Bila petang-petang begini, mulalah tekak nak makan macam-macam jenis dessert. Terasa bertambah puas hati jika dapat menjamah Bubur Biji Delima Thai (Tub Tim Grob) yang penuh warna warni.
Keenakan rasanya sukar digambarkan apatah lagi dengan rasanya yang gummy. Sekali gus menjadikan rasa tak puas untuk kita terus menguyahnya. Begitu juga dengan bentuknya yang comel dan seakan biji delima, menjadikan sesiapa pun tidak sabar untuk menikmatinya.
Untuk itu, bagi yang belum pernah mencuba resipi ini, apa kata sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagai mana yang dikongsikan oleh Puan Juniyatie Aqilah ini. Diharapkan dapatlah kiranya dijamu kepada ahli keluarga saat minum petang nanti.
Jika anda terlebih rajin, apa salahnya buat banyak sedikit untuk diberikan kepada jiran. Agar sama-sama merasa keenakan hidangan nan satu ini. Selamat mencuba!
BUBUR BIJI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan tepung ubi
1/4 cawan air suam
1 sudu tepung jagung
Pewarna merah
BAHAN KUAH :
Ads
Susu cair
Gula melaka
CARA BUAT :
1) Sapukan 1 sudu tepung jagung pada tisu (saya letak tisu tebal-tebal supaya senang menyerap air pada adunan tepung ubi kayu)
2) campurkan 1/2 cawan tepung ubi kayu dgn 1/4 cawan air suam.
Ads
3) Tuang adunan atas helaian tisu tadi (tisu letak tebal-tebal sikit supaya senang air nak meresap) Ni hasilnya selepas adunan disejat airnya
4) Sapukan pewarna merah di bahagian atas tepung ubi kayu tadi (sy guna sudu je)
5) Potong adunan tadi ikut saiz yang diinginkan
Ads
6) Panaskan air, lepas tu masukkan doh tepung ubi kayu yang dah dipotong tadi sampai masak. Nak tahu dia masak pastikan putih yang kat dalam tu kecik jer.
Sebenarnya mudah je nak masak pulut walaupun tak ada periuk pengukus yang khas tu.
Jom cuba tip yang dikongsikan Puan Siti Asrien Mohd Hassan yang diberikan oleh rakannya. Cukup mudah!
Panjangkan pahala seorang kawan..
Tips/cara dari seorang kawan utk tanak pulut dengan rice cooker.
Basuh beras bersama sedikit garam,utk dapat efek berkilat..basuh 3/4 kali basuhan..
Sukat air guna jari telunjuk,separuh dari line pertama jari…(jari diatas beras)
Lapik tutup periuk menggunkan kain/tuala kecil dengan kedap..xboleh longgar..(supaya wap panas xkeluar)
Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM…Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak..insyaAllah pulut cantik.
*edit-lepas WARM pun jgn terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup..bagi pulut masak dengan wap panas..
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut…buat tapai pun senang,xpyh kukus…
Petang-petang memang syok kalau minum teh atau kopi panas bersama pencuci mulut kan? Selalunya hidangan bergoreng paling sesuai dan best jika dimakan pada waktu begitu.
Tetapi menu pencuci kali ini sedikit berbeza dan lebih sedap lebih-lebih lagi dimakan waktu sejuk. Mochi berinitikan kacang merah ini mempunyai bentuk yang sangat comel dan teksturnya yang lembut dan kenyal.
Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Nor Rohaiza Hamzah, cara membuatnya memang sangat mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi, jika anda seorang penggemar pencuci mulut yang unik memang wajib cuba.
Sedapnya tak boleh bawa bincang. Kalau ibu-ibu suka colek atau pencicah jenis serbuk, inilah resipi mudah tapi terangkat yang boleh dicuba sendiri di rumah. Makan pula dengan mangga muda memang sesuai sangat ni.
Rasanya yang pedas, manis dan masin memang kecur liur. Cara buat Serbuk Colek ini dikongsikan oleh Mak Hazs menerusi facebook. Kalau ibu-ibu nak cuba, bolehlah tengok resipi ini. Cukup mudah, guna 4 bahan je.
Sangai semua bahan2 kecuali gula. dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering..
kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di