Setiap anak-anak mempunyai keistimewaan tertentu. Usah ibu bapa membandingkan anak dengan anak lain. Begitu juga dengan rakan sebayanya. Apa yang pasti setiap anak punya kekurangan dan kelebihan tersendiri. Sebagaimana perkongsian seorang ayah ni Mohd Fhais amat bermanfaat untuk ibu bapa jadikan panduan. Deep coretan bapa ini. Jom kita semak.
Jangan berlagak anak kita baik dari anak orang lain
Anak kita baik tu kadang nasib je. Ada kemungkinan anak kita tergolong dalam 40 peratus kanak-kanak yang temperament kategori “mudah”.
Temperament ni adalah gaya tingkah laku ( behavioral style ) bayi itu sejak dilahirkan.
Ads
Semalam masa melawat aisy rizqi di hospital saya terdengar ada 2 orang mak mak ni mengumpat.
Budak sebelah ni, sejak dia masuk anak kita tak boleh tidur. Asyik nak menjerit, melompat atas katil. Mak dia tak geti jaga anak rasanya.
Wahai mak mak yang ada anak baik macam malaikat. Tahu tak dalam dunia ni ada 10 peratus kanak-kanak yang temperament mereka memang dalam kategori “susah”.
Anak-anak ni memang dilahirkan untuk jadi LASAK, DEGIL & NAKAL !
Ads
Ya! 10 peratus ni la serba serbi susah kalau nak mendidik. Kita jerit nak runtuh rumah pun dia tetap tak mahu dengar, tak geti duduk diam, kalau boleh satu dunia dia nak teroka.
Sebab itulah ilmu parenting tinggi sahaja tak cukup kalau nak mendidik anak yang cergas ni. Kesabaran, daya tahan dan kreativiti mak ayah pun kena tinggi juga.
Sebab anak ini ada tenaga yang sangat besar! Boleh mengegar dunia satu hari nanti jika kena dengan didikan dan asuhan.
Ads
Ini fakta! Hampir 99 peratus orang berjaya di dunia adalah dari temperament susah ni tau. Banggalah siapa di anugerahkan anak istimewa ini.
Jadi mak ayah sekalian, kalau anak kita baik, dengar cakap, sekali jeling je dah takut tak usahlah nak berlagak sangat sebab kita tak kena lagi macam mana uruskan anak yang sangat susah ni. Anak yang tak makan saman ni, mata terkeluar pun diorang tak akan takut.
Mohd Fhais Anak baik tu alhamdulillah tapi kalau anak kurang baik tu masyaAllah banyak kelebihan mereka kalau mak ayah pandai teroka.
p/s : Ramai lagi mak ayah yang tak tahu ni, sampaikan pada mereka ya supaya mereka pun dapat info ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan hampir kesemua barang yang kita beli disimpan dalam peti ais. Semua ini bagi menjaga ketahanannya selepas dibuka.
Pun begitu sebenarnya ada cara betul untuk menyimpan kesemua bahan ini dengan baik. Bagaimana caranya? Ini yang disyorkan oleh wanita bernama Hani Mynis di
facebooknya. Jom ikut caranya.
Pengurusan Peti Ais yang betul untuk bahan-bahan:
1. SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis
“refrigerate after opening”.
Ini untnku mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen, boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah nanti.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3. TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul.
Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling
mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination
telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais. Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4. UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagin pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So
penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman ketika tiba di Mekah.
Dia bersyukur kerana dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Awalnya dia mengakui takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Puteri Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankfu
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya dikapsyen.
Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.
Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini. Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah. Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang. 11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit.
“Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.” Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut. Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room. Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu. Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital. Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang. Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar. Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok. Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil. Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan. Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi. Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam. Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet.
Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas. Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak. Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang. This is real shit, man. Kata aku dalam hati. 5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push. Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur. Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ. Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak. Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya. Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur. Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya. Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’
Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis. Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya. Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin. Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina. Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju. Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak.
Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit. Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni. Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di