Pakaian terkena dakwat pen memang sukar untuk ditanggalkan. Lebih-lebih lagi jika pakaian tersebut berwarna putih. Ibu-ibu terpaksa menyental lebih bagi menghilangkannya. Adakalanya baju tersebut tidak lagi mahu dipakai oleh anak-anak kerana nampak kotor kesan dakwat tersebut.
Jangan bimbang cuba petua yang mudah ini. Hanya dengan tiga bahan ini sahaja dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Langkahnya adalah seperti berikut:
Ads
1. Ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Satukan.
2. Sapukan bahan ini ke atas baju yang terkena dakwat.
Ads
3. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih.
Ads
4. Ulang buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang.
sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anak batuk tentunya ibu bapa risaukan tentang kesihatan anak. Batuk batuk melarat akan membuatkan anak meragam dan sekali gus boleh menjadi pencetus kepada demam. Keadaan ini akan menyebabkan ibu yang bekerjaya perlu bercuti untuk memberi perhatian kepada anak.
Untuk merawat anak, selain mendapatkan ubat atas nasihat doktor, ibu-ibu boleh cuba cara alami untuk meredakan batuk anak.
Melalui perkongsian Norashikin Bt Hasan yang dipaparkan di facebooknya, ibu ini menyediakan beberapa langkah untuk menyediakan ubat batuk organik dengan menggunakan buah nanas. Jom kita cuba, cara ini.
____________________________________________________________________ . NI CARANYA YA.. . 1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. 🙂 saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.
3. Blend sampai halus. Tapis.
4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis elok2 ya..
5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye.
6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.
7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak. . 8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. .
. Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.
Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.
Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. –
Semoga bermanfaat perkongsian ini. Tetapi jika batuk anak masih berlarutan, segera bawa anak untuk mendapatkan nasihat pegawai perubatan ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercakap tentang percutian, tak lengkap rasanya jika tiada peristiwa-peristiwa di luar jangkaan berlaku.
Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah dan keluarganya kelihatan sakan menghabiskan waktu pergi bercuti di pulau Tioman.
Menerusi salah satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya, Sharifah Shahirah memuat naik gambarnya yang sedang merawat kaki anak bujangnya Airell di pantai tersebut.
Walaupun dalam mood bercuti, tanggungjawab seorang ibu tak pernah dia lupakan demi menjaga keselamatan anak-anaknya.
“Kalau pergi trip ramai-ramai ada je la yang luka la begitu la begini laaa. Tapi ngam Alhamdullillah semua pandai bawak diri trip ni,” tulisnya.
Walaubagaimanapun, anak-anaknya yang lain difahamkan pandai membawa diri masing-masing ketika bercuti.
Sementara itu, pelakon yang mesra dipanggil Shiera ini juga dikatakan bercuti bersama beberapa lagi rakan selebriti yang lain seperti pelakon Raja Azura dan pengacara Feeya Iskandar dengan trip satu bas sahaja.
Sumber: Instagram Shieraijoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membahagiakan pasangan kita adalah perkara yang sangat penting dalam menjalankan kehidupan berumah tangga. Di dalamnya akan banyak sekali kebaikan yang diperoleh jika pasangan kita merasa bahagia.
Betapa berjayanya hidup Rasulullah SAW dan para sahabat disebabkan isteri-isteri mereka merasa dibahagiakan oleh suami-suami masing-masing.
Adanya kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga merupakan syarat bagi lancarnya perjalanan sesebuah tangga. Setiap anggota keluarga memiliki tugas dan cita-cita yang harus dikejar dalam hidup ini.
Suami bertugas sebagai pemimpin dan juga pencari nafkah
Sedangkan isteri adalah ratu yang mengatur atmosfera rumah tangga sekaligus madrasah bagi anak-anaknya untuk mengenal dunia dan segala tata kehidupannya.
Anak-anak adalah tunas yang tumbuh dan berkembang hingga dapat menjadi sumber kebahagiaan bagi keluarga dan masyarakat.
Semua tugas dan cita-cita itu hanya dapat terlaksana apabila suasana damai dan kebahagiaan selalu hadir dalam rumah.
PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN
Keluarga bahagia memang sukar untuk diwujudkan apabila suasana yang hadir adalah amarah, saling curiga dan tak peduli satu sama lain dan sehingga tidak bertegur sapa hingga berhari-hari lamanya.
Dari banyak kes, kegagalan dalam rumah tangga seringkali bermula dengan hilangnya rasa aman damai dan komunikasi yang kurang lancar dalam rumah.
Peranan isteri untuk menghadirkan suasana ‘syurgawi’ itu tak dapat diganti oleh orang lain seperti pembantu rumah sekalipun. Manakala apabila isteri merasakan suami memberinya kebahagiaan dan keikhlasan, maka tugas mengurus rumah tangga akan mudah dilakukan.
Kebahagiaan tidak terletak pada banyaknya harta dan tingginya jawatan seseorang, tetapi ia berada di dalam hati. Banyaknya harta dan sanjungan yang tiada henti bukanlah syarat untuk seseorang untuk meraih kebahagiaan.
ITU SEMUANYA BERKUMPUL DALAM HATI.
Seorang suami harus memiliki kelembutan dan kepekaan rasa. Dia harus tahu bila hati isterinya ‘luka’ dan bila hatinya sedang bahagia.
Wanita pemalu atau pendiam biasanya hanya menyimpan saja luka di dalam hatinya tanpa mahu mengatakan kepada sesiapapun, sekalipun kepada suaminya. Tiada satu nasihat pun yang dapat diterima oleh isteri bila kita menyampaikannya dengan kemarahan atau tanpa melihat perasaan isteri.
“…Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” (QS. An Nisa: 19)
Marilah kita kenali dan perlakukan hati isteri kita dengan baik agar mereka dapat berbahagia dan membentuk keluarga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmat dapat tercapai.
Sudahkah kita memberikan suasana damai dan ikhlas terhadap isteri kita?
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.