Sejak akhir-akhir ni ramai yang memilih untuk bercuti bersama keluarga cara berkelah. Suasana ini menjadi trending sekarang ekoran setelah kebenaran merentas daerah yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Ramai memilih untuk berkelah di tepi sungai atau air terjun berbanding menginap di hotel. Namun dalam kegembiraan bercuti berkongsep begitu, keselamatan keluarga harus diberi perhatian terutama sekarang ini musim hujan.

Salah satu kejadian yang merisaukan adalah kemunculan kepala air secara mendadak. Menerusi grup Family Camping Malaysia,  saudara Iqbal Halim berkongsi petua untuk mengenal pasti kepala air yang datang tanpa kita sedari. Barangkali boleh menjadi panduan agar berhati-hati ketika bercuti bersama keluarga.

Bacaan lanjut: Pernah Ikat Perut Dengan Gaji RM1,500, Siap Hantar Ke Kampung RM400, Wanita Ini Buktikan Bebas Hutang Seawal Usia 30an.

Ikuti perkongsiannya.

Petua untuk kenalpasti kepala air

Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di batu hampar, Yan…

Pernah Alami Kejadian Kepala Air,  Lelaki Ini Kongsi Petua Kenal Pasti Tanda-Tanda Nak Jadi Supaya Elak Bahaya.  

IKLAN

Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.
1-Kepala air yang boleh dijangka.Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai..mandi air hujan jek sudah ler…

2-Kepala air yang ada tanda.Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun…cerah saja…tapi sebenarnya dikawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat…antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni

a-akan datang buih putih
b-Selepas buih datang daun-daun pokok
c-kemudian datang ranting kayu
d-lepas tu air jadi amat keruh
e-akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah

Pengalaman ini saya rasai di batu hampar Yan…kami baru saja turun untuk mandi…kemudian datang tanda2 kat atas…ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun…tak puas mandi la katakan..lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh2 nak naik..sekali datang kepala air baru dia pucat lesi…kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun..

IKLAN

3-Kepala air yang tidak dijangka…benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara…air mula bertakung…dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba…tapi benda ni jarang sangat nak jadi…
semoga bermanfaat.gambar sekadar hiasan…terima kasih sudi membaca

Sumber: Iqbal Halim

 

IKLAN

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Pernah Alami Kejadian Kepala Air,  Lelaki Ini Kongsi Petua Kenal Pasti Tanda-Tanda Nak Jadi Supaya Elak Bahaya.  

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Pernah Alami Kejadian Kepala Air,  Lelaki Ini Kongsi Petua Kenal Pasti Tanda-Tanda Nak Jadi Supaya Elak Bahaya.  

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI