‘Ala meniaga kuih je pun, ini makanan tepi jalan je, ala bape sen je sangat’
Itulah ayat keramat yang diterima oleh CEO Kueh Cafe, EN Ezwan Mohamad Zain Ketika baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan siapa sangka, dengan menjual kuih inilah menjadikan perniagaannya kini sudah memasuki tahun ke-6!
Menurut bapa tunggal yang berusia 43 tahun ini, pencapaian terbesar baginya apabila perniagaan Kueh Cafe bukan sahaja dikenali ramai iaitu dalam kalangan penduduk Shah Alam sahaja, malah ada juga pelanggan yang datang dari negeri Johor, Melaka dan Perak.
Bagi yang belum menjejakkan kaki ke sana, Kueh Cafe membawa konsep tradisional tapi mengenakan rekaan hiasa berbentuk moden. Di sana, anda akan disajikan dengan 40 jenis kuih yang berbeza, dan antara yang paling mendapat sambutan adalah roti jala di mana anda boleh makan panas-panas seusai masak, malah anda juga boleh tengok sendiri cara penyediaannya di sudut roti jala! Menarik kan?
Ads
Bukan cuma itu, bagi yang ingin singgah untuk makan tengahari, ada juga pilihan makanan berat disediakan seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi hujan panas, laksam, mee kari, dan banyak lagi!
Konsep sahaja tradisional, tetapi untuk pilihan air Kueh Cafe tidak ketinggalan untuk mengikut trend iaitu menyajikan pelbagai pilihan kopi. Tetapi, apapun tetap tak boleh kalah dengan teh tarik yang sentiasa hot menjadi menu yang sentiasa hot selling!
Ads
Sudahlah sibuk dalam menguruskan perniagaan Kueh Cafe, perlu menjaga anak seorang diri. Bagi Ezwan, dia seorang yang akan mengasingkan masalah ketika di tempat kerja dan juga peribadi.
Ads
“Sudah pasti setiap perniagaan tu ada pasang surutnya. Saya jadikan ia sebagai cabaran. Think positif dan ambil langkah positif dengan dalam masa sama tak campur aduk masalah kat rumah,” katanya dipetik dari video Familiku D’Boss.
Jom saksikan video penuh tentang kehidupan CEO Kueh Cafe dalam menguruskan perniagaannya dan kisah peribadinya dalam membesarkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila mengadakan majlis akikah tentu para kenalan dan sauara mara akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Selain jamuan, kumpulan marhaban wanita turut dijemput serta dekorasi pelamin anak yang dihias cantik. Bukan itu sahaja, pakaian ibu turut sedondon dengan anak yang dirai.
Baru-baru ini, pasangan serasi, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat dan Syamsul Yusof telah mengadakan akikah buat anak keduanya, Sumaiyyah yang baru berusia lima bulan. Lebih unik, majlis itu hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Ikuti perkongsian foto sekitar majlis akikah puterinya.
“Sumayyah’s akikah semalam. Thank you to those yang datang meriahkan ! Thank you so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslamorganizekan majlis akikah Sumayyah. Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja”.
Untuk rekod pasangan ini telah diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 lalu. Telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 2, dan Sumaiyyah, 5 bulan.
Apabila mendirikan rumahtangga, sudah pastinya segala perkongsian hidup dan kebahagian dinikmati bersama suami isteri. Susah senang, suka duka dan segalanya diharungi bersama.
Bagaimana pun dalam membina rumahtangga bahagia layanan baik kepada pasangan adalah kunci kebahagiaan. Dengan kata mudah, tidak berkira dengan pasangan.
Adat dalam rumah tangga ada suami suka dirinya dilayan bak ‘Raja’,. Misalnya ada segelintir suami suka makan dihidang dimeja sempurna, disenduk nasi, dituang air dan sebagainya. Namun tanpa sedari layanan pada isteri sebaliknya.
Bagi lelaki ini, Akhtar Syamir layanan yang baik sebegitu yang diimpikan oleh kebanyakan suami itu munasabah jika yang cara sama diberikan kepada isteri.
Katanya, jika suami inginkan layanan bagaikan ‘Raja’ isteri juga berhak mendapat layanan bagaikan ‘Permaisuri.’
Jujur saya katakan yang setiap hari dan setiap kali kami nak makan, isteri saya akan hidangkan dan sendukkan nasi untuk saya.
Boleh kira berapa kali je yang saya sendukkan untuk dia dan anak-anak. Selalunya bila dah siap semua barulah saya dipanggil untuk makan.
