Personaliti media sosial, Intan Salleh kongsi gambar famili, gelagat anak ketiga curi perhatian warga maya. Intan nampak cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak.
Personaliti Media Sosial, Intan Salleh Kongsi Gambar Famili
Nanti dah besar biar dia tengok muka dia nangis tu.
Now we are 6 alhamdulillah .. semoga keluarga kecil kita terus dikurniakan kasih sayang, iman dan kekuatan untuk membesarkan mereka di jalan yang diredai..Amin..- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun.
Solat tarawih andai dapat ditunaikan secara berjemaah di masjid tentu lebih seronok dirasakan, tambahan pula ketika mendengar bacaan ayat-ayat suci daripada imam yang cukup merdu kedengarannya. Cukup menenangkan dan menyentuh hati. Kalau boleh setiap hari kita mahu berjemaah bersama-sama di masjid bagi mengimarahkan lagi amalan di bulan Ramadan ini.
Namun, jika ada halangan seperti kurang sihat atau anak masih kecil usahlah kecewa andai tidak dapat menghadirkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Hakikatnya, solat tarawih ini boleh dilakukan secara bersendirian di rumah dengan bacaan-bacaan tertentu yang mudah untuk dilaksanakan.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Yatie Eimra ketika mengandungkan anaknya dahulu dan cara untuk menunaikan ibadah ini telah dikongsikan olehnya untuk manfaat bersama.
SOLAT TARAWIH SECARA SENDIRIAN
Mak-mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau ataumasjid, bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni. Saya ambil ni dari buku solat-solat sunat kepunyaan mak saya. Cara solat tarawih ini memang ringkas dan sangat mudah nak buat (tasbih & selawat hanyalah sunat).
Seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi mak saya suruh ikut cara tarawih dalam buku ni bila tak ke surau. Almaklum lah, arwah ayah dah takde sejak kecil, adik-beradik yang ada kat rumah pun perempuan je. Bila 2-3 orang datang bulan serentak, dah tak dapat nak pergi surau. So belajarlah buat solat tarawih sendiri kat rumah masa tu.. Even masa mengandungkan Fydh dulu pun, alhamdulillah saya dapat buat solat tarawih setiap hari. Tertinggal sehari jer sebab dah bersalin.
Bukan setakat mak-mak, anak-anak remaja yang baru nak belajar-belajar solat tarawih pun boleh buat cara ni kalau tak berkesempatan ke surau/masjid. Mak-mak jangan jadikan alasan tak dapat pergi surau/masjid tak boleh buat tarawih.. Ramadan setahun sekali jer, jomlah kita tambahkan amalan.
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam*
Ekstra Tip : ?disebabkan solat tarawih ini dilakukan secara sendirian, lebih mudah jika baca surah Al-Ikhlas pada setiap rakaat ke-2 supaya tak mudah keliru/lupa bilangan rakaat.
?doa pendek juga merupakan amalan sunnah sahaja sebagai waktu berhenti/selingan (maksud tarawih adalah beristirehat — berhenti seketika supaya solat tarawih dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang dan bukannya tergesa-gesa)
?sangat disarankan baca doa pendek ini kerana mengandungi doa ‘afuw di dalamnya. Sebaik-baiknya doa ‘afuw di dalam doa diulang sebanyak 3x.
Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai. Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil.
Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah dengan tanah liat bagi menghalang air banjir memasuki ruang rumahnya.
Difahamkan penghadang banjir itu adalah ideanya sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
Kepingan papan digunakan sebagai penghadang dan kemudiannya diletakkan tanah liat di sekelilingnya bagi menghalang air banjir separas buku lali.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
“Selamatlah daripada mengemop lantai.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu,” kongsinya menerusi video.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Menerusi ruangan komen, tidak kurang warganet bertukar-tukar pendapat memberikan idea menggunakan material lain yang lebih kuat seperti silikon.
Tak kurang juga yang sudah mencubanya dan berpuas hati dengan hasilnya kerana air tidak masuk ke dalam rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita renungkan, tiada siapa yang boleh menolak takdir jodoh. Jika Allah sudah takdirkan, maka ia pasti berlaku.
Lebih-lebih lagi dari aspek perbezaan umur pasangan, jurang umur antara pasangan mungkin menjadi buah mulut orang ramai. Namun, tahukah anda apakah yang menyebabkan golongan wanita lebih menyukai lelaki yang berusia berbanding dengan lelaki yang muda?
Kalau nak tahu, ini 6 sebab wanita lebih menyukai lelaki yang berusia berbanding lelaki yang muda atau sama umur.
