Hati siapa yang tak sedih apabila mengenangkan nasib diri apabila tragedi yang menimpa mengakibatkan kehilangan anggota badan.
Bagi yang pernah mengikuti kisah seorang remaja perempuan, Siti Nur Azizah menjadi mangsa samun yang terpaksa dipotong tangan akibat kecederaan serius pastinya bersimpati dengannya.
Tragedi yang berlaku pada tahun lepas itu memberi kesan kepada perjalanan hidup anak sulung ini.
Terbaru, memetik laporan harian metro, Siti Nur Azizah Syafriad kini terpaksa menerima kenyataan kehilangan tangan kanan.
Dia yang kini merupakan peniaga dalam talian Sperlu tabah menjalani kehidupan demi keluarga tersayang.
Katanya, kini menjalankan perniagaan barangan kosmetik dalam talian dengan bantuan ibunya Roslinawati Ya, 39, sebagai salah satu sumber pendapatan keluarganya.
“Sejujurnya, saya cuba untuk kembali gembira seperti dahulu walaupun tragedi pada 26 Ogos tahun lalu masih tebal dalam ingatan.
Ads
“Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.
“Sebelum ini, saya juga tidak pernah menangis mengenangkan tragedi itu, tetapi hanya menangis disebabkan kesakitan di bahagian kecederaan.”
Siti Nur Azizah berkata demikian selepas menerima kunjungan wakil Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Johan Rozali-Wathooth di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, hari ini.
Ads
Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan di akhbar Harian Metro pada 8 Mei lalu, dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin membantu dalam pelajaran dan kewangan.
“Ada beberapa pihak yang datang dan bincang bersama ibu bagaimana mereka boleh membantu saya meningkatkan kemahiran berniaga.
“Selain itu, sekarang saya fokus untuk membantu keluarga supaya dapat sumber hasil pendapatan usaha saya sendiri,” katanya.
Pemenang Kad OKU
Sementara itu, Johan berkata, pihaknya tergerak hati mahu membantu keluarga Siti Nur Azizah selepas mendengar kisahnya daripada salah seorang penerima biasiswa YTAR.
“Azizah adalah seorang remaja yang cekal dalam menghadapi cabaran hidup selepas kemalangan yang menimpa dirinya.
Ads
“Saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu Azizah dalam mencetus minatnya dalam bidang keusahawan kecil,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan tangan kanan Siti Nur Azizah terpaksa dipotong hingga paras bahu susulan kecederaan dalam kemalangan bersama teman lelakinya, tahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki mereka ditendang penyamun di Jalan Kuching, di sini, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
Kisah wanita ini pernah penulis kongsikan sebelum ini apabila dia mengambil anak angkat istimewa. Anak kecil bernama Nadira ini mempunyai masalah Sindrom Down dan kini telah berusia 11 tahun.
Sempena Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut setiap 21 Mac ,Puan Mona Din sekali lagi memuat naik satu perkongsian mengenai anak istimewanya itu.
Nadira ditinggalkan ibu kandungnya di hospital usai melahirkannya, menyebabkan anak kecil ini hidup terbuang di beberapa buah Pusat Kebajikan Masyarakat selama 10 tahun. Sehinggalah Puan Mona mengambilnya sebagai anak angkat.
21Mac2019
Selamat Hari Down Sindrom Sedunia
Hari ini, mama terkenang aruah KMa.. [ Al Fatihah]
Selamat Hari Sindrom Down Sedunia juga buat anakanda Saidatul Nadira Aqila.
Allah sesungguhnya telah mengatur,
hadirmu dalam keluarga mama sejak 9 bulan 24 hari lalu,
membawa kembali bahagia itu,
bahagia pernah memiliki aruah KMa,
anak syurga bersindrom down,
seperti dirimu juga…
Mmiliki anakanda berdua,
mengajar mama terlalu banyak perkara..;
Kalian ingatkan mama erti sebuah nikmat,
Kalian ingatkan mama erti sebuah syukur,
Kalian ingatkan mama erti sebuah sabar,
Kalian ingatkan mama erti sebuah keikhlasan,
Kalian ingatkan mama erti merendah diri,
Kalian ingatkan mama erti sebuah kesetiaan,
Kalian ingatkan mama erti menghormati sesama insan,
Kalian ingatkan mama setiap manusia punya kelemahan,
Kalian ingatkn mama setiap insan punya kelebihan,
Kalian ingatkan mama sifat mnerima sesama insan,
Kalian ingatkan mama sikap redha menerima dugaan tuhan,
Kalian ingatkan mama erti kasih sayang tanpa sempadan…
Kalian mungkin tidak sesempurna insan biasa. Namun ketahui lah, ketidaksempurnaan itu lah yang menjadikan kalian istimewa, yang membebaskan kalian dari sebarang dosa, lalu menjamin tempat mu d taman syurga..
Sedang kesempurnaan mama pula, hari-hari bersulam dosa, belum tahu akan ke mana….
Maka berbahagialah menjadi anak down sindrom, jangan sesekali merasakan dirimu kurang, kerana sesungguhnya, kalian adalah bunga-bunga syurga.
Banyak cara dan resipi untuk menu yang satu ini, ada yang mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tak kurang ada yang menggunakan cara yang cukup simple tapi sedap. Itulah penangan ayam bakar.
Kali ini admin kongsikan resipi ayam bakar air tangan saudara Ben Safwan, cukup simple caranya, tak perlu nak perap lama dan yang penting tetapan masa untuk bakar itu menjadikan ayam bakar ini masak elok dan hasilnya cantik. Kalau Ben buka kedai nasi kerabu,memang camnilah ayam bakar Ben buat + sedikit bahan lagi. Camni pun sedap sangat sampai terpaksa Ben bakar kali kedua straight. Ben nak bagi resepi ayam bakar madu Western .
Gambar no 1 ialah gambar ayam bakar siap pada kali pertama ( belum ambil gambat bahan-bahan ) Sebab dah habis Mem dan Ben ratah,Ben masak kali kedua dan ambil gambar,serta tak basuh mangkuk AF sebab baru lpas guna. Tu yang ada kesan bakar pertama. Hee
Ok bahan dia untuk 2 ketul isi peha ayam + dada seperti dalam gambar ya. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kelat supaya perasa masuk ke dalam isi. Resepi Ayam Bakar Madu Western
1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering
1 sudu makan madu /maltosa untuk ayam berkilat/manis
1 sudu makan serbuk cili Babas untuk ayam cantik merah dan ada pedas
1 sudu teh garam bukit
1/2 sudu makan setiap jenis :
Thyme,Parsley dan Basil.
Gaul sebati dan ratakan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap. Bakar dalam AF – Air Fryer dengan rahsia tetapan ini untuk dapatkan hasil cantik,ayam masak elok.
20 minit pertama suhu 170’C untuk kali pertama Terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 170’C untuk kali kedua
Tak perlu terbalikkan ayam dan bakar 10 minit suhu 140’C supaya betul-betul masak hingga ke tulang. Pastinya sangat berbaloi bila dimakan .
#resepibensafwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain caranya dalam memasak pulut. Ada yang kena rendam dulu lah, ada yang boleh masak terus, ada yang perlu juga kukus dan macam-macamlah!
Alang-alang sekarang ni durian macam dah muncul semula tu, boleh la beli buat rasa-rasa atau teringin sangat makan dengan pulut, boleh la tanak guna cara ni. Menariknya di perkongsian ini, sama ada pulut ini ditanak di dalam periuk batu atau periuk cap boya, kedua-dua hasilnya tetap menjadi!
Jadi, bagi memastikan pulut anda terhasil cantik dan tidak melekat, di bawah ada tip berguna dari Puan Naimah Kasim yang boleh anda ikuti.
PULUT DURIAN KUAH SANTAN
Pulut tanak kuah santan, sesuai untuk dimakan dengan durian atau pelam.
Cara buat pulut:
1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam). Letakkan air lebih macam masak nasi, tak perlu disukat airnya. Jangan kacau langsung supaya pulut tak hancur.
2. Bila mendidih kuat, perlahankan api dan buang air tinggal sikit saja. Buang air agak-agak lah ya, paras sikit atas pulut. Kalau lebih nanti lembik, kalau kurang sangat takut tak masak pula.
3. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.
4. Tutup periuk dengan penutupnya dan api diperlahankan.
5. Kemudian, boleh kacau sedikit dan tutup semula dengan penutup periuk.
6. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah pun. Sedap dimakan dengan durian atau pelam bersama kuah santan.
Kuah santan cara pertama
Dulu-dulu arwah emak guna santan segar dari kelapa yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.
Kuah santan cara kedua
Sekarang terpengaruh dengan siam, santan masak sekejap atas api yang perlahan.
Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
Apabila ada sahabat komen pakai periuk batu tu sebab tak lekat, jom cuba periuk cap boya. Kebetulan saya balik kampung, tiba-tiba kakak bagitahu ada durian dan minta kita tolong tanak lah pulut.
Semangat lah kita sebab semalaman berhajat nak cari durian. Guna lah periuk cap boya, itu saja yang ada dekat rumah kakak. Alhamdulillah, hajat nak makan pulut durian tercapai walau asalnya hanya terdetik sorang-sorang dalam hati.
Alhamdulillah ala kullihal. Salam Jumaat yang barokah buat semua sahabat.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.