Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.
Penoreh Getah Ambil Upah Jadi Tukang Cuci, Rezeki Musim Banjir
Ekoran tidak dapat menoreh getah ketika musim hujan, Azmah Jaafar sudah mencuci empat rumah penduduk kampung sejak banjir di Kampung La, Hulu Besut, surut pada Sabtu lalu.
“Setiap tahun, ia menjadi pekerjaan yang ‘wajib’ saya laksanakan di samping membantu mereka yang terjejas banjir walaupun kediaman sendiri tidak terbabit dengan bencana alam itu.
“Hasil upah khidmat mencuci rumah itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga selepas tidak boleh keluar menoreh ketika musim hujan,” katanya.
Sementara itu, mangsa banjir, Sakinah Yaacob, 60, berkata, dia mengupah empat tukang cuci sejak beberapa tahun lalu apabila dirinya tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan kedainya, selepas banjir mulai surut.
Mangsa banjir Sakinah Yaacob (kanan) bersama tukang cuci sambilan membersihkan kedainya. FOTO Nurul Fatihah Sulain.
Katanya, sukar bagi dirinya melakukan kerja-kerja pembersihan seorang diri, apatah lagi dengan keadaan kedai yang diselaputi lumpur.
“Rumah ini dua tingkat, bahagian atas jadi tempat tinggal, manakala tingkat bawah saya buka kedai kopi dan kedai runcit, jadi memang tidak terdaya mahu membersihkan seorang diri.
“Setiap tahun, saya akan menggunakan tenaga kerja pembersihan dan selalunya mereka ini adalah penduduk di sekitar Kampung La yang mengambil upah membersihkan rumah secara sambilan ketika musim banjir,” katanya.
Ads
Menurut Sakinah, dia memperuntukkan RM400 setiap kali banjir untuk mengupah pekerja melakukan kerja-kerja pascabanjir.
Katanya, dia membayar upah sebanyak RM80 hingga RM100 kepada setiap pekerja itu mengikut tempoh kerja atau keluasan kawasan yang dibersihkan.
Dia berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas ketika musim banjir.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar-pelajar tahun 2021 sudah diumumkan secara rasmi hari ini. Tentu ramai anak-anak dan ibu bapa sudah hilang debaran menanti keputusan yang diperolehi.
Pasti ramai yang meraikan kejayaan mendapat keputusan cemerlang dan sudah merencana pelbagai rancangan untuk melanjutkan pelajaran.
Ibu bapa juga sudah ramai yang tersenyum lega kerana anak masing-masing sudah menamatkan pembelajaran di bangku sekolah dan sudah melangkah ke alam dewasa.
Bila anak-anak sudah semakin membesar, masing-masing sudah punya citarasa sendiri dalam membuat keputusan bergaya dan berfesyen. Namun sebagai ibu bapa kita tak boleh terus melepaskan anak-anak buat keputusan sendiri tanpa nasihat dan panduan.
Dalam pada masing-masing berkongsi pelbagai tips dan kejayaan anak-anak dalam SPM ada satu teguran yang nampak sedikit lawak tapi sangat penting untuk direnungkan oleh para ibu bapa.
Khairul Hakimin Muhammad yang banyak berkongsi penulisan motivasi dan teguran kepada masyarakat di Facebook juga seorang usahawan, kali ini menulis secara santai tentang masalah bau badan segelintir remaja lelaki. Jom kita baca tulisan beliau ini.
Kepada ibu bapa yang nak ambil result SPM anak hari ini, sedikit pesanan dari saya. Sudah sampai masa anak-anak lelaki kalian pakai diadoran. Kami dah berapa ramai reject temuduga kerana tak boleh tahan bau ketiak tersangat padu.
Sungguh tak main-main, kilang makanan kena bersih dan bebas bau yang bukan-bukan. Bukan bau badan tau. Bau ketiak. Lelaki ja yang biasanya begini, wanita tak ada sangat. Mereka pakai perfume sebotol setiap pagi jadi alhamdulillah selamat.
Ada yang terlepas juga masuk kerja, kami pula sampai terpaksa beli diadoran buat mereka baru lega semua orang.
Minta sangat ya ibu bapa semua. Tengokkan okeh. Zaman sekarang ketiak anak pun kita semua kena pastikan betul.
Posting ini sedikit lawak, saya tahu mesti ada yang gelak. Namun kalian kena memahami jiwa dan perasaan kami berhadapan dengan bau lebih 8 jam sehari nok. Lebih lagi jika ada visitor datang, walau pakai mask, visitor pasti tanya “bau apa ni eh? U all tak ada bau apa-apa ke?”
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelbagai pandangan dan luahan diutarakan selepas pihak berkuasa menetapkan pemakaian carseat di dalam kenderaan. Ini bagi memastikan keselamatan anak ketika berada di dalam kereta terjamin.
Menurut laporan, kes kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Ironinya, Keputusan ini ada baik dan buruknya. Wanita bernama Wana Abas ini berkongsi info yang penting buat ibu bapa berkenaan pemakaian carseat.
Menurutnya lagi, info tersebut diperoleh selepas dia mengikuti taklimat bersama pihak JPJ.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan membantu dalam membuka mata masyarakat tentang penggunaan carseat.
Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.
Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak/ child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child carseat.
Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.
Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut
1. Jpj akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.
2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.
3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.
4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman.
Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman.
5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu
a. tidak memakai helmet,
b. pakai helmet tapi tidak ikat
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.
6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.
7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia.
Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.
Ini antara soalan biasa didengar.
Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.
Bagaimana dengan mereka anak ramai?
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.
Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga?
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.
Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.
Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba.
Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.
Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun. Pertama saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil.
Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.
Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa. Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat.
Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.
Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.
Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.
#cakna #bakaldikecam #ahkakredha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ni pantang dengar atau baca tentang nama Kak Long, masing-masing meluahkan rasa geram dengan individu tersebut. Ye lah, satu satu benda dibuatnya yang menyebabkan orang ramai tidak puas hati.
Baru-baru ini, wanita yang tular dengan gelaran Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.
Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.
“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.
“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.
“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.
Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.
“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia. Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.
“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.
Dalam perkongsian yang sama, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.
“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.
Terdahulu, kisah Kak Long menjadi bualan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.
Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.
Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan- cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.