gula
30g garam
3\4 cawan cuka
#SEMUA BAHAN DIREBUS BUKAN DITUMIS!
Bila dah mengelegak masukan 50g udang baring a.k.a udang geragau.
Bancuhkan 2 sudu tepung ubi utk pekatkan kuah.
Buat penggemar masakan pedas tentunya akan makan berselera bila menikmati menu orang Negeri Sembilan apatah lagi bila menjamah Masak Lemak Cili Api. Rasa kuahnya yang pekat, rasa lemak santan dan berasa pedas membuatkan bila sekali makan akan teringat-ingat sampai keesokan harinya. Penangannya memang luar biasa!
Pun begitu, ada juga antara kita merasakan untuk mendapatkan rasa masakan yang sempurna agak susah. Pun begitu, hakikatnya bagi orang negori masakan yang dimasak hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah. Namun, ada rahsianya yang tersendiri dan ini dikongsikan oleh Khabbab Jamalludin.
Katanya dia perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah. Pada dirinya ia antara masakan paling mudah.
Tak perlu banyak bahan.
Tak perlu minyak atau tumisan.
Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.
Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Bahan/elemen yang perlu ada :
1) Pedas :
Cili api, sebaiknya cili api kampung.
Cili api import boleh tapi kurang wangi.
Dan kena banyak.
2) Masin :
Garam. Lautan boleh, bukit boleh.
Ikan masin pun boleh
3) Masam :
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit rambai boleh, daun asam gelugur boleh, kundang boleh. Macam saya harini, sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
4) Manis :
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang 💁♂️.
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai (masakan daging atau ayam. Ikan biasanya tak guna serai tapi boleh tambah hirisan daun kunyit) dan santan (terutama santan segar)
Gula adalah dilarang sama sekali.
5) Lemak :
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat.
Santan kena pekat. Disamping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya,
seperti yang saya sebut diatas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan)
Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan.
Santan kotak boleh tak? Boleh juga.
Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok elok atau blend je terus)
6) Pahit :
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan masak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
7) Kunyit
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang (kunyit hidup ada bau wangit sikit) cuma serbuk lagi senang simpan. Ikutlah.
Orang Negeri Sembilan ni prinsip dia mana yang mudah.
Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi.
Cenggini 👍
Rencah bila nak masuk?
Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup. Masak lemak ni tak boleh takut takut. Takut tak jadi lah apa lah. Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah. Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
Selamat Mencuba !
Ramai yang suka makan jagung rebus. Tapi jika salah masak jagung jadi keras, kecut dan tak manis.
Bagi yang bercadang nak rebus jagung jadi lebih sedap. Ikuti cara ini. Memang menjadi lebih manis dan lembut.
6 tip merebus jagung
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya. 4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Waktu anak-anak berkumpul di rumah sempena musim cuti sekolah ini, seronok juga jika kita anak beranak melakukan aktiviti BBQ atau adakan acara makan beramai-ramai di laman rumah. Kemeriahan akan berganda dirasai apabila turut menghidangkan pelbagai juadah seperti kepak ayam yang dibakar dengan citarasa manis-manis pedas umpamanya.
Bahkan menurut perkongsian daripada Victoria Van Bennekum, menu Kepak Ayam Manis-Manis Pedas yang disajikan jika ada acara party di rumahnya pasti akan sekelip mata habis dimakan.
“Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Jadi buat anda yang ingin mencuba keenakan rasa hidangan ini, bolehlah buat mengikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Kepak Ayam Manis-Manis Pedas
Bahan-bahan:
1 kg kepak ayam- bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup … lebih kurang 10 – 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Petua:
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.