Namanya pernah gah suatu ketika dahulu namun selepas berkahwin, sedikit tenggelam ditambah dengan kehadiran muka-muka baru yang tak kurang hebatnya.

Biarpun kelibatnya jarang muncul di kaca tv, namun tawaran menyanyi tidak terhenti malah dia tetap aktif di luar sana.

Terbaru, Ayu menyertai program Gegar Vaganza (GV) yang membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober lalu bersama 13 lagi peserta lain.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

“Sejak program ini diperkenalkan, saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta. Alhamdulillah kali ini rezeki menyebelahi saya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7.

“Sebelum ini, saya tetap aktif cuma orang jarang nampak. Malah ada yang beranggapan tak keluar tv, show merudum kerana orang tak panggil. Sebenarnya itu semua atas diri sendiri.

“Kalau kita tak aktif dan keluar depan khalayak orang takkan tahu  saya masih ada di dalam industri ini. Populariti atau keluar atau tidak di kaca tv itu bergantung pada diri kalau di tv tetapi tak ada show tak berbaloi juga kan.

“Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh ini dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.

Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.

“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.

“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.

IKLAN

Suara asli hilang lepas bersalin

Mengakui suaranya sedikit hilang ‘original’ usai melahirkan anak,  Ayu Damit yang juga dipanggil Ayu One In A Million  tidak menyesal dengan keputusan mendirikan rumah tangga.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

“Saya menyanyi kerana minat dan tak penat walaupun terpaksa struggle. Saya pernah ‘stop’ jadi suara asal tu dah ‘hilang’ jadi saya kena selalu berlatih untuk dapat kembali suara asal. Sebab itu saya terima semua tawaran tak kisah berapa yang diberi asalkan saya boleh berlatih menyanyi.

“Kalau sebut bab kahwin dan dapat anak antara sebab saya hilang suara original, memang kadang rasa rugi tapi bila difikirkan kelebihan lain yang diperoleh saya rasa keputusan saya ambil tepat. Saya boleh pelbagaikan range, mungkin sekarang kekuatan saya di bawah low note. Saya kena berlatih lagi jika mahu dapat kembali original note.

“Soal takut tu tak timbul cuma mungkin tanggapan orang bahawa saya boleh menyanyi note tinggi. Tapi sekarang mereka kena tahu saya juga boleh nyanyi low note.

“Kalau lepas ini diberikan lagi rezeki mengandung anak keempat saya tetap terima cuma buat masa sekarang fokus lebih kepada kerjaya,” ujar Ayu Damit atau nama sebenarnya Norayu Damit.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

IKLAN

Pernah tukar 16 pembantu

Ditanya mengenai pengurusan anak-anak, Ayu mengakui dia dan suami menguruskan sendiri memandangkan tiada pembantu.

“Dua tahun kami asyik bertukar pembantu kerana tak serasi, jadi lebih baik kami uruskan sendiri. Setakat ini 16 pembantu asyik bertukar dalam setahun lebih. Pengalaman itu mematangkan kami kerana pembantu yang di ambil ini ada yang lari dan ada yang tidak sesuai dan tak boleh buat kerja. Pengalaman mematangkan kami.

“Nasihat kami kalau nak ambil ejen, pilih yang betul-betul kerana bila diberi pembantu yang tidak tahu buat kerja atau terlatih atau jaga budak misalnya. Jangan yang asyik malas buat kerja, asyik main telefon dan sebagainya.  Biasa kami akan  bergilir-gilir untuk menguruskan anak jika terpaksa outstation. Memang agak susah bila terpaksa uruskan sendiri anak-anak tetapi kami dah biasa.

“Memang anak-anak selalu ikut kalau kami outstation dan cikgu sekolah sudah sedia maklum. Biasanya saya akan beri surat awal untuk minta pelepasan anak.  Mungkin nampak macam mengganggu anak-anak sekolah, tetapi kami pastikan dia tetap belajar walaupun tak pergi sekolah. Yang kecil pun kami sudah masukkan dia ke taska untuk memudahkannya dikemudian hari,”ulas Ayu lagi.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

Bisnes tanam cili

sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin. Ternyata pilihannya memilih sektor pertanian tidak salah kerana usahanya semakin berbaloi.

IKLAN

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.

“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya  menanam nenas dan kelapa sebelum ini.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

Suami stylist tudung

Mengambil keputusan berhijab pada 2015, akui Ayu semuanya bermula dengan suaminya sendiri.

“Tiga empat tahun baru memakai tudung. Kebetulan suami suruh jadi saya cakap boleh pakai tudung tapi daddy kena beri pada saya. Lebih bermakna kalau daddy belikan dan beri saya pakai. Waktu itu kami baru habis pantang anak ketiga. Tiga tahun yang lalu.

“Pernah ‘Stop’ Nyanyi, Suara Asal Tu ‘Hilang’ Lepas Bersalin.”  Ayu Damit & Suami Selesa Urus Anak-Anak Bersama!

“Awalnya memang saya ragu-ragu dan berfikiran negatif takut pakai tudung ada lagi ke tawaran, orang kenal ke nanti dan macam-macam soalan lain. Tapi suami cakap jangan takut kalau ada rezeki adalah. Jadi suami belikan tudung dan terus saya pakai. Dan kekal sehingga sekarang alhamdulilah.

“Tapi yang lebih bermakna adalah suami saya sendiri yang pakaikan atau style kan untuk saya. Dia rajin lihat cara pemakaian artis lain yang bertudung. Dia selalu ikut saya ke mana sahaja show memandangkan kami tak ada pembantu rumah. Jadi sama-sama uruskan.

Sumber gambar: IG ayudamit

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI