Botol makanan seperti sos spageti memang adakalanya susah nak dibuka. Puas cuba buka dengan kain pengelap atau sekuat hati dengan tangan tapi penutup botol masih juga susah nak dibuka.
Kadang-kadang kalau nak cepat rasa sakit hati juga. Tambah lagi kalau dalam bulan puasa, pulang daripada kerja dan masa yang singkat itulah buat kita rasa nak marah. Melambatkan proses memasak.
Jangan marah-marah kerana ada caranya untuk buat penutup botol ini cukup mudah nak dibuka. Cuba petua ini.
Ads
Rendam Air Panas
Sebelum merancang hendak masak, kenalah set kan minda lebih awal sebab kena ambil masa untuk buka penutup ini dengan mudah. Begini caranya. Tuangkan air panas ke dalam mangkuk dan terbalikkan botol sos ini ke dalam air panas. Sementara itu bolehlah menghiris bawang atau bahan-bahan memasak yang lain. Bila dah siap semua bahan, cubalah buka penutup botol dan lihat hasilnya. Botol boleh dibuka dengan mudahnya.
Guna Sudu Besi
Jangan tak tahu sudu besi juga banyak kegunannya dalam mengamalkan pelbagai petua. Untuk membuka penutup botol ini, ambil sudu besi dan ketuk di sekeliling penutup botol. Jika boleh ambillah sudu yang bersaiz besar dan berat. Lakukan langkah ini beberapa kali diseluruh kawasan penutup botol. Sesekali cubalah membukanya.
Ads
Ketuk Pada Dinding
Ini bukan kelakar tapi petua yang sangat berkesan. Ketuk penutup botol pada dinding yang agak keras, dengan cara menegakkan botol. Pegang botol seperti biasa dan ketuklah pada dinding. Menggunakan kayu pintu dapur yang keras adalah pilihan paling tepat.
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh pada tarikh yang sama, iaitu 15 Jun. Perkongsian penuh kasih sayang itu mendapat perhatian ramai kerana menggambarkan hubungan erat antara seorang bapa dan anak yang membesar dalam suasana penuh kasih serta keharmonian keluarga.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, anggota kumpulan KRU itu memaklumkan bahawa beliau kini berusia 53 tahun manakala anak bongsunya menyambut ulang tahun kelima. Kebetulan yang cukup istimewa itu menjadikan tarikh berkenaan lebih bermakna buat dirinya setiap tahun.
Menurut Yusry, walaupun mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, anak kesayangannya itu lebih banyak mewarisi wajah dan penampilan ibunya, Lisa Surihani. Perkara tersebut dianggap sesuatu yang menggembirakan oleh beliau dan turut dikongsikan dalam nada berseloroh kepada para pengikutnya.
“Walaupun dia berkongsi hari lahir dengan Daddy, Yunos Laith sememangnya salinan Mummy. Dan saya tidak mahu ia menjadi sebaliknya,” tulisnya.
Kenyataan ringkas itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada peminat yang terhibur dengan cara Yusry menzahirkan rasa syukur serta kasih sayangnya terhadap keluarga. Ramai yang turut memuji hubungan erat pasangan selebriti itu yang sentiasa dilihat saling menyokong antara satu sama lain.
Dalam perkongsian yang sama, Yusry mengakui beliau bukanlah seorang individu yang terlalu teruja untuk menyambut hari lahirnya sendiri. Namun begitu, kehadiran anak bongsunya telah mengubah persepsi tersebut dan menjadikan tarikh berkenaan antara hari yang paling dinantikan setiap tahun.
“Anak kecil ini telah menjadikan 15 Jun sebagai salah satu hari yang paling bermakna dalam hidup saya setiap tahun,” katanya.
Ungkapan tersebut jelas menunjukkan betapa besar penghargaan beliau terhadap kehadiran anak dalam kehidupan mereka sekeluarga. Ramai peminat turut menyifatkan kata-kata itu sebagai luahan yang ikhlas dan menyentuh hati.
Mengakhiri perkongsian berkenaan, Yusry turut menitipkan ucapan istimewa buat Yunos Laith yang kini genap berusia lima tahun. Ucapan itu memperlihatkan kasih sayang mendalam seorang ayah terhadap anak yang semakin membesar di depan mata.
“Selamat hari lahir, Yunos Laith kesayangan Daddy. Daddy menyayangimu lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata.”
Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada kedua-dua mereka. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata positif daripada peminat serta rakan selebriti.
Untuk rekod, Yusry dan Lisa Surihani mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Perkahwinan mereka menjadi antara hubungan selebriti yang sering dijadikan contoh kerana berjaya mengekalkan keharmonian meskipun berada dalam industri hiburan yang mencabar.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith. Ketiga-tiga anak mereka sering menjadi sumber kebahagiaan dan kebanggaan keluarga tersebut.
Kehadiran anak-anak bukan sahaja melengkapkan kehidupan rumah tangga mereka, malah menjadi motivasi untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan. Perkara itu jelas dapat dilihat menerusi pelbagai perkongsian yang dimuat naik oleh pasangan berkenaan dari semasa ke semasa.
Kini memasuki tahun ke-14 perkahwinan, Yusry dan Lisa masih dilihat sebagai pasangan yang saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain. Hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan serta kasih sayang itu terus mendapat perhatian peminat yang mengikuti perjalanan hidup mereka sejak dahulu.
Momen ulang tahun kelahiran yang dikongsi bersama Yunos Laith bukan sekadar satu kebetulan menarik, malah menjadi simbol ikatan kekeluargaan yang erat. Bagi Yusry, tarikh 15 Jun bukan lagi sekadar hari lahirnya sendiri, sebaliknya hari yang mengingatkannya tentang anugerah paling berharga dalam kehidupan sebagai seorang bapa.
Dengan kasih sayang yang jelas terpancar dalam setiap perkongsian, tidak hairanlah keluarga kecil ini terus menjadi inspirasi kepada ramai peminat yang menghargai nilai kekeluargaan dan hubungan yang penuh keikhlasan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Trauma buat bapa ini apabila melihat sendiri anak tersayang ditarik oleh buaya dan maut depan matanya sendiri.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.
Menurut laporan Astro Awani, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, Lahad Datu pagi 1 Disember.
Dalam kejadian sekitar jam 10.05 pagi itu bapa mangsa turut cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis Marin dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Terdapat dua mangsa yang terlibat iaitu seorang lelaki Palauh dan kanak-kanak lelaki dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, manakala anaknya pula masih hilang dipercayai dibaham buaya.
“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.
“Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa buaya.
Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya yang agak serius.
Pertama kali bergelar ibu tentu belum banyak pengalaman tentang penjagaan bayi. Justeru menceduk daripada pengalaman dan ilmu orang lain boleh menjadi salah satu cara untuk ibu memperbaiki ilmu dan kemahiran menjaga dan mengendalikan si kecil.
Pelakon drama, Raja Ilya yang baharu bergelar ibu baru-baru ini ada bertanyakan kepada peminatnya di Instagram berkenaan masalah ruam susu yang muncul di bahagian wajah anak sulungnya, Talita.
Raja Ilya yang kini menetap di Australia di samping suaminya Trent Garrett pastinya risau melihat keadaan muka Talita yang dipenuhi dengan ruam merah-merah.
Pelakon yang baharu menyambut ulang tahunnya yang ke-37 pada 11 Julai lalu bertanyakan kepada peminat Instagramnya tentang ubat semula jadi untuk masalah Milia Rashes atau lebih dikenali sebagai ruam susu di kalangan bayi baharu lahir.
Sebagai ibu sudah tentu Raja Ilya berasa kasihan dan risau melihat keadaan muka bayinya yang baru berusia tak sampai sebulan itu walaupun doktor sudah memberikan ubat dan ramai kenalan di Australia memberitahu ia masalah normal.
Siapa ada remedy untuk millia Rashes on newborn ni ? A.k.a milk rashes.
Bila jumpa doctor they prescribe cream chemical lak .. anyone know natural remedy ?
Kalau tanya orang2 Kat sini semua kata it’s normal memang semua bayi umur 2 minggu akan kena .. baby baby Kat Malaysia pun sama ke?
Sebab Tak pernah lak tengok baby2 dalam family or kawan2 kene .. Kecian lak tengok @talitalovegarrett ni .
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan-rakan artis yang sudah bergelar ibu dan peminat-peminat Raja Ilya berkongsi rawatan dan petua semula jadi untuk masalah ruam susu si comel Talita.
Didoakan semoga Talita cepat sembuh dan tiada lagi ruam merah-merah di wajah comelnya itu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.