Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.
Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak dengan menggunakan garam. Jom baca ni.
Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘
Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.
Ads
1. GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.
2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Ads
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
Ads
5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar perkhabaran pelakon yang satu ini. Selepas berkahwin dan mendapat cahaya mata, Linda Hashim lebih selesa memberi tumpuan kepada anak-anak yang masih kecil sehinggakan sanggup mengorbankan minat dalam bidang seni.
Namun kini, selepas hampir empat tahun menolak pelbagai tawaran lakonan kerana fokus kepada keluarga,isteri kesayangan Beego ini membuat ‘comeback’ dalam sebuah drama berjudul Rindu Yang Hilang.
Linda berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya. Menurut Linda, dia terbuka hati untuk kembali berlakon memandangkan
anak-anak telah besar di samping kadar bayaran yang ditawarkan juga agak lumayan.
“Almost 4years Tak pegang script..ni semua gara2 @tiharn89 Dan production hebat dikenali ramai @bright_networkl .. sorry kepada producer2 yg sebelum ni ada Tanya date Linda tapi Linda menolak atas sebab nak focus jaga anak2 dulu.tapi bila dah banyak drama yg Linda tolak lately ni bila payment dia pun cecah dlm 5 angka rasa mcm menolak rezeki pula bila Allah bagi.
“org lain sampai Tak Ada kerja nak berkerja…mmg Rasa ralat sangat tolak rezeki Allah bagi dan sedih sangat Tak dapat masuk set jumpa kawan2 lama tp kesiankan anak2 ni so tolak je dulu.
Pemilik nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim ini juga mengakui akan membahagikan masa sebaik-baiknya antara keluarga dan kerjaya.
“tp Kali ni mungkin dah sampai Masa Dan ramai pun dah bertanya Linda bila nak berlakon balik so saya cuba bahagikan masa sebaiknya utk family dan shooting atas bantuan my lovely MIL Dan suami @beego_linda yg sangat memahami.
“semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua..persoalannya sekarang ni mcm Mana lah rupa acting saya setelah dekat 4 tahun Tak bakon ni???boleh ke idokk….
Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak pandai merebus telur bukan? Hanya masukkan beberapa biji telur ke dalam periuk berisi air, kemudian letakkan di atas api dan biarkan mendidih untuk beberapa minit, siap.
Photo by Anton Nazaretian on Unsplash
Memang tidak dinafikan cukup mudah, namun apa yang jadi tidak puas hati adalah apabila hendak dikupas kulit telur tersebut melekat. Habis menggerutu telur yang dikupas dan lebih menyedihkan lagi bila dikupas kulitnya terkopek sekali dengan isi telur tersebut. Rugi pula terbuang begitu sahaja.
Tidak mahu berlaku seperti itu, sebenarnya ada banyak petua dan cara boleh dilakukan untuk pastikan kulit telur rebus mudah ditanggalkan dan dalam masa yang sama telur nampak elok kejadiannya, berkilat dan licin.
Salah satunya seperti yang dikongsikan di facebook oleh Basiroh Kz di salah satu group masakan. Difahamkan petua tersebut diperolehi daripada kenalannya yang berasal dari Indonesia.
Petua Rebus Telur Agar Cantik ‘Kejadiannya’
Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini. Dulu-dulu saya gagal rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.
Bila dapat petua daripada kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya nak kongsikan petua mudah ini.
Cara-caranya :
1.Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.
2.Rebus seperti biasa menggunakan api sederhana. InshaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sgt mudah dikupas.
Ekstra Tip
1.Paras air pastikan tenggelam telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih
3.Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
4.Bila sudah cukup masanya terus buang air.
5.Teknik nak mudah kupas kulit. Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.
Tak dinafikan, kerjaya sebagai surirumah ini tidak pernah putus tugasnya. Manakan tidak nak uruskan anak-anak, uruskan rumah, masak, dan sebagainya. Lebih-lebih bagi wanita bekerjaya, hanya ada masa beberapa jam sahaja nak siapkan semua itu!
Lebih-lebih lagi, dalam banyak tugas tu, memasaklah yang paling sukar. Nak kena fikir nak masak apa, nak prep bahannya sebelum masak, kadang buntu dibuatnya!
Berikut adalah perkongsian dari seorang pengguna Facebook iaitu Izyan Alias yang memberikan tip untuk jimat dan pantas memasak walaupun tiada masa.
Mungkin korang boleh cuba dan amalkan. Semoga memberi manfaat dan memudahkan kerja harian di dapur.
1. Barang Basah
Beli barang basah 1 atau 2 kali sebulan secara pukal. Ayam pulak saya beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam)
2. Buat Stok Pes
Setiap 2 hujung minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, tinggal cedok je.
Pes Bawang:
Bawang merah, besar dan putih, kisar dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Kemudian blend halus. Tumis sampai naik minyak guna api perlahan.
Pes Cili Kisar:
Potong kasar cili kering, rebus. Tapis. Kemudian, kisar dengan minyak masak jugak. Tumis sampai naik minyak.
Pes Sambal Penyet:
Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan. Kemudian kisar bersama minyak gorengan. Lepas tu tumis balik sekejap lagi bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Kali ni tumis kejap je.
Sambal Nasi Lemak:
Tumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar. (Ni kalau guna bawang dan cili yang belum dimasak di nombor 3 dan 4) tips ni untuk elakkan sambal tumis merecik menggila. Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3x dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.
Bawang Goreng:
Boleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur, memang wangi!