Ada je sekali sekala saya ke dapur sekali untuk bantu dia masak atau lebih kepada mengacau dia masak. Tapi jarang sangat.
Semua ini bukan paksaan. Ini dibuat secara ikhlas oleh isteri saya dan dia tak senang duduk jika tidak temankan saya makan kalau saya ada urusan dan mereka terpaksa makan dulu. Dia akan duduk sekali di meja dan berbual sambil menemani saya makan. Syukur Alhamdulillah, saya dilayan dengan sangat baik oleh isteri saya.
Hargai isteri Mungkin ramai para suami yang inginkan layanan seperti ini. Tak salah pun sebenarnya. Tapi, di saat kita menerima, kita pun perlu memberi. Saya sentiasa mengutamakan emosi isteri. Jika dia nampak gelisah, saya orang pertama yang akan memeluknya.
Jika dia bersedih, saya akan menggembirakannya. Jika dia penat, saya orang pertama yang akan memastikan dia dapat rehat yang secukupnya. Jika dia lapar, dengan sepantas kilat, dia akan dapat telefon saya dengan aplikasi Grab Food yang sedia terbuka. Pada waktu pagi selepas Subuh jika dia nak tidur semula, saya akan pastikan tidurnya tidak terganggu.
Dia selalu dipeluk, dia selalu dicium, dia selalu dibelai. Tidur malam tidak pernah tidak diucapkan selamat malam dan diusap-usap rambutnya. Pillow talk menjadi perkara yang kami lakukan setiap malam. Jika saya terjaga dari tidur di malam hari. Pasti tangannya akan saya pegang umpama sedang bercinta.
Pelukan erat pada waktu pagi adalah rutin yang jarang kami tinggalkan. Apabila saya dalam perjalanan pulang, dia selalu ditanya apakah inginkan sesuatu untuk dibawa pulang?
Fokus saya sentiasa ada pada dia apabila saya tidak bekerja. Kami akan selalu berbual dan bermesra, bergurau serta gelak ketawa. Saya akan sentiasa pastikan dia gembira. Tona suara saya walaupun ada ketikanya tegas tetapi tidak pernah menjerit. Kerana saya tahu hatinya sangat mudah tersentuh.
Air matanya sangat berharga. Jika menitis, saya anggap ianya kesalahan besar saya. Nak isteri sendukkan nasi dan layan anda seperti Raja di dalam rumah? Boleh, tapi pastikan anda layan isteri umpama Permaisuri dahulu. Barulah kedua-duanya saling membahagiakan.
Percayalah, kemanisan dalam perhubungan itu ada. Ianya akan hadir bila kita beri segala-galanya kepada pasangan kita.
Mendidik anak tidak hanya dengan perlakuan, percakapan dan amalan yang terpuji. Perlu disusuli dengan bacaan doa setiap hari agar roh dan minda anak tertanam dengan sifat kerohanian.
Puas mendidik dan memperlengkapkan anak-anak dengan sebaiknya, selebihnya ibu ayah perlu bertawakal kepada Allah. Doa adalah rutin wajib yang seharuslah jangan dilepaskan oleh ibu ayah. Jangan berhenti berdoa.
Amalan ibu muda ini boleh juga kita contohi untuk anak-anak kita. Insyaallah anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah serta taat pada ibu ayah dan Allah. Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh ibu Diyana Jamal ni.
Setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak yang soleh solehah, bijak pandai dan mendengar kata. Betul-betul?
Jadi, apa kata kita mulakan amalkan 2 tips ini mulai hari ni.
1. Sebelum tidur – Bacalah Al Fatihah, 4 Qul, Ayat Qursi dan juga SURAH AL INSYIRAH. Dan berikan nasihat/kata-kata yang baik kepada anak.
Maksud Surah Al Insyirah :
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal
soleh yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Maksud ayat ke 82 Surah Yassin :
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
Salah satu amalan setiap pagi, ibu Diyana akan baca ayat 82 surah Yassin pada anak-anak ibu. Pada Nur Damia Humaira’ dan juga Nur Durra Hasina. Setiap seorang.
Ibu akan baca dan niatkan supaya Allah izinkan mereka jadi hamba yang solehah, anak yang taat, pelajar yang cemerlang di sekolah, di kurniakan hati dan minda yang lapang untuk belajar, dapat menghafaz Al Quran 30 juzuk, mengamalkan ilmu yang di pelajari, mudah urusan dunia akhirat, terpelihara dari bala bencana dan di masukkan ke dalam syurga Allah.
Kredit: Diyana Jamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.