Aktiviti memasak berulag kali menyebabkan periuk, belanga mahupun kuali bertukar menjadi hitam. lebih-lebih lagi kalau kita terleka sehingga mengakibat masakan hangit. Jadi, periuk pun akan alami kesan hangus.
Nak nak lagi berlaku pada periuk kesayangan kita. Nak dibuang sayang jadi kena fikirkan alternatif lain. Usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun. Hanya gunakan sos sahaja. Tak percaya, jom cuba!
1. Gunakan 3 or 4 sudu sos tomato.
Ads
2. Biarkan lebih kurang 30 ke 40 minit (kalau nak kesan yang betul2 suci murni boleh biarkan lagi lama).
Ads
3. Lepas itu gonyoh dengan berus periuk. Tak payah gonyoh teruk-teruk.
Ads
4. Walaupun tak 100% sesuci murni macam yang sebelumnya tapi at least boleh la masak guna periuk tu semula. ?
Bayam adalah antara tanaman yang mudah ditanam selain daripada kangkung dan sawi hijau. Penjagaannya tidak rumit dari awal .
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun, apa kata cuba tanam bayam.
Paling mudah nak tanam sebab tak perlu semai dan alih anak benih. Tanam terus terus atas tanah, pasu atau polibeg.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian oleh saudara Hafiz Hush.
1. Campur biji benih bayam dengan pasir. Tujuannya supaya bila ditabur nanti, anak benih tak tumbuh terlalu rapat. Tapi kalau tak dicampur pun tak mengapa.
2. Gemburkan tanah, boleh campur dengan tanah merah, tanah hitam dan cocopeat. Kemudian tabur biji benih tadi.
3. Apabila anak benih tumbuh empat helai daun, jika terlalu rapat boleh cabut dan tanam di tempat lain.
4. Siram dua kali sehari waktu pagi dan petang bagi memastikan tanah sentiasa lembap supaya anak bayam cepat membesar. Anak bayam yang sedang membesar ini perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk subur.
5. Boleh gunakan baja organik seperti tahi ayam untuk lebih subur.
6. Bayam boleh dipetik lebih kurang 3 minggu selepas disemai dari biji benihnya. Namun ia bergantung juga kepada cara penjagaan kita.
Bayam yang dah matang jangan dibiarkan lama nanti keras. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.
Sumber: Foto Hafiz Hush
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada ibu anak tiga ini gerun juga dirasakan, apatah lagi bila menyedari anak kita sendiri memang suka main di kerusi makan. Kadang-kadang dipanjat, sering juga diusung dan ditarik-tarik. Hal ini menyebabkan kita merasakan perkara biasa dan tidak akan berlaku sesuatu yang serius seperti ini.
Oleh itu, ayuh kita baca perkongsian penuh ibu ini untuk kita semua lebih beringat agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.
“Nak share kisah sebenar, sgt menakutkan dan bagi pengajaran besar kpd kami, berlaku dalam family last year July. Skrg baru berani nk share.”-Hani Syahirah
Masih ingat lagi masa tu tengah masak kurma. Lepas letak santan kita fokus sbb xnk pecah minyak…masa tu dgr dah kerusi bunyi2 ..mmg Irsa our 3rd baby suka main kerusi..ok..dlm hati,ok je Tu..jap2..sambil kacau kuah kurma.
Dan dgr bunyi kerusi jatuh..kuat..sambil Irsa menangis.. terus pergi tgk…Ya Allah..ya Allah…ya Allah..darah..ingat gigi die or bibir berdarah..tgk jari die terkulai..ya Allah tercabut dah jari anak aku ya Allah.. pegang die..sambil pegang pergelangan tgn die kuat2,Cari kain, balut..sambil mulut menjerit bagi arahan kat haqq,anak sulung ,amik beg letak brg kat dlm,die ikut semua,time Tu rasa syukur sgt boleh harap dah anak aku. Masa Tu die 4thn,layyina masa Tu 3thn..die gelak2 sbb xfaham lagi kot.
Cari kunci kereta, xjumpa, call husband xdpt2..hati naik geram dah ni, rupanya husband ada operasi..sarung jubah,pkai tudung terus kunci pintu,turun pergi kat jiran,ckp die tlng hantar hospital. Chinese..baik ya Allah..die hantar kami dan siap jaga anak2 saya sementara saya register anak…lama jugak tu..Irsa dah berhenti nangis.
Doctor tgk dan ckp kena operation..sbb besar..hampir putus..mcm buah anggur yg dipicit..mcm tu lah jari Irsa..nasib baik tulang Xd apa2.Masa Tu mmg blame diri..ambil mudah..xsangka sampai mcm tu jadi kena hempap kerusi je..
Esoknya doctor operate Irsa, dan kena bius penuh… sedihnya masa Tu.. tgk die sejuk nangis dan tidur ..paling sedih doctor suruh cium dulu anak sebelum keluar .. doctor bagi kata dua samada jari tu akan bersambung baik atau akan hitam mati dan terputus sendiri..doa mmg xberhenti lepastu. Ya Allah ..Dan paling menguji kena buat dressing sendiri kat rumah…
I Jenis masa kejadian mmg jgn harap I nk share kat FB…mmg tgk pun xsanggup time Tu..Lepas balik rumah mmg mcm crime scene lah darah menitik2 seluruh rumah..nasib sempat dan ingat tutup api gas.
Mmg Lepas tu setengah tahun kami makan atas lantai..terus simpan kerusi dlm bilik.
Masa malam sebelum operations mmg saya nangis je tgk die..die elok ceria..Rasa bersalah sgt2. Malam tu ujian kena puasakan die…menangis nak susu..mcm2 cara lah.. sepanjang mlm mmg xtdo..kesian sgt dgn die.
Pengajaran untuk semua,jangan biarkan anak2 main kerusi sendiri,jangan ambil mudah. Dan support husband jugak penting, apa2 yg berlaku alhamduliillah husband tenang dan xpernah salahkan saya.. walaupun pernah langgar kereta org terima kasih abg.
Melihat harga barangan yang serba naik, tentu ada peniaga yang bimbang dan terpaksa akur untuk sama menaikkan harga jualan demi memastikan perniagaan yang dilakukan untung dan paling tidak pun pulang modal.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga sesetengah peniaga masih kekal bertahan dengan harga lama malah ada juga lebih mengutamakan niat untuk bersedekah dalam berniaga.
Ini seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, rusdhidarikah berkongsi video di tiktok berkenaan tip dalam berniaga.
Ujarnya menjadi kelaziman peniaga nasi ayam akan memotong ayam pada 14 atau 15 bahagian bagi memastikan lebih banyak bahagian boleh dijual.
Tapi berbeza pula baginya bahawa dia lebih suka memotong ayam kepada 10 bahagian.
Meskipun ada yang menganggap cara potongan tersebut akan mengurangkan keuntungan peniaga, namun baginya ia suatu yang boleh dilakukan.
Apatah lagi ujarnya, “Dalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita. Sebaliknya Allah swt yang memberikan rezeki.”
Berdasarkan video yang dikongsikan, pemilik akaun tiktok rusdhidarikah ini berkongsi cara memotong ayam kepada 10 bahagian untuk dijadikan panduan kepada yang ingin berniaga nasi ayam sepertinya. Semoga bermanfaat.
Cara Potong Ayam
Langkah 1 :
Seekor ayam dipotong dua
Langkah 2 :
Kemudian dari bahagian tersebut di belah dua lagi. Jadi seekor ayam tadi menjadi empat bahagian.
Langkah 3 :
Kemudian pada bagaian yang ada kepak di potong pula menjadi tiga bahagian.
Langkah 4 : Ambil pula bahagian paha ayam dan potong kepada dua bahagian.
Oleh itu sebelah bahagain ayam akan dapat 5 bahagian, kemudian lakukan potongan yang sama pula pada sebelah bahagaian ayam tadi. Secara total akan dapat 10 bahagian potongan ayam.
Tambahnya lagi bagi menampakkan kuantiti ayam yang banyak dan menarik, turut diletakkan sayuran di atas pinggan tersebut.
Sehubungan dengan itu, barulah ramai pelanggan tertarik dan rasa berbaloi membeli hidangan yang disediakan.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.