Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa. Selain melibatkan perubahan kehidupan, tubuh anda juga turut berubah dari masa ke masa.

Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras. Memasuki trimester ke-3, iaitu waktu menghampiri tempoh bersalin, perut ibu akan menjadi keras.

Tetapi anda perlu tahu, keadaan perut mengeras semasa hamil juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama dan kedua. Apa sebabnya perut jadi mengeras? Adalah ia petanda kandungan bermasalah?

Perut Sakit Mengeras Macam Nak Bersalin, Ketahui Sakit Berbeza Setiap Trimester!

Berikut adalah beberapa punca situasi perut mengeras ketika hamil mengikut trimester:

Trimester pertama
Dalam trimester pertama, antara minggu 1 hingga 12, terdapat 3 sebab untuk perut mengeras ketika hamil:

* Regangan
* Kembung
* Dalam kes jarang berlaku, keguguran

Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan. Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan.

IKLAN

Bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan. Kesemua pergerakan itu boleh menyebabkan perut sakit, berasa sesak dan kekejangan.

Perut Sakit Mengeras Macam Nak Bersalin, Ketahui Sakit Berbeza Setiap Trimester!

 

Trimester Kedua
Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.

Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak. Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit.

IKLAN

Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

Jumpa doktor secepat mungkin!
Jika terdapat gejala perut mengeras semasa hamil di bawah, maklumkan kepada doktor. Ini kerana ia mungkin petanda kelahiran pramatang:

* Kontraksi kuat dan jarak rapat
* Rasa sakit kontraksi tidak reda dengan rehat atau selepas minum air
* Ada cecair keluar daripada faraj
* Berlaku pendarahan faraj

Perut Sakit Mengeras Macam Nak Bersalin, Ketahui Sakit Berbeza Setiap Trimester!

Trimester Ketiga
Pada trimester ketiga, Braxton-Hicks akan membuatkan perut mengeras. Pun begitu bagaimana membezakan Braxton-Hicks atau kontraksi sebenar?

IKLAN

Biasanya sebarang perubahan kedudukan, minum segelas air atau berjalan dengan perlahan boleh melegakan Braxton-Hicks.

Kontraksi palsu
* Kadar intensiti dan kekerapan tidak teratur
* Tidak selesa
* Boleh dihilangkan dengan rawatan dari rumah seperti berbaring
* Tiada tanda lain untuk melahirkan anak

Kontraksi sebenar
* Jarak kontraksi semakin dekat dan bertambah kuat
* Rasa amat menyakitkan
* Sebarang rawatan di rumah tidak membantu melegakan
* Disertai dengan tanda untuk melahirkan lain

Tanda anda bakal bersalin yang lain adalah:
* Sakit bahagian belakang atau kekejangan yang berterusan
* Air jernih mengalir keluar daripada faraj – petanda air ketuban telah pecah
* Keputihan disertai darah

Dapatkan pemeriksaan doctor segera jika ibu sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin atau mengalami masalah keras perut yang berbeza.

Menarik:  Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI