Kita biasa dengar orang buat pinjaman peribadi atas pelbagai tujuan yang tersendiri, dan salah satu sebab biasa adalah mereka mahu memiliki wang tunai di tangan. Apatah lagi dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, tentu sahaja ada yang cuba merancang untuk membuat pinjaman peribadi.
Pun begitu, adakah tindakan itu bijak?
Sedangkan tahukan anda bahawa menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa melalui pinjaman peribadi menjadi punca nombor 1 muflis di Malaysia!
Jom kita baca perkongsian daripada Dr. Naqiuddin Ahmad Moin ini semoga dapat memberi panduan dan kesedaran untuk semua.
Hampir 50% muflis disebabkan personal loan.
Personal loan ni Dr Q kategori sebagai hutang jahat kalau loan ni tak digunakan untuk dapatkan pulangan (profit).
Anggapan Dr Q, personal loan ni macam virus. Sebab bila dah dapat, macam nak lagi sampailah kita tak mampu nak bayar dan kemudiannya muflis.
Bila kita dapat duit dengan mudah ni, kita tak berapa sayang sangat untuk belanjakan duit tu. Sebab bukan duit usaha keras kita.
Pernah Dr Q share pengalaman seorang wanita yang muflis sebab personal loan & loan-loan lain just untuk bahagiakan orang sekeliling. Akhirnya orang lain bahagia, beliau yang merana.
Jadi, pastikan kita tahu manage duit kita.
Ads
Teringat masa Dr Q kat gomen, selalu je ada flyer personal loan kat klinik. Yelah, orang gomen kan senang buat loan. Di situlah lubuk banker mencari client.
Lagi satu, kata orang tua dulu-dulu. “Kerjalah gomen, senang buat loan”
Kalau loan yang dimaksudkan itu macam loan rumah, Dr Q boleh terima lagi, tapi kalau personal loan. Salah betul pemikiran orang dahulu kala.
Ada yang buat personal loan sebab nak balas jasa mak ayah. Ingatan Dr Q, jangan sekali kali. Nak balas jasa mak ayah guna apa yang kita dapat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Ads
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Puding Oreo Milo, menu simple dan boleh diterima tekak. Jimat masa ibu juga nak siapkan menu untuk anak-anak kan. Sambil sediakan menu lain, boleh juga selitkan pencuci mulut ini juga.
Sepertimana puan Fauziah Yahya yang berkongsi kan resipi Puding Oreo Milo yang cukup mudah nak buat tapi sedap. Pasti memikat selera anak-anak. Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋
RESEPI PUDING OREO MILO FY
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram
Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut
Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍
Dengan perkembangan teknologi kini, segalanya boleh didadapti hanya di hujung jari sahaja. Cukup mudah dan menjimatkan masa. Namun, jika tidak dikawal boleh mengundang masalah pada pengguna.
Demikian yang dikongsikan oleh seorang wanita bila mana anak saudaranya yang masih kecil lagi ‘memesan’ pelbagai makanan menerusi aplikasi Foodpanda.
Apa yang memeranjatkan wanita ini adalah jumlah yang perlu dibayar ‘bukan biasa-biasa’.
Kisah ini dikongsikan oleh Cik Miya Azira menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini?. Walaupun lucu, tapi peringatan buat ibu bapa juga ni agar anak-anak tidak sewenang-wenangnya menggunakan aplikasi di dalam telefon tanpa kebenaran atau pengetahuan orang tua.
Alkisah last week punya cerita. Anak sedara sy, main handphone sy, then die order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dlm phone bukan auto order. Kalau x, RM1800++ makanan sapai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza. Edited : pesanan utk ibu bapa sekalian..hati hati dgn anak vs apps food panda..ada yg cod je..hehehe.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, kegembiraan rakyat Malaysia berganda apabila pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, Mohamad Sofian Abdullah atau leboih dikenali sebagai Sofyank telah dinobatkan sebagai juara Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jika sebelum ini, Sofyank memukau kita semua dengan video-video magisnya, kini beliau berjaya memukau para juri ‘Is This The Next Zach King?’ yang merupakan acara bulanan yang di anjurkan sendiri oleh Zach King.
Tiga juri terbabit adalah Kelli, Wren dan pengacara rancangan Mythbuster iaitu Adam Savage.
Selain Sofyank, pertandingan ini turut disertai oleh 2 lagi peserta iaitu Eva dari Belanda dan Brandon dari London yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri serta idealogi yang kreatif.
Menceritakan detik menyertai pertandingan ini, Sofyank berkata;
“Saya teruja ketika melakukan cabaran akhir iaitu menghasilkan satu video dalam masa empat jam. Saya menggunakan buah epal dan cermin sebagai alat peraga dan merakamnya di dapur saja.
“Namun ketika proses suntingan saya rasa sedikit tekanan kerana merasai yang saya tidak memberi yang terbaik sewaktu penggambaran.”
Bagaimanapun katanya, dia terkejut dan terharu apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dan tidak menolak elemen kejutan apabila cermin bertukar menjadi kek yang memberi keterujuaan apa yang berlaku membawa pada kemenangan itu.
“Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dan boleh dianggap berganda kerana menang dan dapat merealisasikan impian bertemu Zach di LA,” katanya.
Sofyank berkata, dia menganggap dirinya sebagai wakil negara dalam menyertai pertandingan itu dan mengakui gembira dapat membawa sesuatu yang membanggakan nama negara dengan bakatnya itu.
“Saya anggap kemenangan ini untuk semua orang yang selalu mengikuti dan menyokong video saya kerana bagi saya tanpa mereka saya tidak akan dikenali sehingga ke tahap ini, malah Zach juga tidak akan kenal saya.