Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?
Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.
Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.
Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:
Ads
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.
2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
Sedapnya dapat menikmati Kue Tiaw Goreng panas-panas, ada pula jeruk cili memang terangkat ni kan. Tapi ada satu perkara yang buat ibu-ibu susah hati bila nak goreng Kue tiaw iaitu ia mudah lembik dan hancur.
Jadi, untuk ibu-ibu yang nak elak perkara ini berlaku, admin kongsikan tip yang dimuat naik oleh Golden Roses. Selamat mencuba! Abaikan kuali yg comot tu..
Kueytiow goreng rindu nama diberi..
Rindu zaman berniaga dedulu..
Mak n arwah abah org berniaga..pagi berniaga,petang berniaga..
bazar ramadan pn setiap tahun msti open table..
Pasar malam juga salah satu tapak income yg kami ada..
Selain nasi lemak,kuih muih, n makanan lain..
Mee,bihun & kueytiow jugak slh satu jualan yg terlaris kt gerai kami..
Membesar dgn pnglamn itu..secara xlangsung sy didedahkan ,bermacam2 masakan,termasukan kuih muih tradisional sejak awal umur 5/6 tahun.
So masa 7tahun tu dh boleh beraksi sndiri didapur tanpa bantuan mak..
Kalau dlu rs terbeban sbb hilang rasa memori kanak2.nk main dgn kwn2 pn masa tu xberapa nk ada..
Tp bila makin membesar..bru faham ape erti pengalman.
Ok bukan cerita tu sbenarnya yg nk dikongsi,
sebenarnya mmg xlalu dh nk mkn nasi..so kt mengueytiow jelah harini..sbb kueytiow ni slh satu fav sy dan suami..
Kat sini msti ada yg suka sgt kueytiow goreng mcm kami kan??
KUEYTIOW GORENG RINDU
By: golden roses
BAHAN²
________
kueytiow (2pack)
• Sawi / kucai / taugeh (sy xmasukkn kucai atau taugeh)
• cili kering (blend dgn bawang besr sebiji)
• bawang putih 4ulas 🟣
• bawang merah (3ulas) 🟣 •bawang besar (sebiji)🟣
• Ikan bilis ( 3 cubit )🟣
• Sos ikan ( 4 SB)
•Sos cili life (4SB)
•Sos tiram (3SB)
•Kicap lemak manis (sy guna jenama jalen) (3 SB)
•Kicap mee (2SB utk cantikkan warna)
•Garam & gula (ikut selera)
•Serbuk perasa (ikut selera)
•Ayam/isi ketam & fishball (nk guna perkakas lain pn bole)
•Telur (2butir)
•Sedikit air (ikut selera nak basah mcmn)
P/s : BLEND BAHAN YG BERTANDA 🟣
#GORENG_CARA_SAYA
Panaskan minyak dlm kuali..
Goreng ayam dlu..(sbb minyak gorengan tu buat kueytiow lg sedap.)
Agak dh kekuningan,masukn bahan blender yg bertanda 🟣 td..
Biar sekejap smpi kuning keemasan..masukkn batang sawi..bila dh lembut elok..baru masukkn cili blender..
Kacau n biarkan smpi cili garing.
Masukkn garam,gula,serbuk perasa,sos cili,sos tiram,kicap manis,sos ikan & kicap mee.
N sambung kacau..smpi naik bau..masukkn air..(kalau ikut sukatan sy..hanya setengah gelas je)
Then pecahkan dua butir telur (jgn kacau)
Biar kan sekejap smpi dh membeku dlm.kuali baru kacau sikit bg rata..kacau jgn smpi telur berketul atau terlebih hancur..
Baru masukkn kueytiow..
Kacau smpi smua rata dgn pes.
Baru masukkan sawi..
Kacau dengan api besar..sekejap je..then tutup api.
Siappp…🤗
#TIPS_IKHLAS_DARI_SY : 1)KALAU NAK MASUKKN TAUGE PN BOLEH ..TP TUTUP API DLU..BARU MASUKKN TAUGEH.. SUPAYA TAUGEH X LEMBIK & RANGUP. BEGITU JUGA SAYUR YG BERDAUN..MASUKKN PALING AKHIR..SUPAYA SAYUR XLAYU N HILANG RASA.. 2) PASTIKAN KUEYTIOW @ MEE YG DIBELI BUKAN DARI PETI SEJUK ATAU DISIMPAN DLM PETI SEJUK.. KUETIOW/MEE AKN ROSAK,HANCUR/PATAH BILA DIGORENG. 3) KACAU MEE,KUEYTIOW ATAU BIHUN IKUT SATU HALUAN..DAN JANGAN SESEKALI TEKAN DGN SUDIP..UTK MENGELAKN TEKSTUR MAKANAN TU HANCUR DAN PATAH. 4) JGN KACAU TELUR LEPAS DIPECAHAKN DIDLM KUALI..SEELOKNYA BKARKAN SEKETIKAN UTK ELAKN MASAKAN JD HANYIR,BENYAI DAN WARNA MEE PUCAT.
SELAMAT MENCUBA🤗🤗
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dan tak pernah makan kuih lopes kan. Kuih yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan
Memandangkn sekarang ni PKPB, jadi pasti susah nak dapat kuih ini kan. Jadi apa kata anda cuba menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga untuk minum petang nanti. Lebih jimat dan anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahukan.
Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Sally Aqua
Kuih Lopes cara k.sally.
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut (Dapat 15-20 biji kuih lopes)
2.5 cawan air
Pewarna hijau Daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam (hujung sudu shj)
Kelapa parut untuk menggaul pulut
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Cara buat di gambar step by step. Moga bermanfaat buat puan2 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Roti jala biasa yang berwarna kuning keemasan tu mungkin dah terlalu biasa buat kita. Cuba ubah resipi dan ‘rupa’ seperti yang dikongsikan saudara Amie Samuri di facebooknya. Serius sangat menarik!
Kalau kita yang dewasa tengok pun rasa nak makan, inikan pula anak-anak kita. Serbu dulu lah jawabnya. Dah tu paling best, cara buatnya sangatlah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.