Kacang bendi bukan sahaja penyedap gulai kari tapi banyak digunakan untuk masakan. Kajian juga mendapati kacang bendi kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi tubuh daripada kanser paru-paru dan mulut.
6 tips untuk goreng bendi ni supaya tak berlendir semasa digoreng.
1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.
5. Masa masukkan bendi dalam kuali, baru di besarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
Ads
6. Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
Resipi Bendi Goreng Bilis
Bahan-bahan:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara-cara:
Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
– Segengamikan bilis di cuci bersih.
– Tauhu potong dadu.
– Bawang putih potong kasar atau diketuk
– Cili merah potong serong nipis.
PANASKAN KUALI
Ads
Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan
Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu
Ads
Bila tauhu dah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ni garing sedikit. Masa ni masukkan sedikit garam, adjustkan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis tu dah masin.
Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah. Kahkahkah
Dah siap ‘Bendi Goreng Bilis’ . Siap dihidang dah ni. Wahhh. Nampak bendi tu segarkan.
Roti adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Selain beli dikedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Menarik perkongsian puan Lina Thomas. Apa kata cuba buat di rumah.
IKUTI PERKONGSIAN
Late midnight baking
Kali ni kak lina guna resepi bun @matgebu, thanks dear!
Gula Melaka Coconut Buns
Bahan Doh :
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
Cara membuatnya :
UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 – 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan “on”. Tunggu hingga siap.
UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 – 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 24 biji buns. (saya sapu telur dan tabur kelapa kering)
Selamat mencuba!
Kredit: Lina Thomas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ada lebihan nasi, jemu asyik buat nasi goreng je, apa kata anda buat Apam. Resipi Simple tapi sedap. Lebih menarik dan memikat selera seisi keluarga apabila ditambah dengan bunga telang sebagai perisa.
Jom cuba resipi perkongsian dari puan Hamidah Sudar.
Apam nasi perisa bunga telang. Dari proses mengadun, naik cantik. Kukus menjadi elok.
Guna bahan yang ada di dapur iaitu lebihan nasi dikisar. Bahan lain seperti gula, mauripan, susu pekat, tepung gandum dan air bunga telang.
Mudah, cepat dan sedap. Hasil kukusan dari dapur nenek.
Sos Thai memang menjadi penyedap rasa terutama apabila makan dengan nasi ayam, bihun dan mee goreng. Malah sesuai juga untuk siakap tiga rasa.
Resipi oleh puan Rozmaliza Omar ini memang superb viral hingga 5K Share! Rasanya seperti di kedai. Apa lagi jumpa cuba!
RESEPI SOS THAI
Bahan² (semua anggaran)
250 gm cili padi merah** (anggaran pedas)
125 gm cili besar **
5 biji buah tomato ranum **
1 labu bawang putih**
1 tangkai daun ketumbar**
450 ml air
500 gm gula
250 ml cuka
1 sdt garam
1 sdb tepung jagung
3 batang akar daun ketumbar
Daun ketumbar dihiris kasar
Cara-cara
Blend kesemua bahan² bertanda (jangan lumat sangat)
Masukkan bahan blend ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.
Siap!
Kredit: Rozmaliza Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di