Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. 8 tahun membina rumah tangga bersama, namun rezeki untuk menimang si kecil bernama anak masih belum ada. Begitu pun pasangan suami isteri ini cukup reda dan terus sabar menanti.
Terbaru Achey Bocey, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahya telah mengambil seorang anak angkat perempuan.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu nyata memberi kegembiraan dan sinar buat pasangan ini.
Ads
Ringan tulang bantu isteri
Sifat penyayang dan penuh keibubapaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya. Apa lagi bila Achey sendiri sangat rajin dan ringan tulang membantu isterinya.
Ads
Nyanyi lagu untuk anak
Terbaru dia memuatnaik video mencuci pakaian si kecil sambil menyanyi. Pelbagai reaksi pengikut dilaman instagramnya. Rata-rata memuji dan tak kurang ada yang sebak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Achey.
Perkongsian video pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang berkongsi perihal suaminya, Raja Syahiran yang prihatin malah mengambil berat dirinya ketika pulang dari hospital mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, menerusi video yang dikongsikan itu, Raja Syahiran dilihat menampal satu nota berbunyi, ‘Sorry Slow Wife Czer” di belakang keretanya bimbang tindakannya membawa kereta terlalu perlahan mengundang rasa tidak senang hati kepada pengguna jalan raya lain.
Uyaina yang selamat melahirkan bayi keduanya pada Sabtu lalu turut menzahirkan penghargaannya pada suami yang menjadi penguatnya malah sentiasa di sisi.
“Uyaina doakan untuk setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak, tak kisahlah secara normal atau caesar, dapat pulih semula dalam keadaan yang selesa, disayangi & ada support system yang kuat.
“Sebab sakit selepas melahirkan ni tak leh nak describe. Especially that first walk to the toilet. Ingat pun boleh nangis.
“To my @rajasyahiranmy, thank you for taking care of me. I love you,” tulisnya.
Sabtu lalu, Uyaina dan suami berkongsi perkhabaran gembira atas kelahiran anak kedua mereka yang belum dikongsikan nama dan wajahnya.
“Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi,” tulisnya menerusi kapsyen.
Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Bukan mudah menerima kenyataan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya sekelip mata sahaja. Bukan tidak reda namun hati belum boleh menerima sepenuhnya. Lebih memilukan bila mana anak-anak kecil yang belum mengerti mula bertanyakan di mana ayahnya.
Inilah situasi yang dialami oleh seorang wanita bila mana suami yang disayang dijemput Ilahi. Pemergiannya yang secara tiba-tiba akibat penyakit strok ternyata memberi impak pada isterinya yang dikenali sebagai Norashikin M. Nor .
Tabahkan hati balik ke rumah. Banyak hal perlu diuruskan. Dedobot sampai-sampai terus mintak nak baring. Selesa dapat tido kat rumah sendiri. Lena nampaknya, malam tadi terganggu betul tidur dua beradik ni.
Asyik bangun meracau and merengek-rengek malam itu. Kakak Khayla berpesta dengan mainan dia. Tapi pagi-pagi lagi dah tanya mana Papa? Tak mahu makan minum asyik termenung. Mama jadi blur tiba.
Pukul 2 pagi masih terbayang lagi susuk tubuh Papa Muhammad Khairul Abdullah tiba muncul di depan pintu bilik. Dia mengadu mulut susah nak bergerak, badan dah cramp. Tak sampai seminit dia mengogoi, terus rebah tak boleh bergerak. Mengiringkan dia ke sisi, terus muntah segala isi perut.
Tanpa berlengah terus call ambulans and maklumkan adik ipar. Sambar dokumen penting, bergegas buka segala pintu dlm keadaan kaki yang masih menggigil. Dedobot ketakutan tengok keadaan papa, melalak tak berhenti-henti. Ambulans sampai terus ke hospital ditolak masuk ke zon merah. Doc sahkan serangan stroke akibat tekanan darah tinggi. Terpaksa di koma untuk elak keadaan jadi bertambah parah.
Selepas CT scan, ada ketulan darah besar di dalam teras otak betul-betul di belakang tengkuk (tempat selalu papa ngadu sakit). Tiada rawatan or pembedahan boleh dibuat. Boleh on-tube utk 2 minggu lagi tapi pengakhirannya tetap sama. Enggan menyeksa, dengan berat hati terpaksa buat keputusan melepaskan papa pergi perlahan-lahan. Papa rupanya mahu berjumpa Yang Maha Esa di sisi anak2 and keluarga tercinta.
Masakan terakhir untuk suami
Dalam satu page masakan, wanita ini berkongsi masakan terakhir untuk suaminya.
Kenangan masakan terakhir saya buat suami tercinta Muhammad Khairul Abdullah, minggu lepas sebelum terjadinya perpisahan abadi kami. Sedap atau tak, selalunya dia makan saja apa yang saya hidangkan tanpa banyak soal. Dah takde lagi orang nak mengadu lapar and bertanya saya masak apa hari ni.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu. “Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia (rahmati) dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia”. Amin Allahumma amin.
Bahan-bahan:
5 ketul ayam, dicuci bersih
Setgh cawan kicap lemak manis
2 camca besar cuka makan
1 camca besar minyak bijan
2 camca besar gula perang
3 inci halia, dihiris halus
1 ulas bawang putih, dicencang
Sedikit tepung jagung
Cara membuatnya:
1. Campurkan kicap, cuka, minyak bijan, gula perang, halia n bawang putih ke dlm sebuah bekas. Kacau rata n asingkan sedikit utk memerap ayam.
2. Perap ayam menggunakan campuran tadi minimum setgh jam. Kemudian panggang ayam di dlm airfryer atau oven sehingga ayam masak. Boleh juga grill di atas kuali non stick n tutup.
3. Sementara itu, sediakan sos teriyaki dgn menggunakan baki campuran kicap. Tambah sedikit tepung jagung bertujuan memekatkan lagi sos. Panaskan sebentar di atas api.
4. Salut atau glis ayam panggang dgn sos teriyaki n tabur bijan sangai sebagai hiasan. Jika mahu pedas, tambah hirisan cili api semasa memasak sos. Sedia dihidangkan bersama nasi putih and sayur celur.
Terima kasih atas semua doa, harapan and ingatan yg dititipkan. Buat Papa yang disayangi semua…bersemadilah dengan aman di sana. Moga rohmu dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Curahan kasih sayangmu akan diingati buat selamanya. Amin yarabbalalamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuasa doa bagi kita orang Islam memang hebat kerana kita yakin Allah adalah tempat pergantungan yang Maha Agung. Keyakinan berdoa ini hakikatnya mempunyai potensi besar dalam mengubah segalanya.
Pun begitu, dalam kita berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh yakin seban waktu, tahukah anda sebenarnya cara kita berdoa juga mempengaruhi apa yang kita perolehi?
Melalui posting Puan Sarah Bakhtiar ini ada menjelaskan dengan tukar cara berdoa melalui 6 formula ini, INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..
Formula 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.
Formula 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
” Ya ALLAH *kurniakanlah* aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut *beri* maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut *kurnia*, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
Formula 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,
” semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Formula 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
“Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
Formula 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
“Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’
Formula 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
“Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.