Walaupun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.

Sekali gus muncul johan bagi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Manakala Qariah Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid, diumumkan Johan Qariah.

“Pernah Juara 3 Kali Di Peringkat Negeri.” Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020

Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017, 2019 dan juga 2020.

Kemenangannya tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekali gus menggondol tempat pertama.

Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Naib johan disandang qari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dan qariah Johor, Nurul Nadiah Hashim, yang masing-masing menerima RM10,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.

IKLAN

“Pernah Juara 3 Kali Di Peringkat Negeri.” Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020

 

 

Tempat ketiga dimenangi qari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur dan qariah Terengganu, Nor Jannah Abd Rahman, yang masing-masing menerima RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.

IKLAN

Dalam majlis hafazan dari juzuk 1 hingga 10, bahagian hafiz, Muhamad Al-Jazari Muhammad Helmi dari Kedah dinobatkan sebagai johan, diikuti tempat kedua, Abdul Muni’m Ihyauddeen (Wilayah Persekutuan) dan tempat ketiga, Muhammad Imran Hussin (Selangor).

Untuk bahagian hafizah, Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak diumumkan pemenang diikuti Nurul Husna Abdul Aziz (Kedah) di tempat kedua dan Masyithah Mohd Farid (Negeri Sembilan) di tempat ketiga.

Johan menerima RM5,000 dan piala, untuk naib johan menerima RM4,000, tempat ketiga menerima RM2,000 dan RM1,000 untuk penerima saguhati.

Majlis hafazan kategori juzuk 1 hingga 20, menyaksikan Sheikh Muhamad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Terengganu dan hafizah dari Kelantan, Putri Auni Khadijah Mohd Hanif, masing-masing dinobatkan johan yang menerima RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah.

IKLAN

“Pernah Juara 3 Kali Di Peringkat Negeri.” Qari Cacat Penglihatan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020

Bagi kategori terakhir iaitu hafazan juzuk 1 hingga 30, johan bahagian hafiz milik Mohamad Hakim Mohd Hisam dari Kedah dan bahagian hafizah, Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan) yang masing-masing menerima RM15,000 dan wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala dan akaun Al-Awfar berjumlah RM20,000 tajaan Bank Islam.

Majlis Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Februari lalu dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.

Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.

Sumber : Jabatan Penerangan NegaraBerita Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI