28 Tahun mencurahkan khidmat bakti di sebuah stesen minyak, akhirnya pengorbanan wanita berbalas apabila pihak majikan memberinya hadiah pakej umrah sebagai tanda penghargaan.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Sapuan ini dimuatnaik menerusi perkongsian pengguna Tiktok @siti5847, dipercayai pemilik sebuah stesen minyak.
Dia menghadiahkan pakej ibadah umrah kepada Sapuan, 59 tahun yang menurutnya telah berbakti selama 28 tahun di sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah.
Dalam video tersebut, dikongsikan foto-foto Sapuan bersama beberapa individu lain di dalam pesawat, dan beberapa lokasi lain di Makkah.
“Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif warganet. Rata- rata memuji keprihatinan majikan dalam menghargai pekerjanya Dalam Komen tersebut ada yang mengakui sudah lama mengenali makcik Sapuan. Menurutnya, wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi.
Ads
@Abang Jebat:makcik legend.. zman skolah is minyak 2 ringgit makcik ni tlong pam😂😂😂.. zman skolah2 dlu…
@BetaRatuExclusives:tahniah puan sbb puan menghargai titik peluh seorg pekerja…. 🥰
@eyda💁🏻♀️:Alhamdulillah rezeki orang yang jujur dlm berkerja..Semoga Allah murahkan rezeki pada majikanya@NurQamarun🌕:ptot sya tgok mcm kenai makcik ni.. sllu dia y dok tgu buboh minyak moto 🥰
@Sxifuddin____:Allah .. ni baru betui majikan 😊 semoga bertambah tambah rezeki puan 👍🏻
Kanak-kanak ibarat kain putih yang suci dan bersih. Di usia kanak kanak inilah mereka masih dan sedang belajar mengenai kehidupan dan persekitaran mereka. Disebabkan itu, tidak hairanlah banyak perkara mereka masih lagi naif dan memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan orang sekelilingnya.
Bahkan kadang-kadang apa yang ingin difahami oleh anak-anak kecil ini melalui soalan-soalan yang diajukan kepada kita hingga tidak terduga dibuatnya. Malah memerlukan kemahiran untuk kita pula menjelaskannya dengan sebaik mungkin.
Apatah lagi bila menyentuh tentang aspek seksualiti dan seumpamanya.
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi di akaun facebooknya berkenaan ada pelajar sekolah rendah bertanyakan soalan bagaimana sperma boleh masuk ke dalam badan perempuan.
Andai soalan yang sama diajukan oleh anak-anak kepada kita sebagai ibu ayah, apa pula jawapan yang boleh kita berikan? Mati ‘kutu’ juga dibuatnya untuk memahamkan soal seksualiti ini pada anak kecil.
Untuk itu, jom kita baca perkongsiannya untuk jadikan panduan bersama bagi mempersiapkan diri berdepan dengan soalan-soalan yang dijangka keluar daripada mulut anak-anak. Semoga apa yang dapat kita terangkan kelak pada anak-anak adalah untuk memberikan kebaikan buat mereka.
Penerangan Tak Boleh Terhenti
Bila pelajar sekolah rendah (tahap 2) tanya macam mana sperma boleh masuk badan perempuan, maka saya kena bersilat sikit untuk jawab.
Mula-mula kena fahamkan mereka beza lelaki dan perempuan, kenapa Allah bagi lelaki zakar dan perempuan faraj. Kemudian saya akan terangkan secara terperinci anatomi kemaluan, fungsi testis, sperma, ovum, kenapa lelaki baligh keluar air mani, kenapa perempuan keluar darah haid.
Bila dah selesai bab tu, maka saya cerita pula bagaimana hidupan ini membiak. Pokok, buah-buahan, bunga, haiwan dan terakhir manusia.
Saya selalu guna contoh kucing yang mengawan. Kebiasaannya majoriti murid pernah tengok kucing beraksi. Cuma ada antara mereka tak tahu dengan cara itu kucing akan membiak.
