Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj atau bahagian intimnya.

Disebabkan itu ada yang akan menggaru dan akhirnya melecet dan pedih. Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Apa kata cuba kaedah Rendaman Faraj bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, masalah keputihan yang teruk terutama bagi wanita berkahwin, anak dara juga boleh mencuba kaedah ini selain dapat membantu mewangikan bahagian intim .

Rendaman faraj adalah amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan, seeloknya dibuat seminggu sekali.

Tip Jaga Bahagian Dalaman, Guna 3 Bahan Mudah Ini. Yang Ada Keputihan Boleh Cuba!

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara rendaman ini dan cara membuatnya. Banyak manfaat untuk orang berpantang dan selepas haid sebenarnya. Cuma tinggal rajin dengan malas ja nak buat.

Khasiat rendaman ini ialah sebagai antiseptik pada kawasan sulit wanita dan mengelakkan masalah sulit seperti faraj berbau, keputihan, merapikan, dan merapatkan dinding bahagian intim juga mampu merawat buasir.

Bahan-bahan ialah daun sireh, garam kasar dan asam keping yang direbus. Senang kan nak dapat bahan. Air rebusan ini diletakkan ke dalam besen dan rendam bahagian sulit sehingga paras pinggang.

IKLAN

Bahan-bahan

Daun sireh
Asam keping
Garam kasar

Tip Jaga Bahagian Dalaman, Guna 3 Bahan Mudah Ini. Yang Ada Keputihan Boleh Cuba!

Cara Membuat:

1. Rebus ketiga-tiga bahan ini sehingga menggelegak. Sukatan air ikut kesesuaian. Yang penting bila berendam tu, air akan meliputi bahagian intim.
2. Bila dah menggelegak, tuang dalam besen. Biar suam dulu. Then duduk dalam besen tersebut. Kalau miss v dah melecet akan rasa pedih sikit. Bertahan ya. Lama kelamaan pedih nya akan hilang dengan sendiri.lakukan selama 10-15minit sahaja .

IKLAN

Tip Jaga Bahagian Dalaman, Guna 3 Bahan Mudah Ini. Yang Ada Keputihan Boleh Cuba!

Lakukan selama 3 hari berturut.masalah keputihan dan masalah bau di bahagian intim akan beransur hilang.

Tip Jaga Bahagian Dalaman, Guna 3 Bahan Mudah Ini. Yang Ada Keputihan Boleh Cuba!

Air rebusan perlulah bersifat panas-panas yang hangat (jangan sampai melecur) dan bukan suam. Jika susah nak cari daun sireh boleh pakai sabun sireh suzyhoney, potong kecil dan direbus dengan bahan-bahan lain tadi. Yang duduk bandar memang susah.

IKLAN

Cara rendaman untuk anak dara :

– Setiap kali lepas haid hari ke 6, 7 & 8

Cara rendaman untuk wanita sudah berumahtangga :

– Setiap kali lepas haid hari ke 6-12 (7 hari berturut)
– boleh campurkan 3 biji manjakani ke dalam air rebusan.
– hari ke 30- 44 di dalam pantang.

Sebelum nak mandi tu bolehlah buat rendaman ini. Wanita yang rajin amalkan rendaman  ini mampu mengatasi masalah miss V dan juga mengekalkan “keremajaan” kawasan intim. Kulitnya sukar menjadi hitam dan berkedut.

Selamat mencuba ?

Kredit pic Nur Adibah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI