Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Tidak dinafikan kuih ketayap menjadi antara kuih muih tradisi yang digemari ramai. Warna hijau pandan yang memikat sekali gus menghasilkan kulit kuih ketayap yang cantik dan ditambah pula dengan inti kelapa yang manis di dalamnya memberi keisimewaan dan kesempurnaan rasa untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Apatah lagi di bulan puasa ini, kuih ketayap menjadi antara kuih yang dicari-cari antara kita bila berkunjung di bazar Ramadan.

Pun begitu memberi lebih keistimewaan pada kuih ketayap yang ingin dijamah ketika berbuka nanti, apa kata anda sediakan dari air tangan sendiri dan hasilkan kuih ketayap yang bukan sahaja sedap malah cantik.

 

 

Ini seperti yang dikongsikan oleh Norzurah Samudin, di mana ada teknik dan cara untuk melenggang adunan agar terhasil kulit ketayap yang cantik bercorak.

Resepi kulit kuih ketayap

Bahan-bahan:

21/2 cawan tepung gandum

21/2 cawan air – nak wangi blender daun pandan ambil airnya

1 biji telur -di kocak dulu baru blender

-kalau tak suka letak boleh je skip

2 sudu makan minyak masak

Sedikit garam

Pewarna hijau secukupnya atau terpulang korang kalau nak kaler kaler hipster

IKLAN

 

Cara-cara

1.Blender semua bahan di atas. Bancuhan tepung  bahagi 2.
Asingkan 1/2 cawan untuk kaler hijau lebih terang isi dalam botol kecil.

2.Panaskan kuali tuang adunan dengan cara seperti di dalam gambar di bawah

Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Ekstra Tips :

Tips nak dapat kulit peloles cantik korang oles sedikit minyak

Angkat kuali tuang adunan ratakan baru letak kuali semula atas api ok

Adunan jangan tebal api dapur jangan besar

IKLAN

Paling mudah kuali non stik

Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Bahan inti kelapa

1 biji kelapa parut -nak yang putih aje

3/4 cawan gula merah

Sehelai daun pandan

Sedikit air

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Cara -cara

IKLAN

1.Panaskan air, masukkan gula merah dan masukkan daun pandan

2. Bila gula sudah hancur letak kelapa parut tadi

3.Biar sampai kelapa kering dengan menggunakan api yang kecil.

4.Selepas siap semua dah bolehlah jalankan proses menggulung

Buat Kuih Ketayap, Nak Jadikan Bercorak Kulitnya Begini Cara Melenggangnya!

Kulit kuih ketayap dengan inti korang boleh siapkan awal awal. Don worry kulit tu tak melekat walaupun sudah sejuk.

Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI