Bila ada antara kita melihat orang perempuan yang telah berumur namun masih bertenaga dan solid tubuh badannya tentu kita tertanya-tanya dan ingin tahu apa petua atau amalan yang dilakukannya.
Contohnya seperti perkongsian daripada Noor Azlina ini yang mendapat petua kesihatan daripada wanita cina yang berumur 60 tahun, namun fizikalnya cukup bertenaga dan cergas.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya dan bolehlah kita juga amalkan untuk mendapatkan khasiatnya. Jom semak.
Penawar untuk kencing manis, darah tinggi, buang angin dan kempiskan perut buncit
Sebenarnya resipi ni dapat dari sorang auntie cina masa hiking bukit hari tu. Umur dah lebih 60 tak ada penyakit pun sihat cergas jer. Seminggu 3,4 kali dia wajib minum. Sebab tu perut dia tak buncit. Jarang katanya sakit perut sebab angin dan sembelit.
Ads
Pastu resepi ni dia bagi sorang mak cik Melayu ada darah tinggi. Makcik tu amalkan setiap hari darah tinggi turun, tekanan darah pun cantik jer. Pastu dia cakap lagi biasalah bahan tradisional ni memang tak ramai buat sebab kena rajin. Rasa pun tak sesedap air fresh oren. Tapi kalau amal selalu memang berkesan.
Ina balik rumah selang seminggu dua, baru teringin nak buat..Eh betul cakap dia perut tak angin, rasa ringan je perut.. Lawas membuang mungkin sebab ada asam keping tu elok membuang. Buat banyak agak-agak boleh minum untuk seminggu. Sedap tau air dia..wangi daun pandan tu.
Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah. ❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami. ❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini. ❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015. ❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga. ❌Tiada baju branded juga buat anak-anak. ❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1 Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2 Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3 Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
Teringin nak makan kerabu Kaki Ayam yang ssangat mudah dan sedap? Resipi ini antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun simple sahaja.
Dengan kombinasi rasa masam, manis, pedas dan manis pasti membuka selera. Makan ratah begitu aje pun sedap.
Gerenti lepas ni akan buat lagi, tak perlu dah beli juadah ni kat kedai. Buat aje di rumah, senang sangat!
Haritu ada yang minta resepi Kerabu Kaki Ayam kan? Mudah je gais nak buat Kerabu Kaki Ayam ni. Zas zas zas dah siap boleh dimakan. Boleh ratah sampai puas. Ini cara masak dan bahan yang diperlukan: ▪️Bersihkan dan potong dua kaki ayam dan rebus bersama sedikit garam, rebus hingga masak dan lembut. Boleh juga buang tulang kaki ayam jika mahu.
BAHAN-BAHAN KERABU: ▪️1 biji bawang besar – dihiris nipis *dalam gambar ni Aten buh bawang merah sebab bawang besar habis* ▪️10 biji cili api – hiris bulat nipis dan boleh lebihkan jika nak lagi pedas. ▪️2 biji tomato – dihiris ▪️2 batang serai – dihiris nipis ▪️1 biji limau nipis – perahan jus ▪️3 sudu makan sos ikan ▪️1 1/2 sudu makan gula ▪️1 pokok daun sup – dihiris halus ▪️Daun ketumbar – dihiris halus ▪️Suhun – direndam terlebih dahulu
CARA PENYEDIAAN:
Kemudian gaulkan bahan-bahan kerabu bersama kaki ayam yang telah dimasak. Boleh masukkan sedikit air untuk kuah. Sedikit sahaja. Siap! Disclaimer: Jika kaki ayam banyak, boleh lebihkan sedikit bahan-bahan sehingga dapat rasa yang sedap yang secukup rasa.
Sumber :Noor Fathin azlan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.