Umum mengetahui penggunaan kad mesin juruwang automatic (ATM) mempunyai tempoh jangka hayatnya dan apabila tamat tempoh, kad tersebut perlu diperbaharui bagi membolehkan ia berfungsi.
Pun begitu, perkongsian seorang anak yang terpaksa membawa ibu lumpuh dan terlantar bagi melakukan prosedur tersebut menarik perhatian wargamaya.
Pengguna TikTok Nur Hatini Mahamud berkongsi video memaparkan keadaan ibunya yang lumpuh seluruh badan dan difahamkan perlu hadir ke bank demi untuk menukar kad yang akan tamat tempoh.
Menurutnya, sebelum itu dia sudah pun menghubungi bank untuk bertanya mengenai prosedur bagi pesakit lumpuh.
Namun jawapan yang diterimanya amat mengecewakan.
Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.
Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.
Bank: Cik kena bawak jugak mak mai dengan bank.
Me: Selain pi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?
Ads
Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak makcik masuk ke dalam bank jugak.
Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John sebab tak mampu bawa ibu menggunakan kereta disebabkan keadaan ibunya yang tak boleh duduk.
Tambahnya, dia perlu mengeluarkan kos sendiri menyewa khidmat ambulans demi menukar kad di bank. Dia berasa sungguh kecewa dengan tindakan pihak bank yang seolah-olah tidak bertimbang rasa.
Menjelaskan dengan lanjut, ibunya adalah penerima pencen dan duit itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya bersimpati dan berkongsi turut melalui situasi yang sama ketika berurusan dengan institusi kewangan yang lain.
Ads
-“Sama seperti arwah Datuk yang mengalami strok, kad bank beliau perlu renew. Pihak bank minta datang juga ke kaunter. Hendak sewa ambulans mahal, minta van jenazah ke sana,” titip pengguna TikTok @mascayah.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet yang berkongsi kebanyakan bank bertoleransi dalam mempermudahkan urusan pelanggan terlantar.
-“Dalam kes mak mertua saya, dia terbaring. Kami beritahu bank, mereka datang ke rumah tolong buatkan. Sepatutnya mereka datang ke rumah, bukan pelanggan ke bank.”
-“Saya bekas pekerja bank dan bekerja selama 21 tahun. Saya pernah dapat pelanggan begini tetapi kami sendiri pergi ke rumahnya.”
-“Ada surat doktor, staf kena berurusan dengan pengurus untuk membuat lawatan ke rumah pelanggan.”
-“Saya dahulu pernah kerja bank dan mengikuti rakan sekerja jumpa pelanggan yang terlantar. Pelanggan mahu keluarkan duit. Semua ini atas budi bicara.”
Dalam satu perkongsian, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi berita isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 4.20 petang semalam.
Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara pembedahan di sebuah pusat perubatan. Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.
ALI DAPAT ADIK GIRL️ Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm Berkat doa semuanya.
Terima kasih banyak2. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb. Tak tahu nak taip apa ntah. Happy betul ni . Salam Maghrib semua .
Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan.
“Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban.
“Doktor menasihatkan isteri dibedah biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,” katanya lagi.
Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun.
“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.
“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.
“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,” katanya.
Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi.
“Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya.
Saharul dan Qabila Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.
Saat anak-anak lain seusianya sibuk menelaah pelajaran bagi menjawab peperiksaan UPSR, namun dia sibuk menguruskan adik-beradiknya. Semuanya gara-gara ditinggalkan ibu bapa mereka yang kononnya ke Kuala Lumpur untuk bekerja, namun sehingga kini tiada khabar berita.
Terpanggil untuk membantu, lelaki bernama Muhamad Khadir Abd Jalil telah membawa pelajar berkenaan yang mesra disapa Putri untuk menjamu selera di restoran makanan segera seusai pulang dari sekolah.
Sewaktu di restoran berkenaan, Putri mmebuka cerita tentang keperitan yang ditanggungnya bersama adik-adik yang lain.
Kisah adik Putri ini dikongsikan oleh Muhamamd Khadir menerusi facebooknya Padaedi Sandakan semalam.
Nama Adik Putri Semalam dpt berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini suda tiga bulan tidak hadir ke sekolah, sehari sebelum UPSR adik ni dtg ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebp tidak dtg ke sekolah selama 3bulan kepda GB sekolah.
Semalam juga sya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain. rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10thn,3thn dan 2thn smpaikan tidak dpt dtg sekolah.
Adik ini memberitahu bapanya meninggalkan mereka mama nya pula ke KL bekerja suda berpa lama tidk ada khabar brta.
Tadi kelihatan putri makan perlahan-lahan nampak mcm tidak berselerah, saya tanyak putri kenyang ka.? jawab putri anu bang putri ingat dekat adik² di rumah putri mkan sedp² tapi adik di rumah mungkin belum makan dri pagi… Fuuu hancur hati kuuu mendengar putri bercakap terpaksa pakai spekmata supaya tidak kelihatan mata masuk habuk…
banyak pesanan dan nasihat yg ku berikan buat adik putri mudahan bermanafaat buatnya, dan Kita menawarkan sepanjang UPSR berjlan kereta percuma ke Hospital akan memberi perkhidmtan putri antr dan balik sekolah… Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik putri seketika ini.
kawan-kawan yang ingin mengulurkan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depab masjid pengeran Galpam rumah kedua dri siring jalan bersebelahan warung makan.
Mengimpikan kediaman yang selesa untuk keluarga dengan turut mewujudkan sudut santai pastinya memberi makna pada seisi keluarga.
Umpamanya apa yang telah dilakukan oleh Puan Emma ini dengan menggunakan secara maksima ruangan balkoni kediamannya.
Di ruangan itu dia dapat lakukan aktiviti bercucuk tanam dan di sana jugalah dijadikan ruang santai untuk keluarganya yang digarab cukup menarik dan sempurna.
Mengetahui lanjut tentang ruang balkoni keluarga ini, dan ini perkongsiannya.
Nak share balcony bohemian saya yang menjadi kontroversi hujan panas basah kering ni.
Props-prop dari fabrik semua saya simpan kalau tak guna balcony. Hanya keluarkan bila nak lepak je.
Saya ada cerita sikit dekat video dan juga penggunaan hook hammock saya. Ada banyak lagi gambar tapi dah delete. Boleh tengok di ig saya @faheema.farid
Sumber : Emma Villa via Kelab Dekorasi IKEA Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.