Berkunjung ke rumah sanak saudara atau teman-taman mahu pun jiran tetangga ada banyak adap yang perlu dijaga.
Jangan pandai komen itu dan ini, bila ada yang tidak kena di pandangan mata sedangkan kita tidak tahu apa-apa.
Menurut Farizal Radzali di dalam sharing nya ada berpesan, kalau pergi ke rumah orang, mata tu tapis sikit, mulut tu jaga sikit.
Bila nampak rumah orang berselerak, jangan cebikkan bibir, mana kita tau dia dah kemas banyak kali tapi anaknya masih selerakkan.
Bila nampak rumah orang tak berkilat meghelip macam rumah kita, jangan jeling semacam, mana kita tau dia tak sempat sebab anaknya ramai dan suaminya tak membantu kerja rumahnya.
Bila nampak anak orang tak terurus kat rumah sendiri, jangan suka-suka nak perli, mana kita tau maknya tak sihat dah berapa hari.
Bila nampak isteri bercakap nada tinggi kat suaminya, jangan terus menghukum isteri itu jahat suami itu dayus, mana kita tau itu cara mereka sejak berkahwin berbelas tahun yang lalu.
Ads
Bila nampak suami buat kerja rumah, jangan kata suami takut isteri, mana kita tau itu memang rutin dalam rumahtangga mereka.
Bila nampak semua yang buruk di rumah orang, jangan terus bandingkan dengan rumah kita….
Mana kita tau, orang yang rumahnya tak sekemas rumah kita, tapi dia rajin memasak berbanding kita.
Ads
Mana kita tau, suami dia tak serajin suami kita membantu kita, mungkin anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak kita 1 anak dia 5, lepas tu nak bandingkan rumah kita lebih kemas.
Jangan cepat kata orang pemalas kita rajin, mana kita tau rumah dia buruk tapi hati dia cantik.
Rasulullah saw, bila dia memberi salam mahupun memanggil orang di rumah orang lain, baginda akan berdiri di tepi dinding, bukan di tengah pintu yang akan dibuka oleh tuan rumah. Dengan cara itu, baginda takkan terus nampak keadaan dalam rumah orang tu setelah pintu dibuka.
Lagi, andai terlihat orang lain yang dirundung masalah, jangan terus ajar dia untuk ikut cakap kita. “Dah tau laki tu jahat, kawin buat apa?” “Kalau aku la, aku terus minta fasakh” “Kalau aku, aku tak buat macam kau”… Kalau aku…. Kalau aku…. Itu kalau kita. Cara hidup kita, keluarga kita, cara membesar kita, hati kita, segalanya, konfem ke sama dengan dia? Kita tak duduk kat tempat dia. Jadi jangan kata ‘kalau aku’ sebab sekarang ni bukan pasal kita tapi pasal dia.
Ads
Setiap kehidupan ada cerita yang berlainan. Jangan sesekali bandingkan kehidupan orang dengan kita. Mungkin dia kurang di satu bahagian tapi dia lebih dia satu bahagian lain. Begitu juga kita. Takde yang sempurna. Selagi mereka bahagia, biarkan. Tak perlu canang ke seluruh kampung pasal keluarga orang lain. Kita nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
MANA KITA TAU.
Kalau rumah yang kita selalu pergi, memang tak pernahnya kemas dan bersih, tegurlah cara baik. Kalau menegur pun tak tau nak cara baik, biarkan je la. Bukan rumah kita yang dia selerakkan…. Kan kan kan…. So, jangan stress dengan seleraknya rumah orang. Sebab kita tak tau mungkin ada orang lain pun sedang memperkatakan tentang kita.. MANA KITA TAU. Manusia tak maksum.
Sesungguhnya peranan ibu bapa antara faktor kecemerlangan seseorang anak itu. Inilah yang dikatakan anak adalah cerminan ibu bapa. Nyata terbukti apabila anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra, 26, berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kejayaannya yang dikecapi adalah sokongan daripada arwah ayahnya.
“Jujurnya, dalam kegembiraan yang dikecapi atas pencapaian hari ini, sebenarnya saya turut bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat kejayaan saya.
Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah.
“Alhamdulillah, kejayaan ini amat besar maknanya dan terima kasih kepada arwah yang sering memberi semangat untuk meneruskan cita-cita.
Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat kerana Allah,” ujarnya.
“Alhamdulillah, finally graduated and officially a doctor”
Mr. Os meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8 April 2016 akibat menderita kanser paru-paru.
Sumber: Instagram Syafiqa Hayra via Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keenakan rasa kek coklat memang diakui ramai suka akan rasanya tanpa mengira had umur. Sekiranya anda memang kategori pencinta kek coklat bolehlah mencuba untuk hasilkan sendiri kek coklat yang moist dengan dimasak cara kukus.
Apa yang menariknya lagi melalui perkongsian resipi daripada Noriza Awang Hamat ini, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas yang disukat menggunakan cawan. Tentu cara ini lebih memudahkan anda jika tiada penimbang di rumah. Begitu juga sekiranya tiada mesin pengadun sekali pun, itu tidak menjadi masalah kerana semua bahan ‘diadun’ menggunakan blender sahaja.
Jadi jangan tunggu lagi, jom masuk ke dapur dan sediakan kek coklat moist ini. Selamat mencuba.
Kek Coklat Moist Kukus
Cikza tak buat topping coklat..rasa nak makan macam tu je. Alhamdulillah sedap sangat-sangat kek yang lembut dan tak muak.
Resepi kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
Semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.
Cara masak :
Bila sudah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan ke dalam blander.
Masukkan 4 biji telur, bland sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, bland sehingga semuanya sebati.
Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Loyang sapukan sedikit planta kemudian masukkan adunan kek.
Nampak air sudah mendidih masukkan adunan kek tadi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak untuk melengkapkan potensi diri anak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya soalan
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Kaitkan dengan pengalaman diri
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di