Air yang dicincang tak akan putus, begitulah perumpamaan hubungan adik beradik. Tak kiralah berlaku salah faham dan pergaduhan dalam adik beradik, hubungan kekal ada dalam sebuah keluarga.
Begitu juga ada adik beradik bermasam kerana berebutkan harta pusaka. Sebagaimana perkongsian ini memberi peringatan bahawa adik beradik sentiasa menjaga hubungan adik beradik.
Pesan kat adik-beradik kita. Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset.
Bagi ada harta dgn nama sendiri..
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..
Ads
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² “hak” kita…
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?
Ads
USAHA SENDIRI KUMPUL HARTA
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka..
Ads
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”..
Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Sumber: Shahros
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kerjaya seorang doktor dan petugas-petugas kesihatan ketika berlakunya penularan wabak covid-19, diakui cukup mencabar dan merbahaya. Namun demi tanggungjawab, semua itu ditempuh demi orang ramai.
Pun begitu, kita sebagai orang awam sepatutnya bantulah petugas-petugas kesihatan ini, ringankan beban mereka dengan patuh arahan kerajaan untuk duduk diam di rumah bagi tujuan mengurangkan penularan virus.
Hal yang sama juga dikongsikan oleh saudara Azizul ini bagi menyeru lebih ramai antara kita dapat membantu mereka.
BANTULAH MEREKA INI?
Mereka tidak diberikan cuti lagi, mereka terus bekerja.
Jiran saya juga seorang Doktor pakar, pagi tadi masih hidupkan kenderaan dan berangkat ke hospital bertugas.
“Kerja pagi nie Dr Azlina?” Tegur saya sekadar berbasa basi dipagar rumah.
“Macam nielah kami Zul”.
Mereka ada tanggungjawab yang besar, ia bukan soal gaji atau imbuhan. Ia soal sumpah kedoktoran yang mereka pernah ikrarkan.
Mereka patuh untuk menjaga kesihatan kita semua. Bantu mereka dengan ;
1. Kekal duduk dirumah dengan baik.
2. Jangan ada impian pulang ke kampung halaman.
3. Jangan sebarkan berita yang tak pasti.
4. Jangan sesekali kondem kerja sesiapa pun, ini bukan masanya nak kritik sesiapa.
5. Jadilah positif dalam keadaan sekarang. Wabak ini benar benar bahaya.
6. Motivasikan diri dan rakan rakan dengan kata kata yang baik dan sihat dimedia sosial.
7. Keluar dan tinggalkan whatsapp sekolah yang tak habis kerja kritik kerja orang sahaja. Keluar.
8. Solat jemaah dengan keluarga kita, inilah masa berbaik.
9. Bacalah Quran atau satu buku, satu bab sehari, cabar 14 hari berapa buku boleh dibaca.
10. Banyakkan berdoa, bukan untuk keluarga dan diri kita saja. Tetapi buat semua pegawai perubatan, kakitangan KKM yang bertarung dengan virus yang tak nampak dengan mata ini.
“Ya Allah, peliharalah kami semua dan semua yang bertungkus lumus membantu agar ummat Nabi Muhammad ini masih kekal bernyawa”.
Suasana sayu dan pilu menyelubungi majlis pengkebumian anak bongsu pasangan selebriti, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang meninggal dunia semalam.
Jenazah anak kecil itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini pada jam 9.30 pagi tadi.
Difahamkan anak pasangan itu, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees yang baru berusia 6 bulan meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di Taman Sri Pulai di sini kira-kira jam 1 petang pada Selasa.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari yang merupakan anak ketujuh Ayu dan Zaquan.
Terdahulu, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Kredit: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melayari bahtera perkahwinan tidak semudah disangka. Bergelar isteri atau suami bermakna ada tanggungjawab yang berat sudah sedia menanti.
Bahkan perlu juga tahu setiap pasangan mempunyai hak-haknya yang tertentu dan bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fahmi Ramli, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam untuk panduan bersama.
1. Tempat tinggal asing & selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. Belanja utiliti rumah
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
❤️ Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.