Memang wanita begitu. Jika sayang pada suaminya, walaupun perut dah boroi pun tetap disayanginya. Hubungan kasih sayang yang tiada batas waktu. Kasihnya sehingga ke jannah.
Kasih isteri kepada suaminya tiada tandingannya. Malah isteri sanggup terima suami seadanya walaupun bentuk fizikal sudah berubah. Perkongsian oleh Amir Syahir ada benarnya. Ikuti nukilannya ini.
“Nanti kalau saya dah tua kerepot, awak sayang saya lagi tak?”
“Kalau saya gemuk nanti, awak nak saya lagi tak?”
“Kalau saya tak reti masak, awak marah tak?”
Ads
Kalau tanya soalan ni masa bercinta, jawapannya semua yang manis-manis belaka kan. Bila dah kahwin, sebaliknya pula.
Kalau isteri dah berkedut sana sini mula la cakap sakit mata tengok. Bila isteri dah gemuk, tak make up, cakap stress tengok muka dan badan yang dah macam badak sumbu.
Dulu masa bercinta cakap tak kisah kalau isteri tak pandai masak. Nanti boleh belajar. Bila isteri lambat masak, kau marah-marah. Masin sikit pun bising. Cakap masak macam nak bagi kucing makan.
Suami kenapa berubah?
Ads
Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.
Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.
Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.
Ads
Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang.
Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.
Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.
Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.
Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi. Kah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sungguh, hidup kita ini penuh dengan masalah dan ujian hidup. Lalu bagaimana cara terbaik untuk kita ringgankan rasa beban yang ditanggung? Hal ini dijelaskan oleh Ustazah Asma Harun dan jadikanlah amalan seisi keluarga.
Siapa yang bangun hari ni dengan sisa air mata kesedihan semalam. Masalah dan Ujian bukan bertambah ringan tapi makin berat. Rezeki sempit. Anak sakit, suami/isteri sakit atau cari penyakit. Keluarga dan Kawan semua lari tak ada yang nak tolong. Rasa dah tak boleh hidup lebih baik mati. Dll. Apa yang boleh dibuat ?
ISTIGHFAR – استغفر الله.
Anak kunci kepada pertolonganNya. Berapa kali nak istighfar ? Ulang.. ulang.. sehingga hatimu tenang dan lapang, sehingga nampak jalan, sehingga boleh rasa kalimah istighfar itu dan boleh berhenti fikir tentang masalah sekejap, dan ketika itu kamu mula rasa Allah bersama. Saat itu tiba-tiba rasa sunyi. Hanya kamu dengan Allah. Rasa dah tak perlu apa-apa, hanya menikmati saat bermanja dan bersunyian dengan Allah. Itulah nikmat paling mahal didunia. Yang ramai tak pernah rasa dan usaha untuk rasa.
Istighfar lah kerana Allah, bukan kerana Ujian Allah. Istighfar lah kerana kita perlu hidup dan mati dengan pengampunan Allah. Kerana kita kurang mohon ampun denganNya, Allah berikan jalan lain sebagai penyucian jiwa. Pilihlah jalan Istighfar bukan jalan Musibah.
Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kegembiraan, dan dari setiap kesempitan baginya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)
Pemakaian car seat atau kerusi keselamatan bukan hanya untuk bayi semata-mata, ia disarankan untuk kanak-kanak diperingkat sekolah rendah. Mengapa? Semuanya kerana kita begitu menghargai nyawa anak-anak yang kita sayang.
Ini yang dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari Beyond Home Therapy yang turut memakaikan anak-anaknya dengan kerusi keselamatan ini biarpun sudah besar.
Jadi pakaikanlah anak-anak kita biar pun mereka sudah besar. Ajar dan didik mereka untuk cintai car seat ini dan buat mereka selesa.
“Dah besar pun pakai car seat?” Kami beli 2 car seat ini masa awal tahun 2020, dari sebelum adik Yuu (3y7m) lahir lagi.
Kiranya hampir 4 tahun dah berjasa, car seat adik berjasa dari lepas lahir insyaAllah boleh guna sampai umur 6 tahun. Car seat kakak Eva pula dari umur 4 tahun dan insyaAllah boleh guna sampai umur 12 tahun.
Beli dengan harga RM1,500 tapi dapat guna selama 8 tahun. Setahun RM187, sebulan RM15 dan sehari RM0.50 sahaja.
Sebagai mak & terapis yang anak-anaknya pengguna car seat tegar, kebaikan guna car seat bukan sahaja untuk keselamatan tapi :
1. KESELESAAN Anak selesa yang amat bila duduk dalam kereta, kalau jalan bukit-bukit naik ke Genting Highlands pun steady aje dalam car seat.
2. ERGONOMIK Anak tak sakit badan bila berjalan jauh, siap ada tempat letak tangan dan tempat rehat kepala kalau tertidur.
3. TAK MERAGAM Tak perlu gadget pun untuk anak behave dalam kereta, sebab dah cukup dengan “hiburan” di luar tingkap. Sambil-sambil kita boleh berborak tentang keindahan alam di luar tingkap.
Berbanding tak duduk car seat, anak tak nampak luar dan hanya nampak pintu. Rasa macam duduk dalam kotak.
4. CUKUP TIDUR Kadang-kadang duduk 5 minit dah tertidur, anak kurang meragam tak cukup tidur semasa berjalan-jalan. Kita pun set masa perjalanan ikut waktu tidur anak.
Bagi saya car seat anak memang “good investment” sangat. Biarlah orang pelik anak dah besar-besar pun pakai car seat macam bayi tapi kita sahaja tahu betapa bergunanya car seat anak.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hakikatnya nak jadi pasangan yang romantik berkahwin inginkan hubungan yang intim dan kekal abadi.
Suami juga harus mainkan peranan utama. Termasuk memastikan isteri gembira.
Perkongsian DrTaufikRazif. Moga bermanfaat.
6 Cara Saya Naikkan Seri Wajah Isteri Saya
1. Selalu buat lawak yang kadangkala hambar asalkan si dia tersenyum
2. Selalu buat urutan badan kalau isteri dah mula mengadu sakit sakit badan akibat kepenatan
3. Suruh dia ambil masa untuk “ber- Me Time” dengan Tuhannya dengan bangun awal dan solat tahajjud sebelum subuh
4. Selalu puji kecantikan dia setiap kali dia habis berdandan walaupun tanpa diminta.
5. Sensitif dengan kepenatan si dia. Bila nampak dah penat sangat, saya akan ambil alih semua tanggungjawab di rumah dan minta si dia tidur dan berehat
6. Tadah telinga ketika si dia meluah dan bercerita walaupun benda tu tak ada kena mengena pun dengan saya
Tak percaya cuba lah sendiri. Jangan terkejut kalau isteri kita tiba tiba jadi naik seri wajahnya dan kembali cantik seperti dahulu kala.
fb ? Taufiq Razif
Telegram saya ? t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.