1. Stabil Dalam Ekonomi Dan Kerjaya
Lelaki yang berusia biasanya lebih stabil dari segi ekonomi dan kerjaya berbanding lelaki yang berumur 20-an. Mereka memiliki masa yang cukup untuk mengukuhkan kewangan diri dan kerjaya kerana telah lama bekerja. Tidak seperti lelaki yang muda, kebanyakan daripada mereka mungkin baru habis belajar dan masih terumbang-ambing dalam membina kerjaya.
Di samping itu, kadar pengangguran negara sekarang juga semakin meningkat. Malah, kebanyakan yang menganggur adalah terdiri daripada golongan graduan yang baru habis belajar (sumber menurut Jabatan Perangkaan Malaysia). Ini menjadi sebab yang munasabah bagi golongan perempuan untuk memilih lelaki yang bekerjaya dan stabil dari segi ekonomi.
(Kadar pengangguran golongan graduan adalah tertinggi berbanding dengan lain-lain tahap pendidikan)
2. Berpandangan jauh ke depan
Lelaki yang berusia memiliki pemikiran yang memandang jauh ke hadapan. Pengalaman yang mereka miliki akan digunakan sebaik mungkin termasuklah dalam soal menguruskan diri dan bakal rumah tangga mereka. Sifat ini merupakan antara ciri-ciri pemimpin keluarga yang baik dan menjadi impian setiap wanita kepada bakal suami mereka.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829)
3. Matang
Faktor yang ketiga menjadi perhatian wanita adalah sifat matang daripada lelaki yang berumur. Semakin bertambahnya umur, seseorang lelaki itu akan jauh lebih matang dan lebih bijaksana dalam mengharungi hidup.
Sifat matang ini amat penting bagi seorang lelaki yang akan memimpin rumah tangga kerana merekalah yang akan membuat keputusan penting. Keputusan yang dibuat seharusnya bukan bersifat emosi yang meledak semata-mata. Kematangan seorang lelaki yang berumur pasti akan menarik hati golongan wanita muda.
Lelaki yang berusia juga memiliki persona yang tersendiri. Ia sangat berbeza dengan lelaki yang muda. Ramai wanita yang tidak suka dengan tindakan kasar dan emosional lelaki muda. Lelaki yang berusia lebih romantik dan penyayang.
Contoh yang paling dekat dengan kita adalah kisah Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aisyah R.A. Beza umur antara Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aisyah R.A. adalah sangat jauh namun baginda tetap romantik terhadap isterinya. Bahkan terdapat satu kisah yang popular iaitu kisah Rasulullah S.A.W. berlumba lari dengan Saidatina Aisyah R.A. yang diriwayatkan oleh At-Tabrani:
Suatu hari Rasulullah S.A.W. berlumba lari dengan Saidatina Aisyah R.A. dan Saidatina Aisyah R.A. menang. Saidatina Aisyah R.A. bercerita, “Nabi S.A.W. berlari dan mendahuluiku (namun aku mengejarnya) hingga aku mendahuluinya. Tetapi, tatkala badanku gemuk, Nabi S.A.W. mengajak lumba lari lagi namun beliau mendahului, kemudian beliau mengatakan, “Wahai Aisyah, ini adalah balasan atas kekalahanku yang dahulu.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
5. Lebih menghargai
Suatu perbezaan yang biasa kita lihat antara seorang lelaki muda dan lelaki yang berusia adalah mereka lebih menghargai wanita. Lelaki yang berusia dan telah hidup lama memahami wanita jauh lebih baik berbanding lelaki yang muda.
Sebagai contoh, mereka akan melayan dan menjawab dengan baik pertanyaan wanita seperti “Sayang, saya gemuk tak?” atau “Sayang, saya cantik tak?”. Soalan-soalan seperti ini, walaupun kecil pada lelaki, ia merupakan perkara yang sensitif bagi seorang wanita.
6. Ada karisma
Mempunyai aura dan karisma juga merupakan ciri-ciri lelaki idaman wanita. Karisma ialah satu perwatakan yang tidak boleh dibuat-buat. Karisma merupakan sifat penarik seseorang individu yang berupaya mempengaruhi dan menjadi contoh kepada orang ramai. Kebanyakan lelaki yang berusia mempunyai aura ini. Sebagai contoh, ramai wanita muda pada hari ini yang berkahwin dengan lelaki berusia yang mempunyai pangkat ‘Dato’ dan mempunyai pengaruh dalam dunia perniagaan dan usahawan.
Ini merupakan enam senarai sebab wanita lebih menyukai lelaki yang berusia mengikut pandangan peribadi saya. Mungkin anda yang membaca mempunyai pandangan yang tersendiri tentang isu ini. Berkahwin dengan pasangan yang berusia ataupun tidak bukanlah suatu masalah yang besar. Jika itu jodoh kita, pasti ada hikmah yang Allah S.W.T. telah sediakan untuk kita. Untuk yang belum bertemu jodoh, bersabar dan teruslah berusaha.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...