Bagi yang minat berkebun, pastinya sentiasa mencari ilmu baru dan pelbagai petua untuk memastikan pokok subur dan mengelak serangga.
Selain tahu menanam dan menjaga pokok, pengetahuan mengenai baja juga perlu untuk memastikan pokok subur. Siapa yang tak gembira apabila melihat hasil tanaman menjadi.
Sebenarnya ada baja yang boleh membuatkan pokok makin subur dan sayur jadi besar. Nak tahu caranya ikuti perkongsian saudara Norahim Ibrahim menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang merupakan seorang pensyarah kanan,juga penyelidik di dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau giat menjalankan projek dan program-program berkaitan pelestarian alam sekitar melalui kitar semula sisa organik.
Ikuti perkongsian beliau.
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman. X kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Sukatan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini. Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah. Peramkan 3~4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap. Lepas tu tapis patinya. Kadar bancuhan 10ml pati + 1L air…. siram… Senang, kan?
Kita sering mendengar peribahasa Melayu ada menyebut; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang memberi maksud bila saling tolong menolong semua kerja akan menjadi mudah dan senang dilakukan.
Begitu juga halnya bila suami kalau membantu isteri dalam urusan mengurus rumahtangga, kalau tak banyak kerja suami boleh dibuat, sedikit pun jadi dan sebenarnya amat dihargai oleh isteri.
Bahkan melalui perkongsian daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan mengenai tugas bagaimana yang en suami boleh lakukan dengan cara yang paling mudah.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya ringkas seringkas-ringkasnya cara nak bantu dan mudahkan urusan isteri untuk para suami buat.
1. Kalau tak nak basuh semua pinggan, basuh pinggan sendiri sahaja.
2. Kalau tak nak masak semua lauk, tolong masak nasi sahaja.
3. Kalau tak nak kemas meja sebelum makan, tolong susunkan pinggan dan lain-lain sebelum makan.
4. Kalau tak boleh tolong basuh baju, tolong letakkan pakaian sendiri dalam bakul baju kotor.
5. Kalau tak nak basuh tandas, bersihkan sepenuhnya selepas guna.
6. Kalau tak mampu nak lipat semua baju seluar, jangan sepahkan bila ambil pakaian sendiri.
7. Kalau tak nak mop semua lantai, jangan kotorkan atau lap terus bila tertumpahkan apa-apa.
8. Kalau tak rasa nak kemas satu rumah, jangan sepahkan ruang tamu.
9. Kalau rasa diri tak romantik, janganlah garang sangat.
10. Kalau nak yakinkan isteri yang anda tak curang, jangan kunci telefon.
11. Kalau tak sabar nak jaga anak, jangan marahkan isteri apabila dia marah anak. Itu adalah perkara yang normal dalam mendidik anak.
12. Kalau perlukan masa peribadi sendiri, beri juga masa peribadi untuk isteri.
Ringkas bukan? Ini benda yang paling minimum dan sangat mudah. Jika anda buat ini, saya pasti ramai isteri yang akan lebih tenang. Saya bukan cadangkan para suami buat semua benda ini sahaja, tetapi ini untuk yang baru nak bermula atau selama ini tertanya-tanya “apa lagi yang isteri aku nak?”
Santan mentah yang diperah secara asli memang sedap dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak dibandingkan dengan santan kotak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Santan Mentah Tahan Lama?
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?
Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Makanan bersantan kekal lama
Selain itu, makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak Lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Negara di uji lagi dengan bencana banjir tahun ini. Sudah pasti ramai yang menjadi mangsa banjir.
Dalam pada itu, amalan ibadat jangan culas untuk kita berdoa mohon bantuan di kala ini.
Sebagaimana perkongsian ini menyertakan panduan solat ketika banjir Fiqh banjir yang FIBA disediakan oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Irwan Bin Mohd Subri . Mereka juga dikatakan pernah turun padang ketika banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 dulu. Dari situlah kajiannya dilakukan.
1. Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.
2. Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda-benda kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda-benda yang dihormati macam makanan.
3. Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat-tempat lain.
4. Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.
5. Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.
6. Aurat wajib tutup bagi lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
7. Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.
8. Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan tak ada air atau air hanya cukup untuk minum saja, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.
9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.
10. Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.
11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh-sungguh, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.
12. Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada dua jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dah dimasak dan lain-lain. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.
13. Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.
14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost & found).
15. Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.
16. Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.
17. Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.
Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.
Kisah kucing curi ikan jadi asbab tujuh beranak selamat daripada kebakaran di Kampung Solok Wan Moh menyentuh hati ramai dan membuktikan hikmah di sebalik musibah.