Sudah lama penyanyi cantik manis ini memasang impian untuk memilik kediaman sendiri. Bahkan itulah azamnya untuk tahun 2019 namun rezekinya belum ada.
Begitu pun, berkat usaha keras dan tidak putus asa,akhirnya tahun ini Wany Hasrita mampu tersenyum lebar kerana berjaya menggapai impian tersebut meskipun terlewat setahun. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.
Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan. Itu antara perkongsian Wany menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Wany turut memuat naik satu video yang menunjukkan momen-momen saat melawat rumah tersebut. Ditemani ibunya yang tersayang, dua beranak ini tampak sangat gembira sambil berjalan-jalan di dalam rumah berkenaan yang difahamkan terletak di Semenyih.
Macam-macam gelagat dan karenah anak-anak membuatkan kehidupan sekeluarga penuh warna-warni. Walaupun penat dengan urusan kerja, namun melayan si kecil membuatkan hilang segala rasa penat ibu bapa.
Lagi-lagi bila mengenangkan gelagat lucu sehingga membuatkan kita tertawa sendiri. Dalam satu perkongsian, Tya Adnan berkongsi gelagat si anak sulungnya yang menangis kerana enggan membenarkan ayahnya memotong rambut.
Aaira Ameena anak sulung kepada pelakon terkenal Shukri Yahya juga terkenal sering menghiasi laman tiktok dengan gelagatnya yang cukup mencuit hati.
Menurut Tya, anaknya itu menangis kerana tidak membenarkan si ayah memotong rambut, bimbang tidak lagi kacak.
“Ceritanya ayah nak pergi trim rambut je pun. Tapi si kakak emosi tak bagi ayah pergi potong rambut.
“Dengar tak dia cakap, nanti tak handsome… hahahaha geli hati mommy. Ameena oh Ameena,” tulis Tya di ruangan instastorynya.
Menerusi video tersebut, Ameena dilihat memegang dan menarik baju serta tidak membenarkan ayahnya keluar rumah untuk memotong rambut.
Nanti Potong Tak Hencem🤣🤣🤣🤣Pishang Lah Ayah Apabila Anak Perempuan Tak Bagi Potong Rambut Misai Dan Janggut Tu Ah Botak Pun Tak Boleh Nanti Tak Hencem….hahaha..Ameen Ameena Anak Yang Bijak ini Dan Comel Lah…hehehe
“Anak Perempuan Saya Hanya 9 Minggu.” Dr Amalina Kecewa Jadi Sendaan Lucah
Hati ibu mana yang tidak sebak, apabila anak tersayang jadi bualan yang tidak sedap dengar. Lebih menyedihkan lagi anak yang masih bayi jadi sendaan lucah yang tidak masuk akal.
Begitulah yang situasi yang meruntun jiwa Pakar Bedah, Dr Amalina atau nama sebenarnya Amalin Che Bakri mengenai anak sulungnya, Arabella Mia yang baru berusia sembilan minggu. Dia meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun twitter nya @DrAmalinaBakri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom, dia berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini namun harus diteruskan bagi membuat teguran mengenai sikap segelintir wargamaya yang menulis kata-kata berbaur lucah mengenai anak kesayangannya.
Ibu mana yang tidak terkesan jika anak masih kecil diperkatakan seumpama itu. Tanyalah kepada mana-mana ibu, pastinya akan melindungi anak tersayang tanpa sempadan.
Saya banyak membuat Q&A utk berkongsi ilmu medikal kpd ‘followers’ saya. Kenyataan yg saya buat di sesi Q&A di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan drp ‘follower’ diambil oleh penulis artikel tabloid utk jadi bahan berita mereka.
Soalan drp pengikut saya adalah seperti berikut: Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK? Saya jawab: Tidak ada kerana sunat perempuan melangggar undang-undang di negara UK
Katanya lagi tidak pernah mempertikaikan hukum Islam. Namun kenyataannya telah disalah erti oleh sesetengah pihak.
KATA-KATA TIDAK SOPAN MENGENAI ANAKNYA
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN BUAT TEGURAN
Dr Amalina yang kecewa dengan sikap wargamaya yang bersikap begitu mempersoalkan mengenai etika hidup mereka. Dia berharap pihak yang berwajib mengambil tahu mengenai perkara ini.
Sesungguhnya sesiapa sahaja bergelar ibu, naluri keibuan itu akan sentiasa memastikan anak selamat dan menjalani kehidupan dengan baik. Semoga isu ini menjadi iktibar kita semua supaya sentiasa menjaga adab dan tata susila ketika waima dalam memberi komen.
Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.
Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.