Mereka juga tak sedar kucing jantan ada air mani. Jadi, air mani si jantan perlu dimasukkan ke dalam kemaluan kucing betina untuk berlakunya persenyawaan.
Akhirnya saya akan tanya pelajar kembali. “Awak rasa macam mana pula manusia membiak? Apa yang mereka lakukan? Macam mana sperma lelaki boleh bertemu dengan ovum yang berada dalam rahim perempuan?”
Ketika saya ajukan soalan ini, kebanyakan pelajar dah dapat tangkap apa point yang saya nak sampaikan.
Ramai dapat relate dengan topik hadas besar yang mereka belajar masa darjah 3. Salah satu sebab kena mandi wajib adalah bersetubuh/ persetubuhan.
Kemudian saya sambung.
“Jika kucing membiak melalui proses mengawan, maka manusia pula melalui persetubuhan, atau hubungan seksual. Zakar lelaki perlu dimasukkan ke dalam faraj perempuan. Barulah air mani (sperma) dapat bertemu ovum). Itulah yang dinamakan persetubuhan.”
Tapi penerangan tak boleh terhenti setakat tu je. Kena ‘bersilat’ lagi.
“Kita tak sama macam haiwan. Kucing tu ikut sukalah nak mengawan kat mana-mana pun. Tepi kaki lima sekolah ke, sebelah tayar kereta ke, lantak. Depa mana ada akal. Tapi manusia Allah dah tetapkan peraturannya.
Kalau nak buat hubungan seksual, wajib berkahwin. Barulah boleh lalukan hubungan berkenaan. Dan sebab itu juga pasangan yang berkahwin tidur sebilik. Mak dan ayah kita.”
Masuk bab bilik ni, saya akan tanya pelajar siapa masih tidur sama bilik dengan mak ayah.
Biasanya kalau ada 300 orang pelajar (murid 10-12 tahun), hampir 30-40 orang juga akan angkat tangan.
Jadi, saya terangkan lagi kepada pelajar.
“Awak tak boleh tidur lagi bersama mak ayah”
“Ibu bapa perlukan ruang privasi. Kasih sayang mak ayah ni bukan hanya pegang tangan masa berjalan, berpelukan, cium pipi, bahkan lebih dari tu. Aurat ibu, ayah kita boleh tengok, aurat ayah, ibu kita boleh tengok.
Kalau kita masih tidur bilik yang sama, kesianlah mak ayah kita untuk berkasih sayang.”
Sebenarnya bab ni saya tak salahkan anak, tapi salahkan mak ayah yang tak bertegas dan disiplinkan anak tidur bilik sendiri. Nak jadi apa sampai ada kes budak perempuan umur 14 tahun tidur dengan si bapak setiap malam!
Kemudian, saya sambung semula pasal pembiakan tadi.
“Bila persetubuhan berlaku dalam perkahwinan, Allah redha. Dapat pahala. Sama macam orang bersedekah.
Tapi! (Masa ni saya tekankan sungguh-sungguh)
Bila hubungan seksual ni berlaku di luar perkahwinan, maka ia dinamakan Zina. Ya, dosa besar. Haram! Nak dekati pun Allah larang.
Tapi kalau hubungan tu dibuat secara paksa, ia dinamakan rogol. Rogol ni jenayah! Perbuatan jahat, kejam, jijik!
Sabit kesalahan, boleh dipenjara selama 20 tahun dan sebatan.”
Biasanya saya akan tunjuk demo macam mana sebatan dilakukan. Kemudian saya sambung lagi.
“Tapi rogol ni bukan sekadar secara paksaan sahaja, ia juga dinamakan rogol walau hubungan seksual tu berlaku suka sama suka.
Contoh, pakwe dengan makwe ke, orang dewasa dengan budak perempuan ke, asal yang perempuan bawah umur 16 tahun, keluarganya buat report polis, sabit bersalah lelaki tu akan dipenjara dan disebat.
