Tanam sendiri pokok sawi? Bunyi macam susah kan, jangan tak tahu sebenarnya mudah je. Malah kita akan dapat sawi yang segar, gebu,subur, bersih dan selamat.
Yang penting tak guna pun baja dari bahan kimia. Ambil je baja tahi ayam dan nak mudah air basuhan beras jangan lupa simpan dan tuangkan pada tanaman ini. gerenti gemuk dan subur sawi anda.
Inilah yang dikongsikan puan Farah Wahida menerusi Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur. Nak tahu caranya jom baca ni.
Assalammualaikum selamat malam semua..malam ni nak kongsi cara sy semai, dan tanam sayur sawi pulak.
1. Semai biji benih sawi dgn mgunakan peatmoss..masukkan 3@4biji biji sekali pun blh..nanti dah besar alihkan je..sy semai guna tray,bekas telur dan kalau malas sy tabur je dlm bekas nanti dah naik daun 4-5lai alihkan shj.
Ads
2. Dlm ms 10.12hari dah boleh alih dan buat pjarakkan ank benih.
3. Sebelum alih dlm bekas tanaman tanah sy dah siap letak tahi ayam..biarkan dlm ms 3-4hari baru alihkan ank pokok ye..Alihkan ke dalam pasu,petak tanaman,dan apa2 shj janji dia boleh mbesar xsesak dlm satu1 tempat..mcm sy guna je apa yg ada kat rumah..maklum la rumah taman..kwsn terhad.
Ads
4. Pembajaan sy hanya guna tahi ayam..sekali sekala sy siram air basuhan beras,mol kangkung,mol ikan..sy xguna baja ab@baja kimia.
5. Ok last part yg plg susah hati..part harvest sbb bila dah tgk rimbun gebu gebas jd syg ooo nak kutip..tu yg petik daunnya jer.
Ads
Hehehe selamat mcuba..ni cara sy ye..mana blh share kita share..tkurang blh tambah ye kawan2
Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja.
Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangisdan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis.
Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersamakanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon
Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini.
Ramai Terkejut Tonton Video Update Dari Ibu Selepas Insiden Ke Balai Polis
Selepas kejadian tersebut, ibu kepada kanak-kanak tersebut telahpun mengemaskini keadaan terkini anaknya itu di sekolah.
Kanak-kanak tersebut dilihat gembira apabila ibunya dapat menjemput pulang dari sekolah. Wajahnya yang ceria menggambarkan perasaannya ketika itu.
Dah Tak Menangis Ke Sekolah
Wajah ceria kanak-kanak ini untuk ke sekolah dapat dilihat sewaktu ibunya memuat naik video di dalam kereta sewaktu mahu menghantarnya ke sekolah.
Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah.
Pelakon cantik manis ini sering berkongsi gambar dan kisah anak-anaknya di laman instagram. Terbaru, Rita Rudaini memuat naik gambar dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.
Di dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Perlis ini memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyambut ramadan dan berharap mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Imam terawikh kami mlm ni ajak selfie 😂 alhamdulillah..mlm ramadhan pertama utk kita smua moga di beri keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah…selamat berpuasa smua…jgn lupa baca niat posa 😊❤️
Perkongsian Rita Rudaini itu mendapat pujian netizen. Rata-rata mengakui terharu dan gembira melihat anak-anak pelakon tersebut sudah menampakkan minat mempelajari al-Quran.
Malah, ada yang mengakui walaupun bergelar ibu tunggal, namun Rita Rudaini berjaya mendidik zuriatnya menjadi anak-anak soleh.
Sebagaimana yang diumumkan berkenaan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.
Pastinya semua antara kita berasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh setiap calon SPM 2020 ini kerana sebagai kita maklum, belajar dalam norma baharu bukan mudah penuh dengan cabarannya. Pun begitu, setelah berhempas pulas belajar dan berkat usaha yang berterusan maka detik dan ketika ini telah menjadi hari paling bersejarah buat semua.
Ramai pelajar-pelajar dan ibu bapa berkongsi mengenai keputusan cemerlang yang diperolehi. Tidak terkecuali pasangan kembar yang berjaya ‘menghadiahkan’ 22 A kepada ibu ayah tercinta.
Menerusi perkongsian Nurul Syazwina di twitter, telah memuatnaik sekeping gambar yang memberi makna yang cukup istimewa bersama pasangan kembar dan ibu ayahnya.
Dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Nurul Syazwani yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan manakala Nurul Syazwina yang merupakan pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, pastinya cukup membanggakan ibu dan ayahnya.
Berkongsi rahsia kejayaan meraih 11A walau keduanya bersekolah berasingan ini katanya, “Kami membantu di antara satu sama lain mengenai subjek yang lemah dan sukar, bangun awal untuk belajar bersama-sama dan membuat rujukan dengan guru masing-masing jika kurang faham mengenai sesuatu subjek.”
Syabas dan tahniah diucapkan semoga terus menjadi kebanggaan keluarga. Tentunya kenangan manis ini akan tersemat indah di dalam ingatan sampai bila-bila.
Begitulah yang cuba dijelaskan oleh Dr Ezairy M. Sallih, menurutnya, “Setiap kali keputusan SPM diumumkan, setiap kali itu juga peristiwa ini terimbau kembali. Mama papa, kami berdua bagi 22 A1 hari ini!”
“Saat itu, orang paling gembira adalah kedua-dua orang tua saya. Mulai saat itu juga kami berazam untuk mencapai cita-cita kami disamping mengecap impian kedua orang tua untuk menjadi seorang doktor pakar perubatan.”
“Impian itu tidak pernah sekali pudar selepas itu. Kami bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Alhamdulillah berjaya menghabiskan pengajian perubatan selama enam tahun setengah di sana.
“Kembali semula ke tanah air, memulakan tugas sebagai doktor pelatih, berhempas pulas, mengharungi saat-saat jatuh bangun, dimarah, menangis, dan semua cerita-cerita yang terlalu istimewa untuk dikongsi di sini. Ya, alam doktor pelatih yang pasti memberi memori paling lekat di dalam setiap yang bergelar doktor.”
“Selepas dua tahun, kami bersama-sama menyambung tugas sebagai pegawai perubatan. Impian untuk menjadi seorang pakar bedah tidak sama sekali hilang. Pengalaman sebagai doktor pelatih sekadar menjadikan impian itu lebih kuat.”
“Alhamdulillah. Selepas 10 tahun bertugas sebagai seorang doktor, hari ini kami sama-sama berjaya menyempurnakan impian kedua-dua orang tua kami. Kami tidak hanya beri 22 A1. Hari ini kami berikan mereka juga kejayaan menjadi pakar bedah. Orthopedic surgeon and ENT surgeon in the house!”
Ujarnya lagi, “Doakan kami dapat membantu lebih ramai orang. Untuk adik-adik di luar sana. Kejayaan hari ini bukan bermakna kejayaan untuk selamanya. Kegagalan hari ini juga bukanlah titik noktah, tetapi ia adalah permulaan untuk kalian bangkit menjadi seorang yang lebih kuat lagi di masa hadapan.”