Menu babat atau perut lembu, sedap memang sedap rasanya bagi yang menggemarinya. Tapi bila mengetahui proses dan cara untuk penyediaannya bukanlah semudah yang disangka, maka sebab itu juga tidak ramai yang mahir untuk menyediakan menu tradisi ini.

Pun begitu, andai ada yang ingin mencuba menyediakan hidangan babat dengan melakukan sendiri proses membersihkan perut lembu bermula dari dicuci hingga selesai dimasak, dirasakan info yang dikongsikan ini dapat membantu.

Jom semak.

Ada yang tanya saya,macam mana saya cuci perut lembu a.k.a Babat, Yang saya masak Lemak Cili Padi tadi….Macam ni lah keadaan perot yang belum di kikis,memang hitam…

Perut Lembu Putih Bersih Jadinya Kalau Buat Ikut Cara Wanita Ni Kongsikan!

Ada orang suka makan perot hitam,ada orang suka perot putih..macam saya memang tak reti makan perot hitam, citarasa masing-masing kan.

Caranya, saya rendam dengan air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu sahaja),lepas tu kikis sampai bersih…Nak kikis tu memang kena sabarlah ye, sabar tahap Musang berjanggut..Benda sedap memang susah nak keje kan…hihi…

IKLAN

Perut Lembu Putih Bersih Jadinya Kalau Buat Ikut Cara Wanita Ni Kongsikan!

Cara-cara pembersihan/merebus

  1. Rendam dalam air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu) dalam 30min-1jam
  2. Lepastu bersihkan buang yang hitam-hitam.
  3. Lepastu cuci dengan air limau untuk hilang bau…Dah bersih siap.
  4. Lepas tu rebus sekejap, untuk memudahkan proses pemotongan…
  5. Dah siap potong,rebus semula sampai empuk, letak sikit hirisan halia…macam ni cara saya buat,insyallah bau pon tak ada ya…..

Resepi Masak Lemak Cili Padi Perot lembu dan Rebung

Perut Lembu Putih Bersih Jadinya Kalau Buat Ikut Cara Wanita Ni Kongsikan!

IKLAN

Bahan-bahan:

Perut lembu (dibersihkan,direbus dan dipotong)
1 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
1 inci Kunyit hidup~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu,kalu malas kau blend jek🤣🤣
1 inchi asam gelugor
1 batang serai (dititik)
20-25 biji cili padi
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

IKLAN

1. Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing.

2. Masukkan perut lembu yang dah dipotong…Masukkan bahan ² yg dah ditumbuk/blend

3. Masukkan santan cair ke dalam periuk dan. Kemudian masukkan serai yang dah dititik, dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih.

4. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan ,kacau ye,supaya tidak pecah minyak. Tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!

TIPS: Semasa merebus perut lembu, masukkan halia sekali untuk hilangkan bau.

sumber : CikPuan Julie Raja Iskandar via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI