Menarik sungguh perkongsian daripada seorang suami ini dalam memberi kupasan tentang isu balik kampung secara  bergilir-gilir ni.

Namun bila mana jika ada suami yang dengan sengaja enggan pula pulang ke kampung isteri bila sampai giliran, baik amati perkongsiannya ini.Semoga memberi pencerahan buat Encik suami tentang hal ini dan dapat berlaku ihsan kepada isteri.

“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah isteri…”

Giliran balik raya…

Kebiasaannya setiap kali nak raya, maka akan keluarlah posting-posting tentang giliran balik raya…”Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yang tak wujud dan ianya atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.”katanya…

Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami tak  wajib ikut kehendak isteri untuk beraya di kampung isteri…so,

“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami”

IKLAN

Giliran Balik Raya, Itu Atas Ihsan Suami! Tapi Sebelum Tu Lihat Dulu Ihsan Isteri Pada Suami. Nyata Banyak!

Mari kita tengok beberapa konsep ihsan isteri dalam rumahtangga kita…

Isteri wajib tak buat kerja-kerja rumah? Tak wajib, tapi disebabkan dia nak jadi isteri yang baik, dia faham yabg suami dia letih mencari rezeki, dia faham yang suami dia  tak de masa untuk buat, maka dia buat…tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan kerja- kerja rumah…ini ihsan isteri ke atas seorang suami..

Isteri wajib bekerja tak? Tak wajib…tempat isteri sepatutnya dimana? Dirumah…jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dalam menguruskan rumahtangga…meringankan beban, bukannya mengambil alih beban…ada tak isteri tolong bayar bil utiliti tiap-tiap bulan? ada tak isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? Ada, dan bilamana dia buat semua tu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami…kalau suami dia mampu, dia tak perlu untuk buat smua tu…dia hanya duduk dirumah tengok samarinda…

IKLAN

Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya? Ada, hak sepenuhnya, hak total…suami boleh guna duit isteri tak? Kalau isteri izinkan dan redha, boleh…kalau dia tak izinkan, dan tak redha, tak boleh…ada tak isteri beli barang dapur dengan duit dia sendiri? Beli baju dengan duit dia sendiri? beli ubat dengan duit dia sendiri? Ada…ganti tak duit-duit yang isteri belanjakan tu? Kena ganti sebab menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami…isteri rela dan redha guna duit dia untuk beli barang-barang dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami…

Isteri wajib tak jaga orang tua suami? Tak wajib…kalau dia jaga dikira apa? Ihsan…kewajipan menjaga orang tua suami itu terletak dibahu suami dan adik beradiknya…abang suami, kakak suami, adik suami, ini semua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kepada orang tua mereka…kenapa isteri jaga orang tua kita? Sebab kita tak boleh nak jaga, kita kena keluar bekerja…maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami…

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak-lambak ihsan seorang isteri kepada seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha…

IKLAN

Itupun selang-selang, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah orang tuanya…

Ihsan seorang isteri tu cukup banyak kepada seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dengan meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya…kalau dipersetujui tahun ni rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia pulak…jangan tiba-tiba berdalih, bagi alasan, cuba untuk tidak balik ke rumah orang tuanya…

Suami yang sedar akan apa yang isterinya dah buat untuk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yang dah dipersetujui bersama…bersikap adil dan berihsan kepada si isteri…

Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dengan mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup…Faham deh?

Nota kaki : Tu la, dulu orang suh kawin jiran sebelah, tak mau…nak jugak orang jauh-jauh sebab nak ada feel ‘balik kampung’ konon…nah, padan muka…hehe

Sumber : Firdaus Shakirin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI