Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Ads
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
ROSAKKAN SEL OTAK
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Ads
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.
Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.
Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.
Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.
1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.
2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.
3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.
Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.
4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”
Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.
5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.
6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.
Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.
Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.
7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.
8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.
9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.
10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.
Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.
Begitulah.
Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.
Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seks bukan sekadar melepaskan sahaja keinginan tetapi sebaliknya ia adalah terapi untuk kedua pasangan halal.
Jadikan info ini sebagai ilmu untuk memantapkan lagi kerukunan hubungan suami isteri anda. Ini yang anda perlu tahu.
Di bahagian klitoris wanita terdapat 8000 hujung saraf yang merupakan jumlah terbanyak dalam tubuh manusia. Penis pada lelaki pula hanya memiliki setengah daripada jumlah.
Bagi penghidap asma, seks mampu meredakan anda sebagai ubat antihistamin untuk melawan asma dan penyakit alergi.
Lelaki akan berejakulasi sebanyak 1.5 liter sperma sepanjang hidup mereka.
Seks adalah cara hebat untuk melepaskan ketegangan. Otak akan melepaskan bahan kimia dopamin yang membuat kita merasa lebih relaks.
Pada usia 70 tahun, 73 peratus lelaki di dunia masih mampu ‘turned on’.
Orgasme akan terjadi lebih agresif pada suhu yang tinggi atau panas. Tekanan darah akan naik lebih cepat sehingga lelaki lebih cepat terangsang.
Lelaki mengalami beberapa kali orgasme asalkan orgasme pertama terjadi tanpa ejakulasi dan tidak kehilangan ereksinya.
Menurut penelitian University of Groningen, Belanda, sebahagian besar otak wanita akan berhenti bekerja ketika orgasme, terutama pada pusat saraf yang mengatur rasa takut.
Bahagian kiri testis lelaki juga biasanya tergantung lebih rendah jika dibandingkan dengan yang kanan.
Ketika terangsang, vagina wanita akan memanjang sekitar 4 inci atau lebih bergantung kepada daya ransangan dan tekanan yang dihadapi.
Aroma yang dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah ke penis adalah bau lavender, coklat, donat dan tak kurang juga bau enak daripada sebiji buah labu.
Ketika lelaki sedang berejakulasi, hanya 200 daripada 100 juta sperma yang dapat mendekati sel telur. Namun hanya satu sahaja yang menjadi juara.
Penelitian yang dilakukan oleh University of British Columbia mengatakan, 20 minit senaman setiap hari dapat meningkatkan tindak balas seksual yang lebih baik pada wanita.
Abraham Morgentaler, M.D., penulis buku tentang seks dan lelaki mengatakan lelaki muda tidak terlepas daripada mempunyai disfungsi ereksi yang disebabkan oleh psikologi mereka sendiri. Mungkin rasa tidak yakin berbanding lelaki sudah berusia.
Menurut penelitian, secara rata manusia mampu membakar lebih 200 kalori setiap kali melakukan seks selama 30 minit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin pastinkan inginkan hubungan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Memang benar akan ada cabarannya apabila berumahtangga. Namun ia asam garam kehidupan setelah bergelar suami isteri.
Namun, untuk bahagia tentu ada caranya. Selain persefahaman, tolak ansur dan saling berkasih sayang, cara hidup juga mempengaruhi kerukunan rumahtangga.
Misalnya makana berdulang bersama pasangan adalah antara cara yang dapat membentuk keharmonian rumahtangga. Melalui perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria diharap menjadi panduan bersama agar rumahtangga harmonis.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Jarang sekali kita mendengar pasangan suami isteri makan berdulang bersama. Kemanisan sebegini dianggap pelik bagi sesetengah orang. Namun begitu makan dalam dulang sebenarnya adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria ada kongsikan kepada anda bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah tersebut.
Ceritanya begini. Kami makan dalam dulang kecil, sudah enam tahun. Kalau dulu masa mula-mula kahwin, mahu merajuk dibuatnya. Kita orang perempuan baru satu suapan, tetapi suami sudah 3-4 suapan di mulut. Nasi dalam dulang pula semakin berkurangan. Terkulat-kulat tengok nasi semakin sedikit dan suami dengan wajah berselera buat muka tak bersalah.
Tambahan pula, kalau kita nak makan mengikut selera kita, nasi tak nak kuah tetapi suami pula nak kuah. Jadi, habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga. Sungguh, tak best langsung.
Tapi lama kelamaan, itulah yang mengikat rasa. Dari tidak peduli, kepada ambil tahu. Dari sendiri-sendiri, fikir juga orang lain. Lama kelamaan suami faham bahawa saya jenis yang makan perlahan. Maka suami menunggu. Kadang-kadang suami akan suap saya. Dan lama kelamaan, baru suami faham lauk apa yang saya suka, lauk apa yang saya tak nak. Jadi, nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkena. Tolak ansur makin menyimbah, tidak lagi kira tekak sendiri.
Saya tahu suami makan cepat, lalu saya kata.
“Abang makanlah, sayang tak nak banyak-banyak,” tolak nasi ke arahnya tetapi suami akan tolak semula.
“Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan,” balas suami
Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi, mesti suami bahagia dua sebab saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami dan suami tetap nak saya makan juga suapan yang last itu.
Begitulah kalau dahulu rasa berkira-kira dalam hati.
“Nanti nasi aku habis cepat sebab makan dalam dulang,”
Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau tak makan dalam dulang bersama. Makan seorang rupanya tak sedap. Makan satu pingan kongsi, orang kata tak puas tetapi itu nikmat bagi kami. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing-masing pinggan sendiri tetapi untuk kami, itulah cinta yang membuahkan bahagia.
Cubalah, bahagia banyak rencah dan cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.