Peti sejuk, barangan elektrik yang sangat penting untuk menyimpan makanan baik yang mentah mahupun sudah masak. Pernah tak anda berdepan masalah ia tiba-tiba tidak berfungsi, dengan kata lain rosak atau tidak sejuk.

Rupa-rupanya ada yang kita buat menyebabkan ia rosak. Ini lima perkara yang nampak biasa tetapi boleh mengundang masalah. Cara ini dikongsikan oleh  Kedai Baikpulih Hairul Vcool.

Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Elak Buat Perkara Ini. Nombor 5 Tu Ramai Terlepas Pandang

1. Jangan buka pintu terlalu lama

Jika  pintu di buka lama, motor compressor terpaksa bekerja lebih keras kerana suhu sejuk dari peti akan keluar. Jadi, apabila ditutup, compressor terpaksa bekerja keras untuk sejukkan semula ke suhu yang telah disetkan.

2. Jangan letak barang panas dalam peti sejuk

Jangan terus masukkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. Ini kerana ia berbeza suhu, misalnya suhu makanan 40 darjah selsius manakala peti sejuk -18 darjah selsius.

Perubahan suhu akan berlaku di dalam compartment dan peti sejuk perlu bekerja keras untuk sejuk semula. Jika peti sejuk jenis inverter, ia akan bekerja lebih keras, maka compressor akan cepat rosak. Sejukkan dahulu makanan sebelum masukkan ke dalam peti sejuk, pesannya.

Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Elak Buat Perkara Ini. Nombor 5 Tu Ramai Terlepas Pandang

3. Elak isi muatan banyak dalam peti sejuk

Isipadu peti ais (300L, 400L dsb) menunjukkan kapasiti yang boleh dimasukkan. Bila terlebih muatan, ia akan menutup ruang peredaran udara di dalam peti ais dan boleh menyebabkan ia menjadi ‘semput’.

4. Jaga kebersihan peti sejuk

IKLAN

Makanan yang tamat tempoh boleh mengeluarkan bau dan ini menjejaskan makanan lain. Apabila makanan lama tidak dibuang atau dikeluarkan, ia akan menyebabkan peti menjadi padat sehingga boleh menyebabkan berlakunya tumpahan.

Tumpahan makanan di dalam peti ais bukan sahaja boleh mengotorkan peti ais, tetapi menyebabkan  peti berkarat. Malah, getah pintu juga boleh pecah dan akhirnya menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan rapat, mendorong kepada permasalahan lain.

Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Elak Buat Perkara Ini. Nombor 5 Tu Ramai Terlepas Pandang

Sebaiknya, keluarkan barang di dalamnya untuk dicuci pada bahagian dalam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

5. Berkongsi kepala plug

Penggunaan soket yang sama boleh menyebabkan peti ais cepat rosak. Apabila pengguna kerap menutup dan membuka suis apabila menggantikan kepala plug pada soket dengan plug peralatan elektrik yang lain.

Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Elak Buat Perkara Ini. Nombor 5 Tu Ramai Terlepas Pandang

“Paling banyak sekali plug peti ais berkongsi dengan mesin pengisar (blender). Masa nak guna blender, dia tutup peti ais, dia pasang blender. Dah siap blender, dia pasang peti ais pulak. Jadi on off on off, peti ais akan jadi cepat rosak,” jelas Hairul lagi.

IKLAN

Sumber: Siakap Keli

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Elak Buat Perkara Ini. Nombor 5 Tu Ramai Terlepas Pandang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI