Baru-baru ini, seorang kanak-kanak Muslim Britain berusia 11 tahun telah mengatasi Albert Einstein dan Stephen Hawking dalam ujian IQ apabila dia berjaya mencapai markah tertinggi bagi kategori kanak-kanak.
Dipetik dari laporan The National News, kanak-kanak yang bernama Yusuf Shah yang berasal dari Leeds di Utara England itu mendapat 162 markah dalam ujian tersebut, lebih tinggi berbanding Einstein dan Hawking yang hanya 160 markah dalam ujian sama.
Anak yang berasal dari Leeds di Utara England dikatakan mengambil ujian Mensa tersebut berikutan rakan-rakannya sering memberitahunya bahawa dia sangat bijak.
“Semua orang di sekolah menganggap saya sangat bijak dan saya sentiasa ingin tahu sama ada saya berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian itu.
“Terasa istimewa untuk mendapatkan sijil atas nama saya dan tentang diri saya,” kata Yusuf menurut laman berita Metro UK.
Ads
Pelajar tahun enam itu berharap bahawa dia dapat belajar matematik di Cambridge atau Oxford suatu hari nanti. Dia juga berkata yang dirinya sangat menyukai aktiviti yang dapat merangsang otaknya.
Apabila tidak mengulang kaji pelajaran, dia akan menghabiskan masanya bermain sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.
Yusuf dikatakan bermula main dengan kiub rubik pada Januari lalu dan hanya mengambil masa tempoh sebulan sebelum dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Ads
“Saya sangat bangga. Dia adalah orang pertama dalam keluarga kami yang mengambil ujian Mensa. Saya sebenarnya agak bimbang kerana dia selalu pergi ke dewan yang penuh dengan kanak-kanak untuk mengambil ujian.
“Kami fikir dia mungkin akan takut dengan orang dewasa di pusat itu. Tetapi dia berjaya melakukannya dengan cemerlang.
“Walaupun kamu berbakat, namun kamu perlu menjadi pekerja yang rajin,” ujar ibunya, Sana.
Dalam masa sama, adik kepada Yusuf yang berusia lapan tahun bernama Khalid juga diharapkan dapat mengikuti ujian Mensa tersebut apabila dia sedikit berusia kelak.
Ads
Sumber: Metro UK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian wanita ini yang rajin bercucuk tanam dilaman kediamannya menjadikan dirinya cukup disenangi oleh jiran-jirannya.
Malah disebabkan menanam pelbagai jenis sayur-sayuran juga menjadikan laman rumahnya diberi jolokan nama sebagai Cameron highland 2 oleh jiran tetangga.
Jom kita baca perkongsian menarik ini.
First time saya try tanam kobis ni saya saja-saja beli benih di pasaraya sebab tak pernah tengok orang tanam kobis di tanah rendah expecially kawasan panas. Tak silap saya masa tu tahun 2014.
Bila saya tanam ramai yang terkejut..jiran-jiran panggil kebun yang saya usahakan tu sebagai cameron highland no.2..hihihi ..sebab macam-macam sayur ada.
Jiran-jiran kata tangan saya sejuk…sebenarnya bagi saya bukan tangan sejuk tapi kita berani mencuba dan bagi saya menanam ni kena try and error..lama-lama kita akan belajar dari pengalaman.
Antara sayur yang saya tanam seperti kangkung, bayam, bendi, lobak merah, cili dan macam-macam lagilah.
Bercerita tentang tanaman kobis, dari semaian hingga tuai hasil akan mengambil masa 3 bulan.
Penjagaannya juga cukup mudah, lepas semaian, anak pokok dipindahkan ke tapak tanaman. Rutin harian penjagaannya cuma siram sahaja, baja pula perlu diletak seminggu sekali.
Ni semai benih kobis cara saya :
Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh..then letak kan benih kobis..lepas tu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar…siram dah biarkan hingga benih bercambah..biasanya hari ke 5 dah kuar cambah benih.
Saya buat semua ni sebagai hobi sahaja dan untuk mengisi masa lapang.
Selain itu, bagi saya pokok kobis ini cantik bila dia membesar dan boleh djadikan lanskap selain dari sejenis sayuran.
Saya juga ada tanam pokok bunga sekadar sampingan mencantikkan laman kebun sayur saya. Tu semua saya buat sendiri, suami cuma bagi sokongan moral.
Meskipun cuti sekolah hanya seminggu pada bulan September ini, sudah ada yang mula merancang destinasi percutian buat anak-anak. Maklumlah tak mungkin kita mahu asyik memerap di rumah sahaja. Sekurang-kurangnya bila bercuti dapat juga dimanfaat masa yang ada dan sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sungguh, itulah harapan kita bila bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Namun sedar atau tidak jika silap gaya dan tekniknya percutian tersebut boleh pula mendatangkan stress pada anak-anak. Ini sebagaimana apa yang cuba dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Mungkin sebagai ibu ayah, kita juga ingin tahu apa sebabnya boleh berlaku keadaan sedemikian.
Jadi apa kata anda baca perkongsian penuh Dr Kamarul untuk dijadikan panduan bersama. Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk kita merancang percutian yang membahagiakan dan bukannya percutian yang stress bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai ibu ayah juga.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
Siapa tak rimas, jika terpaksa berlari berjam-jam dengan memakai pakaian yang kurang sesuai dengan aktiviti yang disertai. Namun pemuda ini berjaya melakukannya.
Berbekalkan azam, semangat dan tekad yang kuat, Mohd Syahidan Alias yang merupakan pelari maraton negara melakar sejarah apabila muncul sebagai pelari terpantas dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang berlangsung pada Ahad lepas.
Lebih dikenali sebagai Edan Syah, pemuda ini berjaya mencatat masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Seakan membawa semangat berhari raya yang kini sedang diraikan di seluruh dunia, pemuda ini sungguh teruja apabila misinya itu telah meraih kejayaan.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).”
Sebelum ini , Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit pada tahun 2019.
“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.