Bermula dengan tempahan kek dan permintaan pelanggan yang inginkan dekorasi majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak membuatkan pasangan suami isteri, Siti Maisarah Che Abdullah dan suaminya, Mohd Hisyam Mohd Jamil mula mengorak untuk memajukan perniagaannya.
Lebih mengagumkan, sejak beroperasi pada tahun 2017, Obcakession telah meraih perhatian ramai dengan dekorasi majlis tampil kreatif dan eksklusif serta kek yang cantik.
“Perniagaan Obcakession bermula dengan menerima tempahan kek. Idea untuk adakan servis candy buffet ni bermula bila ada pelanggan saya yang minta buat dekorasi di majlis birthday anaknya.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
CABARAN
Setiap kejayaan tidak datang dengan mudah, ia berkat kegigihan dan usaha untuk membuat perubahan hidup. Begitu juga dengan pasagan suami isteri ini. Tidak menafikan melalui pelbagai cabaran, namun ia tidak pernah mematahkan semangat mereka.
Perniagaan Obcakession juga tidak lari dugaan dan salah satunya adalah plagiat dekorasi dari pengusaha bisnes lain.
“Ada pihak tak bertanggungjawab yang mencuri pakej yang Obcakession tawarkan. Gambar pakej kami digunakan tanpa kebenaran oleh pengusaha lain untuk mendapatkan keuntungan lebih.”
Ads
Obcakession juga pernah melalui situasi yang mencabar apabila mereka mengalami kemalangan semasa dalam penghantaran pemanis mulut ke rumah pelanggan. Tidak hanya itu, ditipu oleh pelanggan juga antara pengalaman yang tak boleh dilupakan.
PAKEJ MURAH HINGGA DIANGGAP SCAMMER
Dalam pada itu, mereka juga pernah diangga scammer gara-gara menawarkan pakej yang murah tetapi hasil kerja ‘mewah’ untuk dekorasi majlis.
Nyata, niat murni untuk membantu mengurangkan beban perbelanjaan pelanggan telah memberi impak kepada perniagaannya. Malah turut dijemput sebagai tetamu berkongsi rahsia perniagaan di rancangan TV.
“Kami juga pernah dituduh sebagai scammer kerana menawarkan harga pakej yang murah. Bukan hanya pengalaman buruk yang kami lalui sepanjang berbisnes. Salah satu kenangan manis Obcakession adalah ketika kami dijemput rancangan TV, MHI Extra untuk salah satu segmen mereka.”
Ads
PAKEJ BAJET RAIH PERHATIAN
Sebanyak tujuh jenis pakej ditawarkan Obcakession yang bermula dari bajet serendah RM500-RM1500. Pakej mereka dilengkapi dengan dekorasi, kek, pemanis mulut yang lain, pelbagai jenis gula-gula serta goodies bag. Memang berbaloi!
Selain itu juga, Obcakession juga menawarkan perkhidmatan candlelight dinner setup, hiasan meja, kombo kejutan dan hadiah buat insan istimewa serta hiasan backdrop dan belon.
“Alhamdulillah, maklum balas dari pelanggan sangat menggalakkan. Mereka sukakan pakej Obcakession yang ditawarkan kerana harganya antara yang termurah dalam pasaran. Selain itu, pelanggan kami juga sangat berpuas hati dengan kek dan hasil dekorasi yang kami buat.”
PERANCANGAN MASA DEPAN
Mahu terus maju di dalam bisnes pemanis mulut, Obcakession merancang untuk membuka sebuah taman permainan yang dilengkapi dengan dewan majlis.
“Selain perkhidmatan dekorasi, Obcakession mahu sediakan tempat yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis bagi memudahkan pelanggan kami. Itulah perancangan kami untuk masa depan, harap kami berjaya merealisasikan impian ini.”
Ads
Bagi anda yang mendapatkan perkhidmatan dari pelbagai pakej menarik dari Obcakession, boleh Whatsapp 011-16933177 atau layari Obcakession
Kelibat anakanda ke-12 kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menyita jutaan perhatian warga maya daripada Malaysia dan Brunei Darussalam.
Video yang memaparkan anakanda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim itu tular di laman sosial TikTok.
Tiada lagi imej kanak-kanak, baginda kini semakin membesar dan meniti usia remaja. Kejelitaan puteri yang tinggi lampai itu semakin terserlah.
Kompilasi beberapa foto dan video Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 15, yang menghadiri Charity Polo Day 2023 bertempat di kelab The Royale Polo and Riding Jerudong, Brunei bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan kerabat lain mengubati kerinduan warganet yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini baginda.
Biarpun hanya memakai persalinan kasual yang ringkas, puteri remaja ini tampak anggun dan elegan.
Memadan kemeja berona kelabu dan sehelai jean putih, gayanya dilengkapkan dengan beg tangan rona senada.
Gaya sederhana itu menambahkan keayuan dan aura baginda sebagai seorang puteri.
Azrinaz dalam hantarannya di Instagram akhirnya membuka mulut tentang cahaya mata keduanya.
“Gambar awak (Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah) telah viral beberapa hari ini.
“Saya sememangnya menerima banyak direct message (dm) dan tag daripada warganet.
“Ramai yang mengatakan kami seiras. Keanggunan dan kecantikannya lebih daripada itu,” titip bondanya.
Sejak berpisah pada tahun 2010 Azrinaz acap kali memuat naik tentang putera dan puterinya.
Selain Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Azrinaz juga memiliki seorang putera iaitu kakanda Puteri Ameerah.
Putera sulungnya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel kini berusia 17 tahun.
Puteri Ameerah kini menuntut di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak tahun 2017. Terdahulu, baginda menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
Untuk rekod, Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2005 sebelum berpisah pada Jun 2010.
Azrinaz melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2.
Sumber : Instagram @nazrinazmazharhakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesetengah orang perempuan, tidak keterlaluan jika dikatakan seakan begitu obses dengan produk tupperware.
Pantang sekali kalau ada sesiapa yang hilangkannya. Boleh tak senang duduk dibuatnya.
Malah bukan suatu yang menghairankan bila rata-rata Encik suami pun faham bebelan yang bakal didengar bila bekal yang diberikan tidak dibawa pulang dengan selamat.
Kisah seperti ini turut dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini bila mana anaknya tertinggal botol air tupperware di sekolah. Beliau sanggup patah balik untuk ambilnya.
Ikuti kisah yang mencuit hati ini berkenaan tupperware.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga jaga ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap. Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, jaga pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je jaga dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman Instagramnya, dia mendedahkan isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasil daripada keputusan IVF tersebut. Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Sumber: Instagram @acheykintangkintung
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di