Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti akhirnya dikurniakan cahaya mata diberi nama Siti Aafiyah. Dalam satu program bersama Neelofa baru-baru ini, Dato Sri Siti berkongsi kisah yang sama bagaimana susahnya beliau memperoleh Siti Aafiyah.
Dalam pada itu, pekerjanya, Siti Fairuz juga turut berkongsi kenangan dengan Tokti.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Perkara tersebut dikongsi Siti Fairuz menerusi satu posting di Twitter.
“Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan Kak Iti dari airport.
Ads
“CF (Siti Fairuz) jam 12.45, Kak Iti kena masukkan ubat ya. Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan Kak Iti memasukkan ubat ‘injection’.
“Masa tu rasa sebak sangat sebab saya melihat sendiri betapa berusahanya dia untuk mendapatkan zuriat.
“Insya-Allah semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahaya mata.
Ads
“Amin. Thanks Kak Iti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa,” katanya.
Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan kakiti dari airport. Kakiti: “CF , jam 12.45, kakiti kene masukkan ubat ya” Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan kakiti memasukkan ubat “injection” tu.
Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan kakiti dari airport. Kakiti: “CF , jam 12.45, kakiti kene masukkan ubat ya” Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan kakiti memasukkan ubat “injection” tu.
InsyaAllah.. semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahayamata. Amin. Thanks kakiti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa 🌹 #sitinurhaliza@CTNurhaliza11
Selain digunakan dalam masakan, rupanya halba juga bermanfaat untuk kesihatan. Apabila digabungkan dengan kurma merah dapat membantu mencantikan kulit.
Untuk yang berjimat tak nak keluarkan kos banyak boleh cuba petua mudah yang dikongsikan puan Adibah Razali ini. Selain itu banyak lagi khasiat Halba dan kurma merah untuk wanita. Jom cuba!
PETUA CANTIKKAN KULIT DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH
Bahan-bahan: Halba – 2 sudu besar Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpe) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya: 1. Bersihkan halba dan kurma merah. 2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang. Lagi kembang lagi bagus. 3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.
* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Masa nak minum baru buh gula perang tuh.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin giteww ?
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam. 2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid. 3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil. 4. Mengetatkan dan meremajakan rahim. 5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan. 6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. 7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.
Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?
Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.
Cinta yang kian mekar tidak seharusnya dibiarlah layu oleh kita. Baik suami atau isteri sebenarnya sama-sama berperanan dalam sesebuah rumah tangga. Biarpun sudah punya anak-anak tidak bermakna cinta dan kasih sayang terus dibiarkan sepi, sebaliknya suami harus memandang lebih hebat penuh rasa cinta pada isteri.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada pelbagai cara untuk kita mencipta kenangan manis bersama pasangan. Lagi-lagi bagi mengenang momen indah terutama untuk hari-hari istinewa seperti hari lahir, anniversary perkahwinan dan sebagainya.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Walaupun sudah memiliki tiga orang cahaya mata dan bakal menimang yang keempat tidak lama lagi, namun Puan Zafirah dan suaminya Mus memilih untuk bersanding sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11.
Menurut Zafirah, itu adalah impian mereka berdua memandangkan ketika awal perkahwinan dahulu, merek atidak berkesempatan untuk bersanding akibat kekangan kewangan. BERSANDING LEPAS ANAK 4 Wedding Anniversary ke-11 tahun ALLAH ALLAH ALLAH !!
Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan? 11 tahun lalu,
Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit.
Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini. Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI” Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata. Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami” Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg. Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki. Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik. Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti. Mus Zafirah lll 30 NOV 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.