Masalah minyak menjadi hitam dengan cepat apabila mengoreng ikan dengan bahan kisar. Biasanya masalah ini berlaku apabila memasak lauk ikan cencaru sumbat.
Apabila menggunakan minyak banyak kali pastinya hasil gorengkan ikan tak kelihatan cantik.
Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking.
Tukang masak ini Richard bersama pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman
Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!
Guna bancuhan jagung kurangkan warna hitam minyak masak
Pernah jadi masalah mcm ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang2 untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru. Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dgn guna 3-4 sudu besar tepung jagung yg ditambah dgn air. Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yg hitam tadi.Nanti minyak akan jernih semula dan dpt grg ikan yg seterusnya.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumunkan pasa 18hb yang lalu hingga kini, tentunya setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza.
Dulunya bebas hendak ke mana jua, namun kini terbatas pergerakan. Dulu boleh mencari rezeki dengan gigihnya, namun hari ini terhalang usahanya.
Keadaan ini mungkin ada yang berasa tidak selesa, berasa sukarnya hidup. Namun jangan lupa mungkin apa yang kita rasa susahnya saat ini ada keluarga lain lagi sukar hidupnya pun begitu tetap positif meneruskan hidup.
Ini sebagaimana perkongsian ibu anak empat ini dan semoga anda terinspirasi membacanya.
Assalamulaikum dan Selamat Pagi.
Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya.
Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya.
Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali.
Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan.
Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya.
Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu.
Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa.
Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak.
Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa.Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah.
Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak.
Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga.
Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang…itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan.
Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa.
Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah.
Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt.
Banyajk kaedah nak menyimpan sebenarnya, tak semestinya kena simpan di bank sahaja. Suri rumah misalnya, boleh praktikkan tip yang dikongsikan oleh puan Huda Bahari ini.
Berbekalkan bekas yang dibeli dari eco, wanita ini berjaya mengumpul lebih RM300 hasil kutipan dari pakaian suaminya ketika dibasuh. Menarik kan idea ini.
‘Tabung Mesin Basuh’ Saya tak pasti pulak sumber dari mana idea ni, maybe dari grup ni jugak kot. Hasil ‘mengumpul’ selama 6 bulan, banyak jugak lah. Boleh cover duit sabun hehehe… Sebelum ni tak pernah pikir nk kumpul. Tiap kali jumpa dalam mesin basuh, terus masuk poket/purse. Pastu buat belanja & habis macam tu jer.
Bermula Jan 2020, saya start buat tabung ni. Jan-Jun2020, tak banyak dalam RM300 lebih. July-Dec2020, Kali ni baru nampak ‘hasil’ dia hahaha. Untung sabut dapat note besar, untung batu dapat syiling 5 sen je. En hubby tak komplen, saya kata upah saya cuci baju hehehe.
Bila tandas sentiasa bersih dan berbau harum barulah selesa untuk digunakan seisi keluarga. Jadi tidak hairanlah bermacam-macam jenis tips penjagaan tandas ada dikongsikan di media sosial untuk manfaat bersama.
Terbaru tular ada satu cara untuk pastikan kebersihan dan keharuman tandas lebih praktikal dengan menggunakan sabun buku untuk mencuci pakaian. Caranya cukup mudah, hanya dengan leletakkan sebuku sabun tersebut ke dalam tempat tangki tandas dan apabila dipam dengan sendirinya akan bertindak sebagai pembersih dan pewangi tandas.
Lantaran itu, seorang pemilik akaun TikTok@kaklongrosie turut teruja untuk mencuba tips tersebut dan berkongsi hasil yang diperolehi selepas beberapa hari praktikkan di tandas rumahnya.
Langkah 1 : Ambil sabun buku untuk mencuci pakaian.
Langkah 2 : Buka penutup tangki dan masukkan ke dalam tangki tandas tersebut.
Langkah 3 : Pam dan tandas akan sentiasa wangi dan bersih.
Pun begitu, ada yang memintanya untuk tunjukkan hasil selepas seminggu menggunakan kaedah tersebut. Perkara ini kerana dikhuatiri buih dari sabun tersebut akan membuatkan tandas menjadi bersepah. Bahkan ada juga yang mengatakan telah mencuba cara tersebut tetapi tidak sampai dua hari sabun buku yang digunakan telah mencair sepenuhnya.
Namun apa yang mengujakan, hasil perkongsian video daripada @kaklongrosie selepas seminggu menampakkan keadaan tandasnya masih bersih dan terkawal. Tiada limpahan buih sabun seperti yang dikatakan bahkan sabun buku yang ada di dalam tangki masih ada lagi.
Jadilah bolehlah anda pula praktikkan cara ini untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan harum. Atau boleh juga menggunakan sebun khas yang sedia ada dipasaran dengan klik di siniuntuk membeli secara online.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.