Nak ke meringkuk lama-lama dalam penjara atas kesalahan seperti tu? Ada tu baru pertama kali cuba buat, itupun sebab kawan-kawan ajak. Seronok dapat ‘kenduri’kan perempuan. Dah perempuan tu on, budak lelaki air naik atas kepalalah!
Sekali bila keluarga perempuan buat laporan polis, habis semua pelaku disumbat ke penjara.
Tak berbaloi hidup macam ni. Hidup kau orang ni panjang lagi. Tuntut ilmu sungguh-sungguh. Seperti mana kita tak suka mak kita, kakak kita, adik perempuan kita diperlakukan seperti itu, begitu juga orang lain. Mereka juga punya wanita disekelilingnya.
Yang perempuan pula jaga diri elok-elok. Jangan mudah percaya janji manis lelaki. Tolong jadi pandai.
Lagi satu, kat sekolah jangan suka-suka hati dok sebut nak rogol kawan. Ingat perkataan tu boleh dibuat main? Kelakar? Ini sampai saya dengar budak darjah 1 pun dah berani sebut nak rogol kawan. Belajar dari siapa? Nak jadi penjenayah?
Bla bla bla..
Bla bla bla..”
Panjang sebenarnya ayat-ayat yang selalu saya gunakan untuk nasihat pelajar. Kalau saya sambung tulis lagi ni, mahu 30 minit baru habis baca.
Itu jika bersama murid sekolah rendah tahap dua, kalau dengan budak sekolah menengah, lagilah garang aku tekankan bab ni! Yang rasa kelakar pun sampai muka pucat lesi rasa takut.
Dia ingat semua benda boleh buat lawak.
Nak buat macam mana lawak lucah ni dah lama dinormalisasi. Dari segenap sudut kehidupan dilucahkan. Sampai bilalah muslim di Malaysia ni nak anggap serius benda ni.
Didik anak lelaki agar hormati wanita, lindungi mereka dan jangan sekali-kali ada niat merogol mereka. Ajar mereka jauhi pornografi dan segala lorong yang membawa ke arahnya.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak semua berkemahiran dalam mencucuk tanam. Ada orang minatnya ada, tapi ruang pula tak mencukupi untuk berbakti pada tanah! Tapi… Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? Jadi yang mana suka bertanam tu, boleh cuba teknik tanaman secara terbalik atau upside down ini!
Kaedah tanam pokok yang digantung secara terbalik ini ada banyak kelebihan tau! Bukan je jimat ruang dan mudah alih, malah ia juga terhindar dari haiwan perosak di tanah. Jika nak cuba boleh mulakan dengan pokok tomato dan juga cili.
Nak tahu macam mana? Jom tengok step by step kaedah tanaman yang dipraktikkan oleh Puan CT Hamisah Ahmad ll yang dipelajarinya di Youtube. Jom kita timba ilmu sama-sama!
1. Sediakan botol mineral 1500ml dan anak pokok sama ada tomato, atau cili.
2. Ambil botol dan potong bahagian bawahnya. Tebuk lubang kiri dan kanan botol untuk tempat menggantung.
3. Sediakan kain perca (boleh guna kain jeans) dan gunting di bahagian tengahnya.
4. Ambil anak pokok leraikan tanah yang melekatpada akarnya.
5. Letak batang anak pokok tadi di bahaglan lubang kain tadi. Tutup dengan stapler bahaglan yang digunting.
6. Masukkan anak pokok dalam botol dan keluarkan batang dan daunnya di bahagian penutup botol.
7. Tujuan diletakkan kain pada pokok tadi selain untuk menyerap air la juga untuk mengelakkan tanah keluar bila terbalikkan.
8. Selepas masukkan anak pokok masukkan tanah, cocopeat, tanah kormpos nisbah 4:4:2.
9. Siram dengan air dan gantung pokok di tempat terlindung dari panas selama 9-10 hari.
Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?
Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.
Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.
Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.
2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!
Selamat mencuba ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.