Usahawan, Shuib tampil mendedahkan keadaan anak bongsunya, Ayash Affan yang rupanya mempunyai masalah pada bahagian kanannya.
Akui Shuib, tangan anaknya itu kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di akaun Tik Toknya bersama Ayash.
Tambah Shuib lagi bukan hanya tangan kanan bahkan ketika dilahirkan, Ayash tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan oksigen dah itu turut memberi kesan kepada perkembangan otak serta fizikalnya.
Ads
“Ramai yang bertanya pasal tangan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru, barulah dia boleh bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa berfungsi,” katanya berkongsi.
Ads
Tambah Shuib lagi, bukan hanya tangan kanan anaknya itu yang sentiasa dalam keadaan menggenggam bahkan sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu.
Bapa kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun amat bersyukur melihat perkembangan Ayash yang semakin baik.
Ads
“Tapi sekarang alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu dia banyak genggam tangan, sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat menyenangkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayash terpaksa dilahirkan lebih awal kerana Allahyarhamah Siti Sarah yang terpaksa ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat Covid-19.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau percutiaan ‘last minute’ pelakon aksi lasak ini telah membawa keluarganya ke luar negara. Sememangnya keluarga bahagia pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering meriah tumpuan wargamaya.
Terbaru menerusi Instgaram milik Hairul Azreen memuatkan naik beberapa keping foto menunjukkan percutian keluarganya.
Hairul memuatnaik foto percutiannya bersama isteri tercinta Hanis Zalikha dengan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Last min plan untuk family. MashaAllah cantiknya view ni.
Pelakon aksi ini menjelaskan ia sebuah percutian tanpa dirancang. Perancangan saat akhir untuk membawa keluarganya bercuti ke luar negara.
Bagaimana pun lokasi percutian dinyatakan. Namun ramai wargamaya menduga lokasi percutian mereka adalah New Zealand.
Manakala menerusi akaun TikTok Hairun, dia menjelaskan ia sebuah percutian luar negara buat pertama kali selepas pandemik.
“Pertama kali kami terbang ke luar negara selepas tiga tahun! Waktu untuk percutian keluarga dan akan ada salji yang menyeronokkan.”
PLAN SAAT AKHIR PUN WOW!
Menunjau ruangan komen, ramai yang teruja dengan percutiaan saat akhir keluarga ini. Malah ada yang berseloroh mengenai percutian pasangan selebriti ini. Pastinya ramai kagum dengan percutian mewah keluarga ini.
Sejak akhir-akhir ni ramai yang berminat terhadap barang kemas. Mana taknya harga emas sekarang semakin tinggi.
Tapi nak beli emas ni kena ada ilmu. Emas ni banyak jenis. Ada juga emas jenis padu dan kosong. Hargapun lain-lain.
Jom ikuti perkongsian ini.
EMAS KOSONG . EMAS PADU
tahan ke tak tahan?
“Baru je beli dua tiga hari, dah rosak, putus, hancur”…
Harga emas sekarang dah la mahal. Takdan puas pakai, rosak pulak.
Eh, emas dari zaman nenek moyang kita memang sedia MAHAL la gaisss. Bila kita dah beralih zaman kepada 5 hingga 10 tahun, baru la kita akan sedar emas dulu murah daripada harini 🥱
Pemakaian EMAS ni tak kira la dia KOSONG atau PADU, kita sendiri kena tengok balik macam mana cara kita pakai. Bila dah terjadinya kerosakkan pada emas kita pakai tu, memang kita TAK AKAN mengaku punya salah kita. Kita akan salahkan apa saja yang ada disekeliling pada waktu tu. Ataupun kita akan terus salahkan penjual, menjual barang yang tak berkualiti. Sedih je si penjual. Esoknya penjual tu terus resign serta merta kerana dicerca dan dimaki bertubi-tubi.
EMAS KOSONG :
TAK BOLEH pakai lasak, basahan, lenjan setiap masa. macam mana dikatakan lasak?
– kalau tidur jenis memang tak berapa nak sedar melibas sana sini, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. dikuatiri tersangkut kelambu, selimut, kain dan bebenang.
– kalau suri rumah, bila buat segala aktiviti harian seperti basuh pinggan mangkuk, cuci tandas, mop lantai, main merangkak-rangkak dengan anak kecik, bercucuk tanam di halaman rumah, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. semua aktiviti tu sedikit sebanyak akan beri kesan pada emas dipakai. contoh akan kemek, patah, bengkok dan lagi teruk putus jahanam terus.
sudahnya asyik buka je, bila boleh pakai? pakai la bila dah bersiap2 nak keluar pergi dating atau makan malam diluar bersama suami atau rakan-rakan. pakai la bila ada majlis port-luck dengan jiran tetangga. pakai la bila masa anda rasa, tak berbuat apa-apa pada hari tu, duduk saja goyang kaki lagak orang kaya. duk saja pun putus, patah? tak tau la saya nak cakap apa lagi. emas tu tak suka atau ‘taktahan’ la kot ada kat badan anda rasanya. kah kah kah.
EMAS PADU :
boleh pakai belasahan harian, lenjan setiap
masa. tapi kalau sama je jenis kat atas tu, dinasihatkan buka la. jangan terkejut, EMAS PADU 10gram pun ada yang pakai seminggu, putus. dah, penjual jugak disalahkan lagi.
jadi.. nasihat saya selaku LELAKI yang menjual emas dan tak boleh pakai emas..
EMAS TU TAHAN ATAU TIDAK?
tengok balik diri kita sendiri sesuai ke tidak nak pakai emas pada waktu dan ketika tu. kalau rasa2 ia akan mendatangkan kemudaratan pada emas kita pakai, BUKA LA. tak payah pakai. tapi kalau nak lenjan pakai jugak, PAKAI jela. rosak beli lain.. asalkan jangan bising
Tapi ada lagi satu nasihat saya.. walaupun emas tu dah rosak, simpan la dalam masa 5 tahun ke atas sekiranya anda nak lihat keuntungan. Sekiranya baru je beli seminggu dua, nak jual semula.. sesungguhnya memang anda kerugian. Tak kisah la baru beli sehari ke dua hari, sekiranya emas sudah rosak, tidak akan ada manusia nak beli balik seperti harga semasa baru dibeli. Tapi, mujur la jugak emas ni laku walaupun hancur lebur sekalipun kan.
Saya nasihat ni sebab saya simpati kepada pembeli yang alami masalah seperti di atas. Ye saya tahu, susah kumpul duit untuk beli seketul EMAS. MAHAL pulak tu. Baru je beli rosak pulak. Ralat tak habis-habis. Rujuk kembali nasihat saya seperti di atas. Boleh ikut kiranya bermanfaat.
Dan akhir kata.. EMAS tak salah. saya dan kita semua yang salah. tolong jangan kecam saya, saya hati tisu
Selepas enam hari melahirkan, Pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya semalam.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.
Biarpun awal-awal kelahiran, Farah enggan mendedahkan wajah bayi sulungnya itu, namun, dalam perkongsian tersebut dia berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang tembam.
“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” katanya berseloroh.
Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di