
Meskipun sudah beberapa hari berlangsungnya majlis untuk penyanyi Shila Amzah dan pasangannya, Ubai MZ, namun kalau dilihat di sosial media masih ada lagi mengucapkan kata-kata kepada kedua mempelai tersebut.
Termasuklah ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman, hari ini memuat naik perkongsian baru di laman Instagramnya yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina anaknya itu bersama lelaki pilihannya, Ubai MZ.
Di samping itu, Fauziah turut memberi nasihat kepada Shila dan Ubai dengan berpesan untuk sentiasa menjaga dan pelihara rumah tangga mereka.
“Assalamualaikum. Selamat pengantin baru buat anak-anakku Ubai dan Shila.
“Selamat menempuh alam perkahwinan. Banyakkan berdoa untuk kemudahan dalam memelihara kerukunan rumah tangga.
“Perkahwinan ni satu komitmen bersama, berkhidmat untuk satu sama lain. Segala kebaikan suami isteri akan jadi satu ibadah, ladang pahala buat pasangan.”tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyanyi senior Datuk ND Lala itu berkata, dia percaya Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mampu membimbing anaknya dengan baik.
“Mak nak tengok anak-anak mak bahagia, mak tumpang happy. Mak percaya Ubai boleh bimbing Shila dan anak-anak Shila akan datang. Insya-Allah.
“Mak doakan semoga Ubai dan Shila menjadi suami dan isteri yang baik yang soleh dan solehah.
“Semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warrahmah. Amin ya Allah ya Mujib.” tambahnya.
Terdahulu, Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Boathouse, Ampang, pada 5 Ogos lalu.
Sumber: Instagram
Anak Istimewa Masih Belum Bertutur Tapi Mampu Urus Diri. Edry KRU Bangga Pencapaian Emery!

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim sudah hampir lima tahun bermastautin bersama isteri dan anak-anak di Manchester, United Kingdom (UK).
Memetik laporan Berita Harian, komposer popular ini berkongsi cerita anak istimewanya, Emery, 16, semakin menunjukkan perkembangan positif hari demi hari di sana.
Walaupun Emery masih belum bertutur, Edry dan isteri gembira melihat perkembangan anaknya itu.
“Sebaik berpindah ke Manchester, kami mula kurangkan jangkaan terhadap perkembangan Emery. Kami tidak lagi tunggu bila cikgu akan mengajar dia bercakap. Sebaliknya, kami terima seadanya keadaan anak kami.
“Lagipun, apa yang diajar sekolah di UK lebih kepada asas kehidupan seperti penggunaan tandas, keselamatan di dapur, melintas jalan dan lain-lain,” katanya.
Menurutnya, anak istimewanya itu sudah mula pandai menguruskan diri sendiri dan berkomunikasi menggunakan aplikasi jika mahukan sesuatu.
“Sebelum ini, Emery tidak suka berjalan. Sebaliknya, lebih suka duduk kereta sorong anak kecil, walaupun sudah besar.
“Tetapi sejak belajar di sini, dia sudah mula berjalan. Emery boleh menguruskan diri sendiri sedikit sebanyak.
“Itu sudah cukup membuatkan saya dan isteri gembira kerana kami mahu melihat dia pandai berdikari.
“Berikutan Emery belum boleh bercakap, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi. Dia menaip apa yang dimahukan melalui aplikasi itu,” ujarnya.
Ditanya sama ada mereka akan terus menetap di UK, Edry dan isteri masih belum ada perancangan untuk kembali ke tanah air.
Malah, dia merasakan tidak salah menjadikan Manchester rumah kedua mereka dan tidak memaksa anak-anak jika mereka enggan pulang ke tanah air.
“Saya tidak nafikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi, lebih baik di negeri sendiri. Perancangan untuk pulang ke Malaysia ada, tetapi bukan pada waktu terdekat kerana Emery masih belajar.
“Dua anak saya yang dewasa sudah bekerja dan belajar di kolej. Jika mereka ingin terus menetap di Manchester, saya tiada halangan kerana mereka sudah besar… Itu pilihan mereka,” katanya.
Selain Emery, Edry dan isterinya, Milia dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil, 23, Edylia, 20, dan Elya, 13.
Sumber: Berita Harian
Lengkap Lampir Pelbagai Dokumen Kesihatan Abah, Anak Ni Terkilan Tidak Dapat Berjumpa Sampailah Akhir Hayat!

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran rentas negeri, dilihat pihak berkuasa kini semakin mengetatkan syarat dan hanya memberi kelulusan pelepasan bagi urusan yang mendesak seperti kematian, kecemasan serta pasangan PJJ.
Pun begitu, ramai akui walau ada dokumen-dokumen sokongan dilampirkan bagi membuktikan adanya hal kecemasan, namun ada juga yang sukar mendapatkan pelepasan rentas negeri.
Ini sebagaimana pengalaman yang dilalui sendiri oleh seorang anak yang dikenali sebagai Aida Najwa, berkongsi ceritanya yang pernah cuba memohon kebenaran rentas negeri atas alasan abah di kampung tidak sihat dan abah meminta untuk dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dialisis. Namun permohonan ditolak hingga perginya abah ke negeri abadi tanpa sempat untuk dia bersua muka.
Sungguh, saat membaca perkongsian luahan hati Aida Najwa ini cukup menyentuh perasaan. Ada yang sedih, pilu dan tidak kurang juga ada yang marah dan terkilan. Bermacam-macam perasaan dirasai oleh warganet.
Untuk itu, bersama kita sedekahkan alfatihah untuk abah Aida Najwa, almarhum Nasir Nordin semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Ini dia perkongsian penuh dari Aida Najwa.
16 Ramadhan 1442H
اِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya.
Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.
Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.
Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’
Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’
Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.
Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?’
Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.
Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.
Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.
Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’.
Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan..
Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.
Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.
Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.
Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia…
Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.
Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.
Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.
Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.
Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah.
Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah.
Nasir bin Nordin
28-06-1969
28-04-2021
Sumber : Aida Najwa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Doa Ibu Itu Mustajab. Rupanya Inilah Rahsia Kejayaan Neelofa. Sungguh Inspirasi!

Sesungguhnya seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya supaya akan membawa keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Buktinya, kejayaan dan rezeki melimpah ruah yang dimiliki oleh selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa adalah doa mustajab seorang ibu. Nyata hebatnya seorang ibu, doanya tiada hijab!
Begitulah indah doa ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sempena hari ulang tahun kelahiran anaknya Neelofa semalam yang dipaparkan di instagramnya.
HAPPY BIRTHDAY LOVE.. Ya Allah Ya Rahman dengan zat kasih sayangmu ku menadah tangan memohon kepadamu sempena hari lahir buah hati kesayanganku, penyeri hidupku, penawar rinduku , pengubat jiwaku ini.. kurniakan umur yang panjang dalam keberkatan dan menfaat utk kehidupan dunia dan akhiratnya, kesehatan yang afiyah , Ya Allah kurniakan rezeki yang terbentang luas seperti pasir di pantai,buih buih dilaut dan seperti air zam zam yang telah Allah keluarkan dari perut bumi Mekah yang tak pernah putus2 dari zaman berzaman yang menjadi penawar kepada seluruh hamba yang berada di seluruh pelusuk dunia .. kurniakan pasangan hidup yang mulia disisimu dan kekal hingga ke Jannah kepadanya..semoga dengan jodoh ini Allah tinggikan darjatnya,muliakannya dan dengan jodoh ini dapat menjadi contoh dan idola kepada seluruh masyarakat Dunia.dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Ya Allah jadi setiap langkahnya,hayunan tangannya,hembusan nafasnya,kelipan matanya,alunan suaranya sebagai ibadah yang menjadi penyebab puteriku ini menjadi penghuni Syurgamu,Ya Rabb kurniakan pandangan kasih sayangmu kepadanya supaya siapa sahaja yang memandangnya dengan pandangan dari zat kasih sayangmu.wahai puteriku, mama sentiasa ibaratkanmu seperti berlian yang berharga..di cipta Allah dgn tekanan yg amat dahsyat sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga.. walau pun tekanan dan ujian yang love lalui tapi itu adalah kerana Allah ingin menaikkan martabatmu dan dekat dirimu dengan Allah..dan ujian ini hanyalah dilalui oleh manusia yang hebat dan yang terpilih oleh Allah sahaja sayang.. mama sentiasa akan mendoakan kejayaan dunia akhirat utk love dan doa mama doa keramat yang tiada hijabnya.. ini adalah janji Allah.. dan mama sentiasa meredhai love .. kerana juga janji Allah redha nya datang setelah redha seorang ibu kepada anaknya.. semoga Allah segera qabulkan setiap doa love, capaikan setiap cita2 love, sempurnakan hajat love dan permudahkan segala usaha dan urusan love.. ..Ammin Amiin Allahumma Amiin.
Mama love you @neelofa ❤️❤️❤️ HAPPY BIRTHDAY SAYANG
Malah sebelum ini melalui catatan Neelofa di instagram, beliau mengakui bahawa doa ibunya yang tiada henti memberikan rezeki dan kejayaan buatnya. Nyata, doa seorang ibu itu mustajab buat anak.
Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa terharu dengan ucapan yang diluahkan oleh ibu Neelofa.
Dalam pada itu, semalam menginjak usia 30 tahun, Neelofa mencapai impiannya yang dihajatinya. Neelofa memilih bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan. Selamat Hari Jadi Neelofa!
Sumber: Instagram noorkartini dan neelofa