Demi hargai isteri yang kini hamil anak pertama, Azmi Saat sanggup guna wang simpanan untuk perbelanjaan proses bersalin di hospital swasta.
“Insya-Allah isteri akan bersalin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.
“Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.
“Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin.
“Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin,” ujarnya.Apatah lagi, 10 tahun pasangan ini menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi teruja dan tidak sabar. Dalam masa yang sama, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan risiko terhadap bayi mereka.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.
“Alhamdulillah… kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.
“Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby,” ujar Azmi yang memuat naik perkongsian mengenai berita itu di Instagram.Menurut Azmi lagi, pilihan untuk melakukan pembedahan yang dirancang ini adalah atas saranan doktor supaya dapat mengurangkan risiko pada baby.
Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September. Saya memilih tarikh tersebut sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” kata penyanyi Caliph Buskers ini lagi.Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.
Sumber : Azmi Saat
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club