Tidak dinafikan sebagai ibu ayah kita juga tidak sempurna dalam mengawal emosi ketika berkomunikasi dengan anak-anak. Kadang-kadang tanpa sebab yang wajar pun kita mudah marah-marah anak dengan penuh perasaan. Jika keadaan ini berulang-ulang setiap hari tentunya memberi kesan tidak bagus kepada perkembangan emosi anak-anak juga.
Sedangkan dalam hidup ini, kita semua mahukan sebuah keluarga yang dapat menjalani rutin harian dengan emosi yang tenang dan damai.
Pun begitu, tahukah anda bilamana seseorang ibu atau ayah itu mudah mencetuskan perasaan marah kepada anak-anak, ada sesuatu yang tidak kena. Perlu dinilai apa masalah yang ada dalam diri sendiri dan bukannya hanya tahu menyalahkan anak-anak.
Menurut perkongsian oleh Mohd Fhais, salah seorang Parenting Influencer di media sosial, ini terjadi adalah kerana kurangnya ‘me time’ berkualiti. Jadi untuk itu, jom sama-sama kita baca dan fahaminya agar kita dapat memperbaiki diri ke arah menjadi ibu ayah yang terbaik untuk anak-anak.
Ini perkongsiannya.
Bila mudahnya cetus rasa marah dengan anak. Tu tanda kurangnya “Me-Time” berkualiti. Sedangkan batu jika di ketuk setiap hari pun boleh berderai pecah. Inikan pula manusia, setiap hari diuji dan diuji tanpa cuti lama kelamaan otak jadi tepu, emosi jadi rapuh dan mula tindakan jadi tak terkawal dan impulsif.
Me-Time bukan masa bersendirian semata-mata tapi Me-Time adalah proses detoksifikasi segala fikiran jahat, emosi negatif dan latih self-control diri jadi lebih baik.
Kualiti hidup kita bergantung pada kualiti Me-Time kita.
Tak dapat seminggu sekali, buat la sebulan sekali.
Tak dapat juga sebulan, buat la setahun sekali.
Ads
One is better than none.
Sebab itu la kerja mengurus anak ni bukan kerja seorang diri, tapi kerja berpasukan. Sorang jaga, sorang rehat, seorang stress seorang lagi menenangkan.
Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang. Penyanyi nombor satu negara ini sememangnya terkenal sebagai selebriti yang banyak membuat kerja-kerja kebajikan sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara.
Menyumbang kembali kepada masyarakat merupakan cita-citanya sejak dahulu. Memetik laporan dalam Oh Bulan, Siti, 43, bersyukur kerana hasratnya untuk membuka sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin yang diberi nama Afwa dan Aafiyah sejak 5 Oktober 2021 lalu dipermudahkan.
Menurut Siti, sekolah tersebut ditubuhkan menerusia Yayasan Nurjiwa bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dan diuruskan oleh wakil khas Gaza.
Sekolah yang ditubuhkan hampir setahun itu sudah mempunyai 50 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak seawal umur empat tahun.
“Alhamdulillah, setiap bulan saya dan suami secara peribadi serta Yayasan Nurjiwa membuat sumbangan untuk keperluan sekolah itu. Kita nak berterusan dan semuanya daripada kami.
Kalau ada rezeki lebih, contoh setiap kali saya ada persembahan, menjadi duta, memang saya peruntukan, agihan zakat saya atau apa, untuk dibahagikan juga kepada pembelajaran kanak-kanak di sekolah itu. Sekarang sudah ada hampir 50 pelajar.
Buat masa sekarang, sekolah itu diuruskan oleh sahabat baik kami di sana. Dia akan mengemaskini apa saja aktiviti pelajar di sana, seperti pengajian, ujian, hafazan, peperiksaan, malah ketika hari jadi saya dan kedua-dua anak, mereka mengadakan doa selamat di sana.”
Tambah Siti Nurhaliza lagi, dia memperuntukan RM10,000 sebulan untuk kegunaan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan.
“Setakat ini kami menyewa tempat dulu termasuk tenaga pengajar pun kita yang bayar. Setiap bulan memang diperuntukan RM10,000 kadang lebih dari itu, sebab ada nak beli buku dan sebagainya. Tapi amaun itu memang tetap.”
Siti ditemui ketika majlis Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’Sri Siti Nurhaliza yang diadakan di Heritage Club @ Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Bercerita mengenai persembahan selama dua jam, Siti berkata ia bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi juga mengajar peminat bersama-sama berbuat kebaikan.
Pelantun lagu Anta Permana ini mensasarkan kutipan RM1 juta untuk dua malam iaitu pada 5 dan 6 November dan dana akan disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.
Dana daripada yayasan tersebut bukan sahaja untuk sekolah Afwa & Aafiyah sahaja, tetapi turut membantu rakyat Malaysia mana yang terkesan dengan banjir, Covid-19 dan yang nak membina masjid.
Surat terbuka yang ‘dikirimkan’ dari seorang doktor kepada seluruh rakyat Malaysia bertarikh 24 Mei 2021, nyata cukup sedih andai kita membacanya dengan penuh penghayatan. Cubalah selami apa yang ditanggung dan dilalui oleh setiap antara pejuang barisan hadapan negara ini. Bukan sehari dua mereka berjuang, namun sudah bertahun lamanya.
Dan diharapkan dengan perkongsian surat ini, lebih ramai prihatin dan sama-sama ‘berjuang’ untuk jangan keluar rumah demi mengekang penularan Covid-19. Nyata, bukan banyak yang dipinta oleh frontliners ini dan percayalah jika ini benar-benar kita laksanakan, kita akan berjaya menurunkan jumlah kes Covid-19 dari masa ke semasa.
Ini suratnya, sila lah baca dengan hati terbuka.
24/5/2021– Surat dari Doktor Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat Malaysia —Jangan Keluar Rumah
“Saya adalah seorang doktor barisan depan melawan wabak Corona. Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.
Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
Mask harus pakai 2 lapis, Pembungkus kasut (shoe cover) pakai 2 lapis, Sarung tangan pakai 5 lapis, Di bahagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang mask pelindung.
Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak blh makan, minum atau ke toilet.
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.
Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung.
Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.
Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini. Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan mask dan menikmati udara segar!
Kawan kawan semua, mohon kalian bekerja sama dengan negara, bekerjasama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri, jangan keluar rumah dan lakukanlah pembatasan diri… yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan. Jangan sia-siakan air mata kami.
Kamu fikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga fikir keluar rumah sebentar tidak masalah.Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
Bila satu orang, dua orang, tiga orang hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu, maka kami mohon semuanya agar blh bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin balik pun tidak boleh balik.
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.nAsalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita blh memusnahkan wabak ini! Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang!
Tolong gunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatan di barisan depan berusaha mencegah dan have had mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE… SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINTA KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI. Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
Anda ada beberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka.
Sekian terima kasih
Umumnya ketika solat, usai membaca ayat ketika Tahiyat Akhir, “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”, kita akan memberi salam.
Pun begitu, melalui perkongsian di Majlis Ilmu, elok kiranya sebelum memberi salam dibaca terlebih dahulu sepotong doa ini. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
As’salamualaikum. Hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”, biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…