Terlalu kerap memasak tanpa henti sejak PKP hinggalah ke hari ini, siapa sangka kuali atau periuk kesayangan bocor pula jadinya.
Ini pasti membuatkan ada yang berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
Ads
ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Ads
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
Ads
KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini kita biasa dengar antara perkara yang selalu merunsingkan hati pemilik kebun adalah gangguan haiwan perosak tanaman terutamanya monyet. Tapi sejak akhir-akhir ini, kehadiran monyet di kawasan rumah-rumah kampung juga tidak dinafikan memang ada.
Hal ini diakui turut membimbangkan dek kerana monyet yang berkeliaran boleh masuk ke dalam rumah dan dibimbangi boleh mencederakan kita sekeluarga.
Jadi apa cara terbaik untuk atasi masalah monyet ini?
Untuk itu apa kata anda buat seperti yang dilakukan oleh saudara Zainuddin Omar ini dengan memasang pagar elektrik.
Apa yang menarik perhatian melalui perkongsian di akaun facebooknya, kos pemasangan tidaklah mahal dan boleh dibuat secara DIY. Bahkan hasil daripada pemasangan pegar elektrik tersebut nyata berkesan dan kini tiada lagi terlihat monyet berkeliaran di kawasan rumahnya.
“2 bulan lepas saya dan brother-in-law pasang pagar letrik DIY di belakang rumah kampong untuk halang kera yang selalu bertandang. Semenjak itu mak kata belum pernah kera melawat rumah kerana banyak yang kena kejutan letrik,”tulisnya.
Modal untuk buat pagar letrik tak mahal:
12 volt energizer kuasa 1 joule – Rm180 beli di shopee.
Polywire 500 m – RM60 beli di shopee.
Stainless steel wire – RM50 beli di kedai hardware.
Paip pvc 1” – RM50
Sedikit fikrah otak – free.
Energizer 12v mengeluarkan pulse 10,000 volt yang disalurkan melalui polywire dan kejutan terjadi apabila kera pegang polywire dan stainless steel wire earthing.
Dia hanya terkejut beruk, terasa sakit tercampak dan melarikan diri kerana kejutan 10,000 volt.
Saya sendiri test system dengan memegang pagar letrik dan dapat renjatan tapi taklah sakit.
Pagar letrik ini perlu maintenance iaitu memastikan tiada dahan pokok atau pokok menular terkena wire yang menjatuhkan voltage sistem.
Umum mengetahui bila kita mula sahaja melangkah ke dunia pekerjaan pasti kita akan mendaftar menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pun begitu, siapa sangka rupa-rupanya untuk menjadi ahli tidak perlu tunggu seseorang itu bekerja.
Bahkan seawal usia 14 tahun sekali pun sudah boleh mendaftar ahli untuk membuat simpanan di hari tua. Lagi istimewanya dapat juga menikmati dividen dan insentif lain yang ditawarkan oleh KWSP.
Namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu akan hal ini dan apabila seorang bapa Mo Ameen, berkongsi pengalamannya mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menarik perhatian umum hinggakan perkongsian tersebut menjadi viral di media sosial.
Daftar Seawal Usia 14 Tahun
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Keistimewaan
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna . Sekian.
Bagi yang kreatif dan berbakat dalam menghias, pasti ini memberi kelebihan dalam menata rias kediaman untuk membuatkan ahli keluarga selesa dan gembira.
Ruang dalam kediaman dimanfaatkan sebaiknya, seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Ilyana Isa yang berkongsi idea bagaimana menukar wajah porch atau anjung rumahnya kepada satu mini cafe untuk seisi keluarga berehat sambil meluangkan masa bersama.
Porch sebelum dekorBerubah wajah selepas dekor dengan tema putih, hitam, hijau & corak kayu
Hi.. Assalamualaikum.
Saya suka join group ni walaupun tak pandai bertukang langsung 😅 Tukang buat kek bolehlah. Tukang2 main dengan paku, dengan kayu, fail teruk. Tapi sukalah baca posting & komen2 semua menghiburkan.
Gelak sorang-sorang baca kadang tu 😂 Tukang troll ramai, tapi yang best takde yang sentap2 pun. Banyak gak dapat ilmu, tapi semua saya pass kat boss sebab dia minat gak bertukang.
Tapak & tiang 2 hari je siapCat putih. Eh, jadi tempat lepak meow pulak 😅
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat ‘mini cafe’ atau berandah di porch kami. Berangan nak ada berandah tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat 😅 Buat kat porch pun jadilah..
Simple2 je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ 😁
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.