Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Perginya Seorang Wira,  Hari Tangisan Buat Rakyat Malaysia.” 3 Minggu Bertahan, Akhirnya Muhammad Adib Pergi Jua. Al-Fatihah!

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  turut menyuarakan kesedihan dengan berita tersebut.

Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.

IKLAN

“Perginya Seorang Wira,  Hari Tangisan Buat Rakyat Malaysia.” 3 Minggu Bertahan, Akhirnya Muhammad Adib Pergi Jua. Al-Fatihah!

Sementara itu, Pendakwah Bebas, Ebit Lew turut meluahkan kesedihan atas gugurnya perwira negara ini.

Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan didunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Semoga Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim..anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia. Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya..bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.

IKLAN

Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu..yaAllah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya..sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu..

Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia..anggota bomba nak padam api kena begini…bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan. Pembunuhan kejam..setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..

Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu. Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti..-ebitlew

IKLAN

Muhammad Adib, 24 tahun yang dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah dalam serangan tersebut.

“Perginya Seorang Wira,  Hari Tangisan Buat Rakyat Malaysia.” 3 Minggu Bertahan, Akhirnya Muhammad Adib Pergi Jua. Al-Fatihah!

Pada Ahad yang lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Adib. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.

Sumber; Astro Awani & Bernama

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI